Sunday 21 January 2024

Angah ~ Result UKKM

18.1 (Khamis) keluar result UKKM Angah tempohari. Exam 6.11, lewat dari PKSK tapi result-nya keluar lebih awal. 

Setelah beberapa kali percubaan nak menembusi laman web, akhirnya berjaya juga. 

Belum rezeki Angah... 

Ada 3 status semakan;
1. Berjaya - kena terima/jawab sebelum 25.1
2. Waiting list - kategori calon simpanan, kena tunggulah tawaran berperingkat dari MARA. Tahun ni butang rayuan pun tiada seperti tahun² sudah. Mungkin penambahbaikan dari pihak MARA. 
3. Gagal - katanya tiada peluang untuk rayuan tahun ni bagi yang gagal UKKM. 

Straight to the point MARA bagitau huhu... 

Alhamdulillah untuk Angah dan rakan² dalam kategori calon simpanan ni masih ada peluang. Next semak 15.2. 


Tahniah buat anakanda Pia dan kawan-kawan SRAI Angah yang dah berjaya dapat tempat di MRSM. Alhamdulillah ramai juga anak² SRAI dapat offer untuk kali ni 👍Mudah-mudahan ada rezeki Angah juga ke sekolah impiannya 🤲



21 comments:

  1. Insya Allah angah.. kalau dah jodoh dan rezeki x ke mana nnt

    ReplyDelete
  2. insya-Allah mudah mudahan ada rezeki angah...tp angah jangan down nya kalau yg di idamkan tak dapat...ada rezeki lain yang nak smpai...insya-Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Linda 🤗
      Angah ok sbb target dia nak sekolah sama dgn Abang 😁

      Delete
  3. insyaallah ada rezeki lain lebih baik buat angah.
    Allah lebih mengetahui.
    good luck

    ReplyDelete
  4. insya allah ada rezeki tu utk semakan seterusnya

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah lorongkan yang terbaik buat Angah, insyaAllah..

    ReplyDelete
  6. Ada terbaik untuk Angah. Insya Allah.

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah ada rezeki yang terbaik untuk Angah,rezeki yang tak disangka2,rezeki yang tak diduga,rezeki yang membahagiakan hari2 Angah...acik sentiasa doakan Angah dari jauh

    ReplyDelete
  8. Oh, macam tu ya, result dia cakap. Saya tak tahu, sebab tak pernah apply anak untuk MRSM. Insya-Allah, ada rezeki tu, untuk Angah.

    ReplyDelete
  9. Insya-Allah, ada tu, rezeki untuk Angah.

    ReplyDelete
  10. Aamiin...
    Semoga rezeki Angah di tempat yang terbaik.

    ReplyDelete
  11. Aunty SA doakan untuk Angah, semoga ada rezeki next nanti

    ReplyDelete
  12. InshaAllah ada rezeki yang menanti didepan.. aminnn

    ReplyDelete
  13. Ada plan yg lebih baik untuk angah nanti 🤗😊. Semoga semuanya dilancarkan ya kak

    ReplyDelete
  14. apa jua keputusannnya nanti ..Tahniah kerana berjaya menghabiskan 6 tahun ++ kat sekolah rendah..Orang lain sebelum ya hanya 6 tahun..tapi batch Angah 6tahun ++
    PKP..PDPR...huh..struggle

    ReplyDelete
  15. Kalau dah memang rezeki Angah....Angah akan dapat....insya-Allah.

    ReplyDelete