Sunday 21 April 2024

Nasi Lemak Kena Serbu

Sabtu pagi Abang tiba call, waktu prep pulak tu... Cuak jugalah Ummi ni...

Nak request nasi lemak rupanya hihi...

Ummi pun onz je la sebab hari tu nak keluar ke  open house US, jadi tak payah masak untuk lunch for that day. Ummi terus buat Sambal Tumis Bilis. Sambil² tu masak rendang dan rebus nasi impit segera untuk kawan² Kakak yang nak datang beraya esoknya, Ahad juga. Alhamdulillah setel sebahagian menu ni, barulah lega nak keluar beraya. 

Alhamdulillah, siap nasi lemak, bajet untuk  lebih kurang 15 orang. Lauknya telur mata. 

Kami orang terawal kot sampai di asrama haha... Pintu pagar bukak pukul 11.00 terus masuk 😆 Terus ke kantin, yang baru je dibuka. Sebelah kantin ada court  bola. Boys F4 tengah main bola tongah hari tongah paneh tu. Yang tak main jadi penonton pun ramai... Ummi nampak Adli tengah main, ajak dia makan sekali. Abang pun panggil juga 3 orang lagi kawan² termasuk IR yang request nasi lemak ni. Yang dok lepak meja depan kami pun ajak la sekali. Dalam dok perati anak² ni cedok nasi lemak sorang demi sorang, eh makin lama makin ramai yang datang. Semua yang dekat court bola tu mai serbu  😂 Dapatlah merasa sorang sikit. Mujur juga bawa nasi lemak bungkus dan roti canai 4 keping. Share² je la sorang sikit. Walid top up telur mata & nasi putih sikit dari kantin hihi.. nak beli banyak pun kantin baru nak start operasi juga :D

Seronok tengok gelagat masing-masing. 
Cara diorang makan, cara depa mai sorang² ucap terima kasih buat kita rasa happy sangat. Rasa macam nasi lemak Ummilah terpaling sedap hahaha... Padahal depa tengah lapaq, budak² asrama kan... Lapaq sedia² 😆 Ummi dulu pun dok asrama, paham sangat. 

Jumaat ni depa PB, Sabtu tu Ummi ajak depa mai beraya. Ummi nak masak banyak² bagi depa makan puas² إن شاء الله 

Semoga dipermudahkan segala rancangannya 🤲

19 comments:

  1. Alhamdulillah...seronoknya anak- anak ni semua makan nasi lemak..bangga umi dapat jamu anak- anak ni semua kan..sama jugak la dengan SA..seronok tengok anak- anak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa puashati kan SA, bila tgk orang makan airtangan kita...

      Delete
  2. seronoknyaaa kena serbu mcm tu. puas rasa berbaloi masak sebab semua pakat makan hehehe

    ReplyDelete
  3. rezeki nasi lemak dpt mkn rmi2 tu

    ReplyDelete
  4. Seronok tengok. Seronok bagi pihak yang makan dan pihak yang masak 😃

    Semua ini akan jadi kenangan indah hidup di asrama buat anak-anak bila mereka dewasa nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya diorang ingatlah kat Ummi, doa²kan selalu pun syukur sangat dah :D

      Delete
  5. Semoga diberikan keafiaatan pd PH nak sediakan makanan banyak nanti ya, Amiiinnn YRA.

    ReplyDelete
  6. Semoga murah rezeki PH, gembirakan IR dengan permintaannya.

    ReplyDelete
  7. Ramai pula nampaknya kawan2 anak ni PH. Moga murah rezeki PH ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai Ezna, boys pulak tu ..pantang ajak mesti serbu haha... Kenangan manis utk dikenang :)

      Delete
  8. ummi boleh buka warung nasi lemak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...
      Tak sedap mana pun Mama Pia, takat jamu budak2² tengah lapar bolehlah haha

      Delete
  9. Seronoknya dapat jamu anak2 macam tu. Budak2 asrama kesian asyik lapar je.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah . Kongsi rezeki ..diorang pun happy .. Kita pun sama-sama happy kan .

    ReplyDelete
  11. alaaa.. bestnya dapat masak untuk anak dan jamu juga kawan² asrama.
    Tak dapatlah akak nak buat begitu.

    ReplyDelete
  12. Anak2 tuh selalu jujur. Kalo memang sedap pasti terlihat dari cara mereka makan, semangat sangat. Memang lah bagi yg memasak, LGS terhibur sangat, rasa capek masak bagai hilang ya kak. Semoga nanti acara beraya berikutnya lancar 👍

    ReplyDelete