Wednesday 31 January 2024

Istiadat Keberangkatan Tiba YDP Agong ke-17



Selepas menonton Istiadat Keberangkatan Balik YDP Agong ke-16 kelmarin , semalam pun Ummi tak lepaskan peluang untuk menonton Istiadat Keberangkatan Tiba YDP Agong ke-17 pula. Perkara yang  berlaku 5 tahun sekali, kita raikan. 

Sebenarnya Ummi menunggu² kelibat Raja Permaisuri Agong yang baru, tapi nampaknya Tuanku YDPA hanya berseorangan dari Johor ke KL. Tuanku Permaisuri khabarnya telah berada di KL sejak Isnin. 

Dalam majlis istiadat semalam nampak Tunku Tun Aminah dan suaminya serta anakanda² Tuanku yang lain. Seronok sekali sekala dapat tengok anak² raja dan para kerabat diraja. 

Seronok tengok para tetamu lelaki berpakaian sedondon baju Melayu hitam dan sampin warna keemasan. Ni di Senai  Airport. 

Lambaian kasih Tuanku untuk rakyat Johor. Seronok tengok bonding Sultan Johor (now YDPA ) dengan Bangsa Johor. 

Sampai di Pengkalan Udara TUDM, Baginda disambut oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. Sehari sebelumnya, Tengku Amir turut berangkat menghantar Al Sultan Abdullah balik ke Pahang. 

Daulat Tuanku! 

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Kagum Ummi dengan Tan Sri tak baca teks, tapi hafal. Nak menyebut nama penuh dan darjah kebesaran Sultan², Akta dsbnya sebelum Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan bukan senang nak ingat, ditambah dengan gugup berdiri di hadapan Raja² Melayu, live lagi....Kalau Ummi mau pengsan dah 😅

Sultan Nazrin sekali lagi dilantik sebagai Timbalan YDPA. 

Alhamdulillah, selesai sudah istiadatnya. Tak sabar pulak nak tunggu istiadat pertabalan nanti, Insha Allah. 

Senarai YDPA pertama hingga ke-17... Nampaknya sistem penggiliran YDPA untuk cycle ke-2 menghampiri pengunjung. Sangat menarik untuk diperhatikan sistem penggiliran yang dijalankan, di samping dapat melihat generasi kedua yang telah/ sedang berkhidmat sebagai YDPA. 

Antara fakta menarik untuk tatapan anak⁴ Ummi khususnya;
1. Sultan Kedah, Almarhum Sultan Abdul Halim Muazzam Shah pernah 2 kali menjadi YDPA (ke-5 & ke 14)
2. Negara pernah menyaksikan kemangkatan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor sewaktu menjadi YDPA ke-11
3. Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah meletak jawatan sebagai YDPA ke-15 sebelum habis tempoh jawatan

Daulat Tuanku! 
Dirgahayu Tuanku! 

6 comments:

  1. Moga agong yang baru ni pun macam agong sebelum ni....mesra rakyat. Daulat Tuanku!

    ReplyDelete
  2. moga YDPA kali ni pon mcm Agong yg sblm ni, mesra semesranya dgn semua rakyat jelata aminnnnn

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Semoga institusi beraja dapat dikekalkan di negara kita. Itulah identiti negara kita, agama Islam dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

    ReplyDelete
  4. Rasa baru-baru ini sahaja ada tunjukkan keberangkatan balik dan keberangkatan tiba.

    ReplyDelete
  5. Meriah betul tengok keberangkatan balik dan keberangkatan tiba kedua-dua agong kita.

    ReplyDelete