Sunday 21 July 2024

Sarapan @ DeFaza Sri Gombak

Pagi tadi kami sarapan di DeFaza (dulu Faza Seafood) Sri Gombak. Dulu depa meniaga di medan selera berhampiran KFC dan Giant Mini Sri Gombak tu. Sekarang food court tu dah dirobohkan sebahagiannya jadi semua peniaga kena pindah. Dengarnya para peniaga dipindahkan ke tapak uptown;  ada canopy berdindingkan zink dekat hujung tapak uptown tu, di situlah mereka ditempatkan. 

Tapi, DeFaza ni depa sewa kedai depan tapak uptown tu (sebaris dgn CIMB Sri Gombak). 

Macam² menu...
Persekitaran selesa walaupun kedai taklah besar mana. Ada juga meja kerusi di luar kedai. 

Ummi pilih nasi lemak lauk sardin. Begedil tu kira wajib juga bila makan di sini; gemuk & sedap. Ambil juga bingka ubi kayu. Kuih gini kalau teringin better beli je, sebab Ummi sorang je makan pun. 

Pilihan Walid, pun ambil begedil juga. 

Si bongsu ni geng Upin & Ipin, ayam goreng tak tinggal 😁

Ni masa Ummi breakfast dengan Adik time dia MC hari tu. Kedai ni ramai pekerja wanita, jadi tak kekok dan comfortable kalau nak makan sorang pun. 

Kalau Ummi selalu repeat tu maknanya kenalah dengan citarasa kan? Pilihan makanan pun pelbagai. Staff baik² dan service cepat. Harga tu standard lah... 



16 comments:

  1. Sedapnya nya, betul kalau dah kena dengan selera, memang akan selalu repeat kedai yg sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak... Lgpun rasa selesa, tak crowded itu yg selalu juga singgah situ

      Delete
  2. Patot lah nampak kanopi2 dekat area tu... Tempat lama dah roboh.. Linda pernah makan tengah hari sekali je dekat situ, masa mula2 pindah selayang, sesat dekat situ sebab waze kedai dessert berasaskan durian yang sebaris situ jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Linda.
      Ada durian besar atas bumbung kedai dia tu kan... Akk pernah makan cendol durian kat situ :)

      Delete
  3. nmpk pon sedap makanannye., hehe

    ReplyDelete
  4. betul tu kalau dah selesa & layan baik mmg kita suka repeat hehehe

    ReplyDelete
  5. tak pernah try mkn sini..nmpk mcm sedap tu

    ReplyDelete
  6. Portion nasi lemaknya banyak ya PH.

    ReplyDelete
  7. nampak sedap. bila nampak bergedil teringat masa kat uitm dulu makcik cafe ada jual bergedil. 40 sebiji.kalau makan sure ambik seketul dua

    ReplyDelete
  8. bdk2 dpt ayam goreng cukup dh...nasilemak lauk sardin menarik

    ReplyDelete
  9. ayam goreng si bongsu...know-know kulit hilang dulu ye

    ReplyDelete
  10. anak anak saya pun, ayam goreng tu wajib.

    ReplyDelete
  11. Bingka yang seketul tu menarik perhatian..
    Samalah macam akak, sorang je makan huhu

    ReplyDelete
  12. Ayam especially bahagian paha memang jadi pilihan ..buat goreng tepung sedap..

    ReplyDelete
  13. Perkedel nya memang sedaap berarti yaa 😍😍👍. Paling suka kalo makan di tempat yg banyak pilihan menu dan juga enak2 😍

    ReplyDelete