Sunday 7 July 2024

Makan² @ Jeme's Place

Ahad minggu lepas (30.6) kami ke rumah baru ex officemate Walid, Jeme (Uncle Jeme for the kids) di Kajang. Masa rumahnya under construction dulu UJ pernah ajak Walid tengok tapak pembinaannya. Alhamdulillah now dah setahun rasanya depa masuk rumah ni.

Cantik sangat rumahnya. Yang lebih menarik, dekorasi semuanya ilham dan hasil usaha tuan rumah sendiri. 

Jemputan tak ramai, 4-5 keluarga je. Memang puaslah bersembang dan makan :D 
Menu utama Nasi Kerabu & the geng 😋
Lauknya ada ayam goreng, ikan goreng, sotong goreng tepung, grilled lamb. Isteri UJ ni memang pandai masak, geng ofis selalu order makanan dengannya. Kalau dekat Ummi pun nak order juga, memang sedap 👍 

Laksam pun ada. Sedappppp! 
Depa suami isteri orang Kelate. Jadi hari ni kami dijamu dengan makanan tradisi Kelantan, I like :D 

Tapai dan akok serta keropok. 

Adik pulun yang ni la... 

Leo, kucing tuan rumah. 
Mesra, macam tuan rumah juga 😁

Rumah dia pun kemain kan...lawa betul 😍 

 Terima kasih sekali lagi atas jemputannya 🌹 

UJ dan Uncle Idham baru balik dari UK & US sebenarnya, outstation 2 minggu tak silap. Alj adalah buah tangan untuk kami. Tqsm 👍

 Dari rumah UJ dah masuk waktu Zohor. Singgahlah solat di PETRONAS Solaris Sg Besi (opposite Minlon). Cantik dan bersih suraunya. 

Dari sini terus balik rumah.
Sebelum ke rumah UJ tadi singgah melawat anak soleh ni dulu. Bawakan spaghetti goreng. Seminggu sekali tu kalau boleh nak juga dia makan airtangan Ummi :D 

Alhamdulillah minggu ni pun penuh jemputan makan² :) 




Saturday 6 July 2024

Ahlan 1446H

Alhamdulillah diberi lagi rezeki menyambut tahun baru; tahun baru Hijrah.  

Semoga Allah SWT kurniakan kebaikan yang melimpah buat kita, kesihatan yg baik, rezeki yg luas lagi berkat serta kita semua sentiasa dalam lindungan-Nya 🤲 

The boys ke surau, ada bacaan Yasin sebelum Maghrib. Ummi pula joined bacaan Yasin sekolah secara online. 

Permulaan yang baik ni diharap berkekalan hendaknya hingga ke hujung tahun, malah setiap hari harapnya bertambahlah amal soleh kita ye ... 

Rezeki dari surau. Ada cakoi dan goodies kenduri. Mungkin ada extra dari majlis mereka, dibawa ke surau untuk dikongsi bersama jemaah. 

Selamat menyambut Maal Hijrah 1446H ❤️

Friday 5 July 2024

Telekung dari Mekah & Bantal Leyna

Alhamdulillah Cik Siti, anak Mak Bee dah selamat kembali dari tanah suci 1.7 hari tu. Semoga dikurniakan haji yg mabrur hendaknya 🤲 

Buah tangan untuk Ummi dan anak². Alhamdulillah. 

Cantik sejadah ni, warna lembut je. 

Kurma dan coklat. Terima kasih banyak Hajjah 🌹

Walid dapat bantal Leyna ni masa mesyuarat PIBG SRAI

Nampak empuk bantalnya hihi ...
Belum buka lagi plastiknya :) 

Alhamdulillah syukur atas segala nikmat. 

Thursday 4 July 2024

Abang ~ Majlis Pengiktirafan Murid Cemerlang

Alhamdulillah rezeki Abang dapat naik pentas utk majlis ni. Ianya meraikan para pelajar yang berjaya meraih Gred Purata Calon (GPC) 2.00 dan ke bawah dalam UASA sesi lepas (2023/2024). Juga ada Anugerah Ulul Albab untuk murid² cemerlang hafazan. Turut diraikan guru/panitia cemerlang serta graduan SPM tahun lepas yang dapat 8A dan ke atas. 

Walid tolong Abang pakai sampin. 
Dress code untuk penerima anugerah ialah baju Melayu untuk lelaki dan baju kurung untuk perempuan, termasuk jemputan kehormat dan para guru. 

With Ilham. 
Yang tak terlibat dengan majlis anugerah ni ada prep macam biasa. Dewan tak muat nak tampung semua pelajar, plus ibu bapa lagi. Jadi yang terlibat saja dibenarkan masuk ke dewan. 

Abang dapat untuk kategori emas. Dua lagi kategori platinum dan berlian. Setiap kategori ni based on GPC, makin kecil GPC, makin cemerlang. Walaupun Abang dapat kategori emas, (3rd category) tetaplah Ummi happy, bahagia dan bangga dengan pencapaian Abang. Boleh jadi role model untuk adik³ إن شاء الله 

So proud of you Abang ♥️

Dapat sijil dan wang tunai.
Choc bouquet Ummi DIY. 

Bersama Ustaz Rahim dan kawan² sehalaqah yang dapat anugerah. Alhamdulillah 5 dari 10 anak¹⁰ halaqah Ustaz naik pentas 👍 UR pun dapat anugerah panitia. Tahniah Ustaz! 

With Aufa. Tahniah Aufa dapat Anugerah Ulul Albab 👍 F1 dulu rajin juga dia datang melepak dengan kami sekeluarga. Sekarang dah besar, segan kot :D 

Mak Afiq belanja photoshoot. Abang, Afiq & Luth serta adik² Afiq dalam gambar tu. Tq MA 🌹

Walid pula belanja diorang lunch. 

Walid tak join majlis Abang ni sebenarnya sebab kena attend meeting PIBG SRAI. Berbagi tugas dan berbagi anak juga kami hari tu. Kakak ikut Ummi, Adik pula ikut Walid. 

Apapun syukur semuanya berjalan lancar. 

Tahniah sekali lagi Abang!
Keep shining and stay humble ❤️ 


½ Hari dalam Hidup

Seronok pulak tengok rutin harian mak² esp housewives dekat TT. Ada yang share rutin harian, ada yang share belanja dapur, kemas mengemas dsbnya. Tapi Ummi malas nak rekod² video, kita tulis je la. Aci kan? Haha... 

Okay pagi ni nak restock barang² basah sikit, nak gi pasar. Dah siap masuk kereta, keluar balik sebab hari nampak makin gelap. Bukak semula pagar yang baru dikunci, tarik ampaian ke dalam sikit takut kena hujan. 

Masuk semula dalam kereta, alhamdulillah titisan hujan mula turun. Tak lebat, tapi cukup membahagiakan :) 

Dah sampai di pasar...
Bajet terkumpul utk hari ni RM63.00. Jom tengok apa yang boleh dibeli dgn bajet ni... 

Alhamdulillah dapatlah ayam seekor, ikan senangin 2 ekor, ikan selar 6 ekor, sotong + udang. 

Bayar RM55.00, dapat diskaun sekupang :D 

Santan ½ + kelapa parut sebiji RM6.20. 

Nasi lemak RM3.60. 
Overspent RM1.90 🤭

Tak jadi nak ke Mart Bagus, masih hujan. Terus balik ke rumah. 

Sempat petik hasil tanaman sebelum hujan kembali lebat. 

Ketung ketang ketung ketang setel bersihkan hidupan² laut dan darat ini 😁 

Membawang :p 
Tips nak senang kopek bawang is rendam dulu dalam air dalam 10 minit ke... Kulit bawang jadi lembut, gosok² pun boleh tanggal haha... Lagi satu, dgn cara ni kulit bawang tak berterbangan di tiup angin, sebab dah basah. 

Pinjam kipas comel Kakak, malas nak angkat stand fan ke belakang ni. 

Nasi is done :D 
Masak dalam mug, untuk Ummi sorang je. Ini pun berbaki, bolehlah Kakak buat nasi goreng balik sekolah nanti. Petang² lapar je kerjanya sebab penat kan... Pagi training utk MSSD BoJa, petang training choral speaking pulak. 

Ayam Masak Merah siap! 
Betul² bersilat ye tuan puan 😆
Lauk ni untuk di-frozen-kan, sebab esok dan weekend ni Ummi dijangka busy. Kekdahnya bersusah² dahulu bersenang² kemudian atau pun boleh juga guna kata² motivasi ni; jika anda gagal untuk merancang, anda merancang utk gagal. Hah, takut kan? Hahaha... 

Isi ayam untuk lauk dinner dan daging korban, lupa nak bawak keluar awal² pagi tadi. 

Finally, dapat lunjoq kaki sat... 

Lunch time! 
Terung pipit tu dah selamat Ummi buat Sambal Goreng + Bilis. Makan dengan nasi, daun salad dan telur mata pun dah cukup sedap bagi Ummi. Kalau Walid dia suka makan berkuah, paling tidak kicap. Ummi pulak suka kering² gini. Gaul nasi dengan sambal terung pipit tu pun jadilah. 

Sekian, segmen ½ hari dalam hidup untuk kali ni :D 

Wednesday 3 July 2024

Bikin Kuih Lapis


Sedari pagi teringin nak makan kuih² manis, tapi malas nak keluar pergi beli. Solusinya, kita rajinkan diri 💪 

Alhamdulillah semua bahan pun ada; 
2 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir 
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung 
1 kotak kecil santan 
Sedikit garam 
3 cawan air 
Sedikit pewarna pilihan 

Let's go! 
1. Satukan tepung beras, gula pasir, tepung gandum, tepung jagung, garam, santan kotak dan air. Gaul sebati semuanya 
2. Tapis adunan ke dalam bekas lain
3. Bahagia adunan kepada 2. Ummi bahagi +-2 cawan setiap adunan. Satu adunan biarkan warna asal, manakala 1 adunan lagi letak pewarna pilihan dan gaul sebati 

4. Panaskan kukusan. Balut penutup agar air kukusan tak menitik atas kuih nanti 
5. Sapu minyak pada loyang 
6. Ambil 1 cawan adunan putih, tuang ke dalam loyang. Tutup pengukus dan kukus 5-6 minit (setiap lapisan). Kalau lapisan masih ada bahagian cair, kukus lagi supaya adunan putih dan berwarna tidak bercampur. 

7. Ambil pula adunan berwarna dan tuang ke dalam loyang. Ulang proses #6 hingga habis semua adunan. 
8. Kukus 30 minit lagi atau hingga kuih lapis masak sepenuhnya. Ambil lidi, cucuk kuih. Sekiranya kuih tak melekat di lidi, kuih dah masak dan boleh tutup api. Angkat loyang dan sejukkan. Bila dah sejuk baru potong
9. Sedia untuk dinikmati. 

Lapisan 3 & 4 bercampur, salah teknik. Sepatutnya bagi lapisan bawah keras dulu baru tuang adunan utk lapisan seterusnya (step #6). Lurus sangat Ummi ni, cukup 6 minit je terus tuang adunan seterusnya 😅 Walaupun begitu, dari segi rasa tak kalah ye :p 

Terima kasih Lesung Pipit untuk resepi yang mudah dan menjadi ni, walaupun tidaklah sempurna kejadiannya. Amatur khennnn :) 

Selamat mencuba 🤗