Wednesday, 20 March 2024

Peti Sejuk Tak Sejuk!

Ada yang panggil peti sejuk, ada yang panggil peti ais :) Kecik² dulu Ummi panggil peti sejuk, dah besar panggil fridge :p 

Sebenarnya sejak 1-2 bulan lepas peti sejuk kami ni tak berapa nak sejuk. Sekejap ok sekejap ko :(

 Ummi ni senang je, selagi boleh guna kita gunalah. Pernah panggil orang repair (last year tak silap) jadi bila masalah ni berulang semula pasrah je la. Nak repair semula pun rasa macam perabih duit je, sementelah peti sejuk ni dah lebih 10 tahun usianya. Tak silap sebaya Ammar (14 yo @ Angah 13 yo). Beli pun 2nd hand dari Paklong, harga RM700. Kisahnya dulu Paklong menyewa di Keramat dalam 1-2 tahun kot. Bila nak pindah semula ke Kedah, jual peti sejuk tu kepada kami. Seronok sungguh Ummi masa tu sebab dapat peti sejuk 2 pintu! 

Jenama Haier. 

Lagi satu model lama macam ni susah cari spare part. Macam peti sejuk ni pun rak plastiknya (model terkini dah guna tampered glass) dah patah. Dok cari merata online & offline takde jual dan saiznya juga tak sepadan. Solusi? Balut dengan selotep 🤭 Bila letak benda berat macam lauk berkuah ke, susu tin yg masih penuh isinya melendut raknya huhu... 

Lately peti sejuk ni macam dah tak mampu nak berkhidmat dengan cemerlang. Bahagian bawah dah tak sejuk dah. Memang menjadi satu masalah yang kritikal jugalah bila peti sejuk tak bagi kerjasama esp bulan puasa ni kan... 

Buah² potong jadi lembik dan berlendir. Sayur pun sama.  Makanan masak pula tumbuh kulat. Dia bukan terus tak sejuk ye, slowly tak sejuk. Itu yang Ummi still simpan lebihan makanan tu. But when she's totally malfunction memang terpaksalah Ummi buang semua ni, dah contaminated

Habis kuning sayur Ummi :( 
2-3 hari tu memang berbuka tak makan sayur, malas nak beli sebab semuanya jadi rosak. Stress hidup tak makan sayur haha ...

Barang basah alhamdulillah selamat sebab bahagian freezer masih berfungsi dengan baik. Lagipun Ummi ada chest freezer juga. 

Terima kasih untuk belasan tahun yang indah ye peti sejuk Haier. Mudah-mudahan penggantinya akan memberi khidmat yang lebih cemerlang 💪


15 comments:

  1. Alhamdulillah... Lama jugak tu dah berkhidmat... Banyak jasa dia tu...

    ReplyDelete
  2. kita pn panggi peti sejuk hehe....mmg kritikal la bila peti sejuk tk sejuk

    ReplyDelete
  3. yeaay umi dapat peti sejuk baru...dapat yang ketuk2 nyala tu pun jadi lah umi...hehe

    ReplyDelete
  4. sma saya panggil peti sejuk jugak kdg2 peti ais hehe

    ReplyDelete
  5. Peti ais ni memang selalunya boleh bertahan lama. Kalau mula meragam tu sikit2.....tandanya mungkin nak kena cari yang baru tapi selagi boleh guna....kita guna.....

    ReplyDelete
  6. Alamak...baca PH cerita bab tetingkat rak tu hampir sama la cerita peti ais kita..
    Saya potong plywood balut dengan wallpaper eco..pakai la sampai la ni..selagi boleh pakai kan...hihihi

    ReplyDelete
  7. T_T

    Nanti share peti sejuk baru ye hehe

    ReplyDelete
  8. peti ais rosak bab yang paling tak tahan barang banyak rosak. dulu kami punya rosak masa pkp 2020.dah la kedai pun tutup nak beli yg baru

    ReplyDelete
  9. Saya panggil ESBOK 😄

    Yeayyy…dapat esbok raya 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la.. tapi.. nak tulis kat blog esbok takut jadi kecelaruan, hehehe.

      Delete
  10. Memang dah sampai masa dia mintak baru tu PH....

    ReplyDelete
  11. Dulu kami panggil esbok. Rasa sebutan dia Ice Box kot.. sampai ke orang kampung jadi esbok 😂
    Mungkin getah keliling tu kot ada masalah jadi tak tertutup rapat.

    ReplyDelete
  12. Ammi masa kecik panggil icebox (sbb arwah ayah dok sebut gitu). Ni dh kawin ngan melayu pure terus jd peti ais haha.

    Bila peti ais dah x bg kerjasama mmg ngeri

    ReplyDelete
  13. Di sini pula di sebut Kulkas 😊. Tapi saya paham dari dulu istilah peti sejuk, Krn zaman kecil rumah saya pakai parabola, jadi siaran tv dari Malaysia Tv1, tv2, tv 3 tertangkap juga sampai Indonesia. Makanya paham istilah2 sana dari dulu.

    Kulkas nih memang salah satu yg penting kan. Tak terbayang utk simpan makanan sisa dan bahan masakan kalo tak ada ini. Kulkas saya pun dah lama nih kak dari 2011 . Masih dingin tapiiii magnet pintunya terkadang dah lemah. Jadi kalo terlalu penuh sikiiit, bisa terbuka, yg buat JD tak dingin . Memang harus siap2 ganti 🤣

    ReplyDelete