Mulanya tak berhasrat pun nak share pasal Warung ni sebab dah biasa sarapan di sini. Tapi, bila dah duduk terasa lain macam kemeriahannya.
Naik seri warung ni dihiasi dengan bendera kebanggaan kita.
Ummi lagi appreciate bila warung/kedai² kecil yang berhabis untuk menghias begini. Terasa tingginya semangat patriotik mereka. Sama juga bila nampak orang pasang bendera di kediaman, rasa megah tu lain berbanding bila tengok syarikat² besar yang pasang. Vibe tu rasa lain...
Sebut pasal pasang bendera ni, Ummi teringat tahun lepas tukang rumah jiran, Wak Udin (berstatus PR) hulurkan Ummi Jalur Gemilang. Dia baru siap pasang bendera di pagar rumah jiran Ummi tu.
"Pasang Kak di pagar"
Fuhh, rasa terpukul sekejap sebab kita ni belum pasang bendera 😅
Sampai tahun ni bendera tu masih megah berdiri (?) di pagar rumah kami :D Kalau dah lusuh/luntur nanti baru kita ganti baru.
Semangat patriotic warung Man Black memang luar biasa.. Meriah dengan bendera, suka tengok..
ReplyDeleteKita ni kadang bukan tak patriotik tapi sedar² dah 31 Ogos, bendera pun tak pasang rupanya 😃
ReplyDeleteTerbaik warung Man Black ni .. semangat yg patut ada masa semua org ...
ReplyDeleteMeriah camni.
ReplyDeleteKat rumah pun belum pasang bendera lagi.
Eh...haah la...taman SAblom ada bendera...mana plak nak cari kan...
ReplyDeleteDi sinipun kalo dah Agustus pasti banyak yg pasang bendera, Krn hari kemerdekaan juga kan. Tapi kalo lewat Agustus, tak terpasang lagi lah 😁😄.
ReplyDelete