Friday 19 January 2024

Ubi Kayu Rebus

Lama tak makan ubi kayu rebus. Alhamdulillah rezeki pagi kelmarin...

Ambil seketul buat raso². Alhamdulillah lembut elok ubinya. Kelapa parut pun sedap cuma lebih rasa manis. Lagi suka versi masin² sikit tu... Banyak pulak songeh 🀭

Suka singgah gerai ni, dekat food court depan Pasaraya Hari² tu. Tak ingat apa namanya tapi selalu jual makanan tradisi untuk sarapan. Ada lempeng, ubi kayu rebus... Nasi lemak, Nasi Dagang, nasi impit, kuah lodeh semua ada. Pagi² pun dah ada lauk, antaranya Rendang Limpa. 

Esok² kalau singgah, Ummi update nama kedai. 

22 comments:

  1. lama sungguh x makan ubi kayu rebus.. biasa musim banjir banyak org jual di sini.. di tepi2 jalan.. yg kecik sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, yang kecik dan muda² manis rasanya. Memang sedap 😁

      Delete
  2. Sambal bilis hijau byk lagi. Sedap jugak ni kalau mkn dgn ubi rebus kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lulus SK, sambal bilis hijau pun onz πŸ‘

      Delete
  3. Eish.. Linda pun bru teringin nk buat getuk ubi, nmpk plak post nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajinnya Linda! Akk ni rajin tunjuk je ahak πŸ˜‚

      Delete
  4. ya Allah.. makan dengan sambal tumis ikan bilis pun sedap ni. nikmat..

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap..SA x boleh makan..masuk ward kang xde nafas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala, kesiannya SA
      PH alhamdulillah setakat ni semua boleh makan lagi. Tapi kena berpada² jugalah makan apa² pun...

      Delete
  6. Dengar ada rendang limpa, sedapnya PH!

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Wak mesti cabut je dekat belakang rumah kan...

      Delete
  8. sedapnya ubi kayu rebu cicah sambal bilis. terliur pulak tengok.

    ReplyDelete
  9. ada bancuh kopi O tak tu?hihi
    haritu saya cuba cicah ubi kayu rebus dengan acar buah,sedap jgk rasa masam2 manis bercampur lemak ubi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Regu terbaik tu, ubi rebut & kopi O. Mantol 😁
      Belum pernah cuba, dgn sambal tumis sedappp...

      Delete
  10. sedapnya... mkn dgn sambal tumis bilis pun sedap ni atau nk manis mkn dgn gulapong kalau kami kt sini... sy mmg x gemar cicah kelapa.. hehehe

    ReplyDelete
  11. Saya pun Dah lama tak makan singkong rebus 😍😍😍. Ingat dulu suka makan ini pakai cacahan kacang yg ditumbuk halus, campur gula dikit.kombinasi rasa lembut dr singkong, lalu asin manis dari kacang. Sukaaa.

    Pakai kelapa juga sedap 😍

    ReplyDelete
  12. Sedap juga ni. Ni makanan orang lama. Lepas tu minum dengan kopi pulak....

    ReplyDelete