Walid ada tugasan di sempadan negara; Bukit Kayu Hitam. Dua minggu di sana jadi masa weekend tu sempatlah masuk Siam (orang Kedah biasanya sebut Siam, bukan Thailand).
Kalau tak silap dalam 45 minit dari sini ke Danok @ Dannok.
Bagi warga Kedah, tak perlu guna passport, sekadar guna border pass untuk masuk ke sempadan negara jiran. Depa trace melalui IC.
Bukan orang Kedah saja, orang Perlis, Kelantan dan penduduk Daerah Hulu Perak juga boleh guna BP. Kalau orang Baling biasanya depa masuk Siam melalui Pengkalan Hulu (Kroh) ke sempadan sebelah Siam iaitu pekan Betong. Dulu masa sekolah rendah Paklong suka bawa Ummi dengan anak² dia ke Kroh, ada kompleks duty free kat situ. Manakala di sebelah Utara Kedah, depa ikut Bukit Kayu Hitam dan sempadan belah sana ialah pekan Danok.
BP ni setakat border saja. Tak bolehlah nak ke Bangkok ka Chiang Mai ke guna BP je. Itu tentulah kena guna passport.
Pekan Danok...
Barangan jualan... Kebanyakannya kekacang, keropok, kerepek², asam...
Hasil tangkapan Walid...
Ummi kirim beras wangi, beras Siam dan pulut. Boleh bawa masuk Malaysia 5 kg je. Lebih kena tax kot. Pembungkus beras warna pink, comel!
Lain² jajan... Yang kerepek ada bendi tu katanya rasa memang bendi. Belum buka lagi, tunggu Abang balik. Dia lebih adventure bab makan ni, jadi bagi dia rasa dulu. Kalau okay Ummi onz haha ... M&M's tu hmmmm...lupalah tu boikot 😬
7E kat sana semua sedia maklum kot, macam-macam ada. Wajib singgah katanya.
Antara yang popular CP Burger. Katanya boleh tahan beberapa hari. Nak makan tu panaskan je... Walid tak beli, tak tahulah apa rasanya 😅
Rupanya Uncle Husin pun pergi Siam juga. Depa naik ETS ke sana Hatyai. Orang pencen ni, berjalan aje lah ye :D
Ummi ni bilalah nak ada rezeki ke Siam ye? Asal balik kampung ada² je aktiviti... Jangan kata nak ke Siam, ke Padang Besar pun dah dekat 20 tahun tak pergi! Last pergi tahun 2006, lepas majlis kahwin Paksu. Lama bethol 🙃