Lama dah berkenan dengan handheld vacuum cleaner yang ramai orang sekarang guna tu. Tambah² yang orang jual di TikTok, jenis cordless. Nampak senang je macam ambil penyapu, sapu sampah. Ringan dan senang nak usung sana sini as compared to vacuum cleaner yang berat tu kan...
But knowing Walid, of course benda² macam ni dia tak akan beli sembrono π€ Hari tu survey dekat Lazada tapi Walid cakap suction power tak kuat. Ummi pasrah je la time tu.
Tapi, baru² ni Walid jumpa yang okay pada dia, terus order. Sampai Isnin lepas, beli dekat Wowshop. Jenama Shimono, RM179.
Sabtu 24.8.2024 dirasmikan penggunaannya haha. Anak² soleh balik bermalam, kita buat kerahan tenaga vacuum bilik πͺ
Cumanya bukan cordless dan pakai letrik. Ikutkan banyak jenama terkenal yang dah keluarkan cordless vacuum sekarang ni tapi itulah bajet kita takat ni je ☺️
Yang ini wayar dia agak panjang, rasa² 3m panjangnya. Cukuplah nak 'menyapu' ruang tamu rumah kami tu.
Puashati nampak habuk² dsbnya yang berjaya disedut. Memang hari² vacuum carpet ni. Sedutan dia memang kuat, and quite bising. Tapi takpe, janji powerful.
Spray mop ni pun Ummi suka guna, sebab tak payah perah² dah, tak payah nak usung² baldi air dah. Kain lap tu pun boleh dibuka dan dibasuh. Yang ini dapat extra kain lap. Pernah beli dekat Mr DIY mop jenis ni cuma yang ni batang mop tu besi, kukuh.
Alhamdulillah bertambah gajet yang memudahkan urusan harian. Moga bertambah rajin jugalah Ummi ni :D
Tapi kan selalunya kalau vacuum cleaner berwayar, suction nya lebih kuat.
ReplyDeleteOh ye? Alhamdulillah tak salah pilih :D
DeleteMZ guna yg cordless, pun not bad lah, so far puas hati , brand corvan, ari tu beli harga RM272 all in (guna voucher promo etc)
ReplyDeleteMesti best guna yg cordless ni kan, bole usung sana sini π
DeleteSaya pulak tengah mengidam nak beli vacuum ni:
ReplyDeletehttps://airbotmalaysia.com/products/airbot-iclean-omni-x
Semoga ada rezeki dapat vacuum idaman kita masing2 π
Waaa... Airbot memang puas hati lah
DeleteAamin semoga ada rezekinya sis π€²
DeleteLinda pun ad yang cordless, tapi suction tak kuat sangat.. Pakai muncung pendek dia.. Utk celah2, sedut rambut n habuk... Kat karpet, tetap lah pakai penyapu.. Hihihi
ReplyDeleteRajinnya Linda sapu carpet π
DeleteAkk kalau karpet mesti nak guna vacuum :)
Saya ada yang cordless. Beli tak murah pun tapi suction tak kuat. Now guna brand karcher yang besar gedabak ni. hahahah
ReplyDeleteIye? Lega tak jadi beli yg cordless tu :D
DeleteKarcher tahan lasak kan. Reliable pulak tu π
Kami pun guna vacuum shimono. Memang bagus quality nya. Pakai sejak tahun 2000, dah 3 kali beli. Yg pertama guna 7 tahun. Yg kedua beli 2016 now anak guna di campus, yang ketiga beli 2 tahun lepas. Kabel dia panjang dan ringan. Cuma jgn guna lama sangat. Kena stop2 dulu. Takut panas motor nya. Kalau jaga, memang lama tahannya.
ReplyDeleteTq Kak bg review & tips π«Ά
DeleteAlhamdulillah okaylah brand ni kan, asalkan kita guna & jaga elok²
Semangat nak bersihkan rumah ada gajet baru kan π
ReplyDeleteSaya pernah ada jenis ‘penyapu’ cordless, hmm tak boleh harap sangatlah. Caj bukan main lama, tapi tak boleh nak pakai lama. Maybe kena beli harga lebih mahal, baru puas hati kot.
Eloklah PH pakai ada wayar, tak payah fikir nak caj π
Itulah tengok komen kawan², alhamdulillah kami buat pilihan yg betul harapnya.
DeleteTapi saya LBH suka yg pakai kabel seperti ini kak. Krn suction dia LBH stabil, Krn pakai listrik kan. Saya pernah pakai yg cordless, tak sekuat yg kabel . Dan dia pun tak terlalu tahan lama dibanding yg vacum kabel.
ReplyDeleteMakin bersemangat anak-anak tolong ummi bersihkan rumah.
ReplyDeleteSenang ada vacuum macam ni...semua sudut dia capat time sedut tu...
ReplyDelete