Wednesday 10 July 2024

Minum Petang @ Sudu & Knife, Sri Gombak

Lepas makan kenduri di Renai Hall, kami balik rumah tukar baju, solat Zohor dan ambil anak⁴. Saja bawa diorang jalan² dekat Aeon Keramat. The boys pakat shopping seluar baju. Ummi & gegirls window shopping je. Takde yang berkenan. 

Dapat voucher RM15 tapi tak boleh guna untuk groceries/F&B. Valid seminggu je, baik redeem je terus. 

Ada promosi home & living. Harga kusyen ni after discount, RM19. Top up RM4 je.

Ada promo RTE food. 

Abang kata nak try... Beli la set RM25 ni. Ada ayam goreng 3 ketul, floss bun 2, sushi & Teh Ais. Cup tu lawa, sempena 40 tahun Aeon. 

Dari Keramat, balik ke Sri Gombak. Merasa jugalah 'makan jem', orang nak balik kampung sempena Awal Muharram. 

Kawasan lapang tu lah Kg Sri Makmur yang  dirobohkan baru² ni. 

Mula tu nak ke Richiamo, tapi since dah lama tak ke Sudu & Knife, kita ke situ je lah...

Kafe ni quite sempit, Ummi rasa tak selesa. Suka lagi open cafe masa Mesra Ria dulu. Owner asal, Kak Maryam. Kemudian anak dia yang kami panggil Faizal Tahir (sebab muka dia ada iras FT) took over the business. Sikit² dia ubah dari kafe orang² masjid lepak ke kafe moden. Now dah jadi kafe hipster pulak 😅 Tak sure FT still running the business or not sebab tak nampak kelibat dia hari tu.

Nasi Lemak Fried Chicken Chop (RM18.90)
Fried Chicken Chop (RM17.90)

Ummi pilih menu paling murah; Nasi Lemak Fried Egg (RM5.90). Buat raso² :D 
Didatangkan bersama onion rings. Makan share² je sebab masih kenyang lunch. Sepatutnya pilih yang light² je sebab kata nak minum petang kan, tapi tu la nasi lemak ni irresistible 😅 Order juga fries sebenarnya tapi tak sampai², last² cancel je la. Malas nak berlama², agak panas dalam ni walaupun aircond on. Mungkin sebab pelanggan ramai, full house plus ruang sempit terasa sesak. 

Satu KK Signature, satu KK Karamel Vanilla Latte. RM13.00 each

Taste wise semua sedap², esp sambal nasi lemak tu, lurvv it. 

Tqsm Walid ♥️



18 comments:

  1. kami pernah sekali je makan sini lepas tu selalu takde jodoh, kedai tutup etc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai buka petang Diah dan Ahad tutup rasanya

      Delete
  2. wahhhh caramel vanilla latte!

    ReplyDelete
  3. saya tak pernah lg singgah sini...belum terbukak hati hahah selalu jer nampak sbb opposite nya main road kan...err part sempit dan panas tu...i tak leh tahan laaa (fussy hahahah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita geng MZ, PH tak suka gakss 😁
      Satu lagi kalau crowded place, tak selesa nak makan :(

      Delete
  4. hari tu survey2 jugak nak makan mana...last2, lotus Jalan Kuching je... hahaha....

    ReplyDelete
  5. Kat area mana ni ye? Kreatif nama kedai ni, Sudu & Knife 😄

    ReplyDelete
  6. Tak pernah try lg sini tp slalu je lalu.. haha aha la dl kemain ramai pak aji melepak situ smp segan nak msk...now jd hipster ye ... ok nnt bole try la

    ReplyDelete
  7. Caramel Vanilla Latte tu nampak sedapnya

    ReplyDelete
  8. Sudu and knife? Terus google.. blm pernah lagi kaki jejak ke sini..

    ReplyDelete
  9. ruang meja tk byk sgt..nk2 kalau dtg ramai..meja belah luar pn tk byk...tp tisya suka la pasta fav dia kt sini

    ReplyDelete
  10. ok ke masakan. pnh pegi msa ank2 kecil lagi. tpi masa tu ramai waiter lelaki. so mskn mereka masa tu kureng la sbb dh hipster masa tu. pergi pun atas rekomendasi org lama area nakhoda. rasnaya dia pegi masa owner lama kot. kami pegi time dh tukar mode. tapi yelah. kita makan.,boss nyr. tu yg best! ahaha

    ReplyDelete
  11. Waaah another kafe yg saya nak coba berarti 😄. Unik juga nama dia, sudu and knife. Mudah diingat 👍

    ReplyDelete