Monday, 30 June 2025

Shopping @ Aeon AU2

Ahad lepas kami ke Aeon AU2 atau kami biasa sebut Aeon Keramat. Tujuan utama semestinya nak beli periuk baru, setelah periuk lama dah tak selamat digunakan akibat coating nya terkopek, tercalar.

Alhamdulillah dapat yang dihajati. 
Periuk lama warna maroon ni tapi kali ni Ummi pilih emerald green. Memang nak yang 2 saiz ni je. Sebab yang lama tu saiz 28 dan 32cm tu jarang sangat guna dan masih elok. Harga saiz 20cm RM39.90 dan yang saiz 24 pula RM49.90. 

Picnic set
Comel je... 
Berkenan dengan tong minuman tu tapi tak beli. Beli tumbler je 2 biji utk gegirls...

Berkenan juga dengan pinggan Luminarc ni... Tapi tak beli. Satu set tu 4 biji je. Kalau 6 ngam la untuk kami 6 beranak. 

Banyak juga sales yang best dekat sini. Minggu gaji agaknya kan...

Produk baru katanya, import dari Indonesia. Ummi belum try, Walid dah. Sedap katanya. 

Sebelum ke sini, kami singgah dulu di Surau Jabal Nur, dropped pakaian terpakai. Sekarang ni asal ada masa lapang buat spring cleaning. Bila ada surau/masjid buat program pengumpulan baju, kami terus hantar. Sekarang Ummi dah mampu buang rasa sayang pada baju² lama 😅 Dulu simpan juga sebab sentimental value la, nak perturunkan kpd Kakak la ...tapi fikir² balik, baiklah derma je. Simpan pun belum tentu Kakak nak pakai pun. Budak² sekarang pun ada taste sendiri. 

Malam tu terus rasmikan piyok baru. 
Bergegarlah pulak gambar pun, excited sangat Ummi ni pun 😆


42 comments:

  1. Wahhhh.. PH, mesti seronok tu masak guna periuk baru. Kita pun suka tengok jualan² pinggan mangkuk periuk belanga kat aeon. Tumbler pun comel dan banyak sangat pilihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maunya tak SK... Auto rajin la ahahaha 😆
      Kalau ikut hati, semua nak bawa balik rumah kan hihi

      Delete
  2. Wahhhh.. PH, mesti seronok tu masak guna periuk baru. Kita pun suka tengok jualan² pinggan mangkuk periuk belanga kat aeon. Tumbler pun comel dan banyak sangat pilihan.

    ReplyDelete
  3. SA ada 2 set lagi periuk Dessini ni hadiah kahwin...x guna lagi...warna merah dua2 tu...SA ni suka sanagat ngan periuk dan pinggan mangkuk...asal ada je yang sale mesti nak beli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la... Sekarang ni lagi seronok tengok sale barang dapur dari baju²...

      Delete
  4. Makin semangat nak masak kalau ada periuk baru ni. Kann...Elok juga tu buat spring cleaning. Lega dapat kurangkan barang-barang yang dah tak guna tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spring cleaning ni sebenarnya bukan saja ruang jadi clear kan, minda kita pun rasa lapang bila kita declutter.

      Periuk baru, mesti rajin ahaha

      Delete
  5. https://madey09.blogspot.com/ Follow blog saya ya

    ReplyDelete
  6. Linda nie..rasenya,baju anak2 masa baby pun dah takde nie...hahaha...memang let go..ada orang,simpan sampai cucu pun boleh pakai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu ingat nak simpan sampai cucu juga ahahaha... Tp fikir balik baik bagi orang, dapat juga pahala kan, sementara baju tu pun masih elok

      Delete
  7. Amal jariah juga ..sedekah baju yang masih elok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga memberi manfaat kpd org lain pulak kan...

      Terima kasih singgah sini 👍🏻

      Delete
  8. Dessini dan Luminarc, dua brand yang saya suka.

    ReplyDelete
  9. saya ni pun baju Pia zaman baby pun duk simpan lagi,rasa sayang sgt..nak simpan ntah untuk sape

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy dah let go awal tahun dulu tapi masih simpan sikit² mcm selimut baby diorg...

      Delete
  10. Betul tu... belum tentu anak nak pakai.
    Akak ada sehelai baju kurung 15 tahun lepas, yang tu je Wafi berkenan pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Kak... Nak² budak² skrg pandai nak pilih sendiri, kadang tak nak pun baju kita bagi ni :(

      Delete
  11. Terpikat tengok air botol dari Indonesia tu. Rasa segar masuk tekak hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Kak Amie... Cuma kalau lebih masam lagi sedap bagi saya

      Delete
  12. picnic set menarik..aritu pegi tk prasan..syok tu periuk baru dh dpt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la menarik picnic set tu... Wpun dijual berasingan setiap barang tu tapi lengkap dan lawa semuanya

      Delete
  13. Semangat masak ada piyok baru.. hihi.. sy pn dh lama geram kt luminarc tp tahan je sbb pinggan tupperware ni xtau nak letak mana kalau beli baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy nak buka tabung dulu Kakmim hihi ...cukup duit kita angkat haha

      Delete
  14. Wahhh periuk baru... Semangat lain macam ni nak masak.

    ReplyDelete
  15. Rasa semangat nak memasak bila ada periuk baru. Syok juga jamu mata tengok sales kat Aeon.

    ReplyDelete
  16. Dulu masa duduk dekat dengan Aeon, memang suka shopping minggu gaji sebab ada sales menarik, ada dapat baucer diskaun.

    Memang jadi semangat nak memasak bila ada gajet baru di dapur kan 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aeon ni kerap ada sale kan... Kadang tu dapat baju² off season murah².

      Kenalah semangat, nanti kena perli pulak dgn tuan besar ahaha

      Delete
  17. Cie beli dessini set kat Shopeee. Kat aeon murah ek? Nanti boleh la banding harga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk ni suka beli offline Cie... Suka belek², sentuh² dulu :)

      Delete
  18. Lime Soda kalau dapat time cuaca panas ni menyegarkan ni PH.

    ReplyDelete
  19. Akak pun dah nak kena cari periuk ganti kat rumah ni, tapi rasanya bukan periuk sahaja nanti dibelinya hehehe

    ReplyDelete
  20. Set picnic yang comel boleh jadi highlight untuk hari santai atau sambutan kecil bersama keluarga dan kawan.

    ReplyDelete
  21. Ammi haritu beli set dessini kat shopee je. Less than 100 dpt 5 periuk.

    ReplyDelete