Thursday 4 July 2024

½ Hari dalam Hidup

Seronok pulak tengok rutin harian mak² esp housewives dekat TT. Ada yang share rutin harian, ada yang share belanja dapur, kemas mengemas dsbnya. Tapi Ummi malas nak rekod² video, kita tulis je la. Aci kan? Haha... 

Okay pagi ni nak restock barang² basah sikit, nak gi pasar. Dah siap masuk kereta, keluar balik sebab hari nampak makin gelap. Bukak semula pagar yang baru dikunci, tarik ampaian ke dalam sikit takut kena hujan. 

Masuk semula dalam kereta, alhamdulillah titisan hujan mula turun. Tak lebat, tapi cukup membahagiakan :) 

Dah sampai di pasar...
Bajet terkumpul utk hari ni RM63.00. Jom tengok apa yang boleh dibeli dgn bajet ni... 

Alhamdulillah dapatlah ayam seekor, ikan senangin 2 ekor, ikan selar 6 ekor, sotong + udang. 

Bayar RM55.00, dapat diskaun sekupang :D 

Santan ½ + kelapa parut sebiji RM6.20. 

Nasi lemak RM3.60. 
Overspent RM1.90 🤭

Tak jadi nak ke Mart Bagus, masih hujan. Terus balik ke rumah. 

Sempat petik hasil tanaman sebelum hujan kembali lebat. 

Ketung ketang ketung ketang setel bersihkan hidupan² laut dan darat ini 😁 

Membawang :p 
Tips nak senang kopek bawang is rendam dulu dalam air dalam 10 minit ke... Kulit bawang jadi lembut, gosok² pun boleh tanggal haha... Lagi satu, dgn cara ni kulit bawang tak berterbangan di tiup angin, sebab dah basah. 

Pinjam kipas comel Kakak, malas nak angkat stand fan ke belakang ni. 

Nasi is done :D 
Masak dalam mug, untuk Ummi sorang je. Ini pun berbaki, bolehlah Kakak buat nasi goreng balik sekolah nanti. Petang² lapar je kerjanya sebab penat kan... Pagi training utk MSSD BoJa, petang training choral speaking pulak. 

Ayam Masak Merah siap! 
Betul² bersilat ye tuan puan 😆
Lauk ni untuk di-frozen-kan, sebab esok dan weekend ni Ummi dijangka busy. Kekdahnya bersusah² dahulu bersenang² kemudian atau pun boleh juga guna kata² motivasi ni; jika anda gagal untuk merancang, anda merancang utk gagal. Hah, takut kan? Hahaha... 

Isi ayam untuk lauk dinner dan daging korban, lupa nak bawak keluar awal² pagi tadi. 

Finally, dapat lunjoq kaki sat... 

Lunch time! 
Terung pipit tu dah selamat Ummi buat Sambal Goreng + Bilis. Makan dengan nasi, daun salad dan telur mata pun dah cukup sedap bagi Ummi. Kalau Walid dia suka makan berkuah, paling tidak kicap. Ummi pulak suka kering² gini. Gaul nasi dengan sambal terung pipit tu pun jadilah. 

Sekian, segmen ½ hari dalam hidup untuk kali ni :D 

5 comments:

  1. bestnya dpt petik bunga talang fresh tu...

    ReplyDelete
  2. gagal merancang-merancang utk gagal tu mmg takut bunyinya hehehe~

    begitulah rutin mak-mak yg bekerja kan PH? moga dipermudahkan urusan PH setiap hari hehehe

    ReplyDelete
  3. PH sama macam SA suka makan kering2 skit compare berkuah..tapi kadang2 perlu gak makan berkuah ni...xde la tercekik kan...

    ReplyDelete
  4. Bagus tip kupas bawang tu.
    1/2 hari aktiviti seorang suri rumah ya. Respek sungguh💪

    ReplyDelete