Ahad lepas kami ke Aeon AU2 atau kami biasa sebut Aeon Keramat. Tujuan utama semestinya nak beli periuk baru, setelah periuk lama dah tak selamat digunakan akibat coating nya terkopek, tercalar.
Periuk lama warna maroon ni tapi kali ni Ummi pilih emerald green. Memang nak yang 2 saiz ni je. Sebab yang lama tu saiz 28 dan 32cm tu jarang sangat guna dan masih elok. Harga saiz 20cm RM39.90 dan yang saiz 24 pula RM49.90.
Comel je...
Berkenan dengan tong minuman tu tapi tak beli. Beli tumbler je 2 biji utk gegirls...
Berkenan juga dengan pinggan Luminarc ni... Tapi tak beli. Satu set tu 4 biji je. Kalau 6 ngam la untuk kami 6 beranak.
Banyak juga sales yang best dekat sini. Minggu gaji agaknya kan...
Sebelum ke sini, kami singgah dulu di Surau Jabal Nur, dropped pakaian terpakai. Sekarang ni asal ada masa lapang buat spring cleaning. Bila ada surau/masjid buat program pengumpulan baju, kami terus hantar. Sekarang Ummi dah mampu buang rasa sayang pada baju² lama 😅 Dulu simpan juga sebab sentimental value la, nak perturunkan kpd Kakak la ...tapi fikir² balik, baiklah derma je. Simpan pun belum tentu Kakak nak pakai pun. Budak² sekarang pun ada taste sendiri.
Bergegarlah pulak gambar pun, excited sangat Ummi ni pun 😆
Wahhhh.. PH, mesti seronok tu masak guna periuk baru. Kita pun suka tengok jualan² pinggan mangkuk periuk belanga kat aeon. Tumbler pun comel dan banyak sangat pilihan.
ReplyDeleteMaunya tak SK... Auto rajin la ahahaha 😆
DeleteKalau ikut hati, semua nak bawa balik rumah kan hihi
Wahhhh.. PH, mesti seronok tu masak guna periuk baru. Kita pun suka tengok jualan² pinggan mangkuk periuk belanga kat aeon. Tumbler pun comel dan banyak sangat pilihan.
ReplyDeleteSA ada 2 set lagi periuk Dessini ni hadiah kahwin...x guna lagi...warna merah dua2 tu...SA ni suka sanagat ngan periuk dan pinggan mangkuk...asal ada je yang sale mesti nak beli...
ReplyDeleteSama la... Sekarang ni lagi seronok tengok sale barang dapur dari baju²...
Deletewaa cutenya periuk baru!
ReplyDeleteBolehlah main masak² MZ ahaha
DeleteMakin semangat nak masak kalau ada periuk baru ni. Kann...Elok juga tu buat spring cleaning. Lega dapat kurangkan barang-barang yang dah tak guna tu.
ReplyDeleteSpring cleaning ni sebenarnya bukan saja ruang jadi clear kan, minda kita pun rasa lapang bila kita declutter.
DeletePeriuk baru, mesti rajin ahaha
https://madey09.blogspot.com/ Follow blog saya ya
ReplyDeleteBaik² Cg 👍🏻
DeleteLinda nie..rasenya,baju anak2 masa baby pun dah takde nie...hahaha...memang let go..ada orang,simpan sampai cucu pun boleh pakai..
ReplyDeleteDulu ingat nak simpan sampai cucu juga ahahaha... Tp fikir balik baik bagi orang, dapat juga pahala kan, sementara baju tu pun masih elok
DeleteAmal jariah juga ..sedekah baju yang masih elok
ReplyDeleteSemoga memberi manfaat kpd org lain pulak kan...
DeleteTerima kasih singgah sini 👍🏻
Dessini dan Luminarc, dua brand yang saya suka.
ReplyDeleteSama taste kita :D
Deletesaya ni pun baju Pia zaman baby pun duk simpan lagi,rasa sayang sgt..nak simpan ntah untuk sape
ReplyDeleteSy dah let go awal tahun dulu tapi masih simpan sikit² mcm selimut baby diorg...
DeleteBetul tu... belum tentu anak nak pakai.
ReplyDeleteAkak ada sehelai baju kurung 15 tahun lepas, yang tu je Wafi berkenan pakai.
Itulah Kak... Nak² budak² skrg pandai nak pilih sendiri, kadang tak nak pun baju kita bagi ni :(
DeleteTerpikat tengok air botol dari Indonesia tu. Rasa segar masuk tekak hihihiii.
ReplyDeleteSedap Kak Amie... Cuma kalau lebih masam lagi sedap bagi saya
Deletepicnic set menarik..aritu pegi tk prasan..syok tu periuk baru dh dpt..
ReplyDeleteTu la menarik picnic set tu... Wpun dijual berasingan setiap barang tu tapi lengkap dan lawa semuanya
DeleteSemangat masak ada piyok baru.. hihi.. sy pn dh lama geram kt luminarc tp tahan je sbb pinggan tupperware ni xtau nak letak mana kalau beli baru
ReplyDeleteSy nak buka tabung dulu Kakmim hihi ...cukup duit kita angkat haha
DeleteWahhh periuk baru... Semangat lain macam ni nak masak.
ReplyDeleteSemestinya haha
DeleteRasa semangat nak memasak bila ada periuk baru. Syok juga jamu mata tengok sales kat Aeon.
ReplyDeletePeriuk baru semangat baru kan hihi...
DeletePicnic set tu comel2...
ReplyDeleteYe... Ikut hati nak beli juga :)
DeleteDulu masa duduk dekat dengan Aeon, memang suka shopping minggu gaji sebab ada sales menarik, ada dapat baucer diskaun.
ReplyDeleteMemang jadi semangat nak memasak bila ada gajet baru di dapur kan 😀
Aeon ni kerap ada sale kan... Kadang tu dapat baju² off season murah².
DeleteKenalah semangat, nanti kena perli pulak dgn tuan besar ahaha
Cie beli dessini set kat Shopeee. Kat aeon murah ek? Nanti boleh la banding harga.
ReplyDeleteAkk ni suka beli offline Cie... Suka belek², sentuh² dulu :)
DeleteLime Soda kalau dapat time cuaca panas ni menyegarkan ni PH.
ReplyDeleteBetul tu Ezna, refreshing sangat
DeleteAkak pun dah nak kena cari periuk ganti kat rumah ni, tapi rasanya bukan periuk sahaja nanti dibelinya hehehe
ReplyDeleteSet picnic yang comel boleh jadi highlight untuk hari santai atau sambutan kecil bersama keluarga dan kawan.
ReplyDeleteAmmi haritu beli set dessini kat shopee je. Less than 100 dpt 5 periuk.
ReplyDelete