Wednesday 24 April 2024

Raya 6 @ 13 Syawal

Alhamdulillah selesai sudah Puasa 6 Ummi dan Walid. Ummi raya sehari awal, manakala Walid raya semalam. Sebab Rabu lepas Walid ada Open House Ofis jadi tak puasalah hari tu. 

Rebus Ketupat Palas  yang Ummi buat sebelum raya sebagai juadah Raya 6. Malas nak merendang, kita cicah Kari Ayam saja. Tradisi di kampung Ummi bila Raya 6, memang akan rebus Ketupat Palas. Tapi, yang fresh bukan yang disejukbekukan. Ialah, di kampung mudah nak dapatkan daun palas. Tak puasa atau raya pun boleh je nak makan Ketupat Palas, cuma feel-nya tak macam time raya :) 

Puasa 6 ni lain cabarannya. Walaupun 6 hari je tapi nak habiskan 6 hari tu bercinta! Nak bangun sahur pun liat sungguh beza dgn puasa Ramadhan lepas. Kebanyakan hari, Walid bangun sediakan sendiri sahurnya, sebab Ummi kalau puasa sunat cukup setakat minum air je. Itu pun hujung² nak masuk imsak pun sempat lagi. Walid pula memang wajib makan berat. 

Apapun syukur dapat juga selesaikan Puasa 6 ni. Selamat berjuang untuk Abang, ada 2-3 hari lagi tak silap. Angah masih sesuaikan diri dgn jadual asrama jadi dia belum mula Puasa 6. Bagi yang berpuasa, makanan kena ambil awal kemudian simpan dulu di Dewan Makan (DM) dan lepas Maghrib datang ke  DM semula untuk makan. Nak adjust masa tu dia belum pandai jadi tak puasalah dia. Takpa, yang penting Angah settle down dulu dengan kehidupan di asrama ❤️

15 comments:

  1. Ye betul tu PH. Bulan puasa semua kena bangun sahur tapi tak semua nak buat puasa 6 jadi takde geng bersahur pulak. Macam saya pulak, pagi tadi bangun kononnya nak sahur tapi sakit kepala berdenyut2 last2 tak jadi puasa hari ni. Insha Allah esok sambung puasa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak bangun sahur kena kental hihi...
      Semoga sihat selalu sis 🤲

      Delete
  2. alhamdulillah...dah selesai puasa 6 PH...linda baru hari ke2...selesaikan ganti dulu..

    ReplyDelete
  3. saya tak sempat habis lagi sehari thenti pula 'abc'..
    harap anak2 di asrama dipermudahkan urusan,semoga semuanya pejuang survival&sentiasa bersemangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb tu Sy buat awal, ngam² je habis P6, abc gak 😉
      Aamin...ni dah 2 hari x call, kita pulak yg susah hati. Hari² call pun risau gak 😅

      Delete
  4. Saya belum selesai puasa 6.
    Memang mencabar. Huhu dah terbayang hendak makan apa nanti masa selesai puasa 6😄

    ReplyDelete
  5. Puasa 6 memang mencabar kan tak macam puasa Ramadhan betul kata Ustaz. Sebab semua tak puasa sama2. Puasa 6 biar duduk rumah je bak kata kawan.

    Wahh PH buat sendiri Ketupat Palas best nya. Suka sangat Ketupat ni sedap makan dgn Rendang, serunding dll kan

    ReplyDelete
  6. Settle awal2 senang kan. Boleh sambung beraya lagi. Hihi

    ReplyDelete
  7. SA mcm x sempat start puasa 6...kesihatan x memberansangkan...

    ReplyDelete
  8. myBIL ada bagi ketupat palas dari Terengganu tapi belum buat lagi, mungkin sebab tak cukup korum dalam rumah, jadi feel nak makan tu kurang.

    ReplyDelete
  9. Saya pun hari ini selesai 😄. Nasib baik period blm datang. Samalah kita kak, saya pun tak masalah cuma minum air. Tapi suami kdg minta makan sahur.

    ReplyDelete