Saturday, 22 July 2023

Bubur Asyura ~ Versi SRAI


Letak versi SRAI supaya senang nak ingat perbezaannya. 


Khamis 2 Muharram guru² dan kakitangan SRAI bergotong-royong memasak Bubur Asyura, yang sinonim dengan bulan Muharram

Bab ni paling Ummi suka kalau kenduri-kendara...tapi itulah, dah lama tak berpeluang untuk merewang sebegini. 

Turn guru²/staff lelaki pula mengacau Bubur Asyura...

Alhamdulillah, setiap murid dapat sorang sebekas. Untuk AJK PIBG pun dititipkan melalui anak masing-masing. 

Tiga orang, tiga bekas. Makcik kayoooo....

Rasanya seakan bubur lambuk. Ummi simpan untuk Walid rasa, memang licinlah sebab beliau penggemar bubur lambuk tegar :D 

Ummi kurang gemar, tetap rindukan Bubur Asyura versi Utara yang manis-manis tu 😋

Kalau arwah Tok Wan pula, beliau suka Bubur Asyura versi tawar dan kering. Ramuan utama selain  tepung ialah kacang hijau. Bubur dikacau hingga betul² kering, disejukkan dan dipotong umpama memotong bingka/bengkang. Kemudian ditabur tepung diatas dan bila nak dimakan, dicicah dengan gula. Warna Bubur Asyura versi ni kehijauan kerana penggunaan kacang hijau tersebut. Mungkin sebab teksturnya kering, boleh tahan 2-3 hari pada suhu bilik. 

Lain tempat, lain cara dan rupanya kan Bubur Asyura ni...







Friday, 21 July 2023

Beras Kita Beli

Sembang santai-santai je di hari minggu... Takleh lama², mak mentua ada di rumah ☺️

Kelmarin pergi beli beras... Dengarnya bekalan beras cukup, harga pun tak naik kecuali beras kayangan, beras import...  Ingat nak beli 5kg je, sebab tunggu awal bulan nanti baru nak top up groceries (include beras la)... Tapi, sebab mak mertua nak datang, top up la sikit. Kalau tiba-tiba beras habis naya 😂

Sekali, Ummi tengok rak beras biasa (beras tempatan?) semua kosong! 

Yang banyak ni beras kayangan; beras wangi, beras basmati, ponni  dan yang sekufu dengannya, dan yang hijau belakang tu, beras pulut! Nyaris dah Ummi angkat masuk troli sebab tengok pek warna hijau :D 

Ummi ambillah satu pek beras wangi warna pink tu. Pek 5kg. Tak pernah beli tapi dalam hati mungkin harganya mahal sikitlah dari beras biasa tu, mungkin dalam RM20 gitu...Balik rumah, tengok resit... RM31.99 /5 kg tu. Adeh mujurlah Ummi tak ambil yang 10kg! Main bayar je, sebab banyak items lain juga, malaslah nak check satu-satu dekat pasaraya tu. 

Walid pula bila Ummi kata beras biasa takde, beli la beras biasa (jenama Faiza) di Lumut nun...haha... Diskaun RM5, katanya dengan gembira :) Ummi ingat RM5 dari harga biasa tu; RM 25-26 ringgit kan... Sekali, harga asalnya RM33, lepas diskaun dapatlah RM28. 

Sejak bila beras naik harga?

Pagi ni kita masak pulut  (pulut + ikan masin & kelapa parut) untuk pak mentua. Jimat beras :p 


Thursday, 20 July 2023

Cekodok Pisang

Hujan² ni sedap layan cekodok pisang...

Pisang ni pemberian Cik Minah... 

Mungkin tanam sendiri, di kebunnya di Kuale. Ummi tak jumpa Cik Minah, dia sangkut je pisang ni di pagar. Lepas tu baru dia texted Ummi bagitau... 

Ummi lenyek pisang + tepung gandum + garam + gula sikit + baking powder sikit. Kemudian, bagi dia rehat kejap. Lepas balik ambik kids dari school baru Ummi goreng. Gebu elok kejadiannya alhamdulillah. 

Ada separuh sikat lagi, hujung minggu ni kita buat lagi, إنشاء الله 

Wednesday, 19 July 2023

Cuti Awal Muharram

Ingatkan nak layan movie sebab cutikan, boleh stay back... Takde cerita yang best la pulak :( 

Tengok Meletop kejap... Bergetar suara Hjh Lisdawati cerita pengalamannya mengerjakan haji. Itulah rasanya; hiba, syukur, gembira semuanya berbaur bila dijemput menjadi tetamu-Nya. Satu kenangan dan pengalaman indah hadiah dari Yang Maha Esa. Ummi yakin setiap yang pernah melalui pengalaman mengerjakan haji akan punya rasa ini. 

Sambil tengok TV, sambil layan kek oren ni...


Paginya, anak³ ajak jogging ..siap ajak Mel lagi. Janjinya pukul 7.30 pg tapi pukul 7 hujan gerimis... Ummi terus ke dapur, masak bihun goreng, siap air teh semua. Dalam pukul 8, Mel datang. Hujan pun berhenti dah... Jom la kita... 

Habis satu round pusing sana, pusing sini, perut pun dah lapor... Ajak diorang ke Medan Selera...

Ramai orang hari ni, sebab public holiday kan... Mula tu Mel dengan Kakak nak makan roti canai je, bila tengok adik ordered Indomie Goreng tu, nak jugak depa pun...

Tergodalah, tengok presentation dia kan....

Pilihan Angah...

Ummi pula makan nasi goreng Cik Zana. Ingatkan nak paw roti bakar Angah ni je, sebab di rumah kan dah goreng bihun.  Sekali habis la pulak dia ngap 😂

Balik rumah, dah depa pakat berkumpul tengok TV dan main teka-teki pulak :D Cuaca redup, semua nak duduk dalam rumah je la. Pakat main, makan, baring sukahati diorang je. Ummi layan je la... Nak masak, air pulak takde. Nanti kita story isu air ni 😬

Petangnya hujan turun, lebat. Hujan rahmat di tahun baru إنشاء الله 

Ikan Pari Bakar Sambal Petai

Rasanya baru sekali Ummi makan ikan bakar petai. Itupun, longgggg time ago, 2011 kot. Masa tu pergi bercuti di Kuantan lepas habis berpantang Angah. Duduk di rumah peranginan syarikat tempat Walid kerja. Banglo besar, 6 bilik kot. Colonial style bungalow. Seram gak duduk rumah besar² ni, sementelah kami 4 beranak je 😅

Malam tu dinner di Ana Ikan Bakar Petai. Rasanya kami ordered Siakap Bakar Petai that time... Lepas tu rasanya tak pernah order ikan bakar petai, sekadar ikan bakar bersambal je kalau makan ikan bakar di mana-mana...

Jadinya bila Walid beli ikan pari minggu lepas, Ummi pun buatlah ikan bakar. Kebetulan Cik Leha bagi 2 papan petai sebelum tu, keluarlah idea nak masak ikan bakar petai. 

Baru Ummi tahu, nak buat ikan bakar petai ni kena buat sambal petai dulu 😂😂😂 So, kena pastikan betul² rajin dan ada mood baru boleh buat haha... Dah boleh jadi dua menu dah ni; sambal petai dan ikan bakar... 

Ikan Pari Bakar Sambal Petai
Sumber: Julies Cooking with Luv (tq 👍)

Bahan-Bahan: 
2 keping ikan pari - bersihkan dan lumur dengan garam sedikit
Daun pisang
Aluminum foil

Bahan untuk Sambal Petai:
2-3 tangkai petai - asingkan isi dan kulit
Cili kisar
5-6 ulas bawang merah* 
3 ulas bawang putih* 
2 batang serai*
1 inci halia 1*
Air asam jawa 
Gula dan garam secukupnya 

# Bahan bertanda * dikisar halus

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak. 
2. Masukkan gula, garam dan air asam jawa. Masak seketika hingga pecah minyak lagi 
3. Masukkan petai. Biar seketika. Sesuaikan rasa dan tutup api. Ketepikan.
4. Ambil daun pisang, sudukan sambal petai tadi atas daun pisang, letak ikan pari dan sudukan lagi sambal petai ke atas ikan pula. 

Fahamkan?

5. Tutup/balut ikan dengan daun pisang 
6. Ambil aluminum foil dan balut pula diluar daun pisang

7. Panaskan sedikit minyak di atas pan dan bakar ikan hingga masak. Guna api sederhana. Setiap bahagian bakar dalam 10-15 minit. 

Hasilnya... 
Alhamdulillah, menjadi... Jika suka, boleh dihidangkan dengan air asam. 

Jambu Batu Tapah dan betik tanam sendiri pelengkap hidangan. 

Tuaian kali ni dapat 3 biji. Dapatlah berkongsi rezeki dengan Cik Leha dan Cik Ana. Dengan Mak Bee dah, tuaian kedua tempohari. Inilah antara niatnya bercucuk tanam ni, nak kongsi rezeki dengan jiran-jiran. Benda simple gini pun sebenarnya mampu mengeratkan silaturrahim sesama jiran tetangga. 

Ini petai yang Cik Leha bagi tu ... Terselit sekali pucuk beka... 

Pucuk beka tu Ummi buat kerabu, hari lain. 

Alhamdulillah syukur selalu.  





Tuesday, 18 July 2023

Ahlan Ya Muharram 1445H

Credit: Source 

Seperti juga bulan Zulhijjah, bulan Muharram juga merupakan bulan istimewa untuk umat Islam. Ada hari istimewa di dalamnya yang dipanggil Hari Asyura (hari ke-10 @ 10 Muharram). Ianya akan jatuh pada hari Jumaat, 28/7 nanti. 

Credit: Source 

Selain itu, kita juga digalakkan berpuasa sunat pada hari ke-9 Muharram, disebut Hari Tasu'a. Hari Khamis 27/7 nanti... Cantik sangatlah untuk berpuasa sunat kan... 

Bagi tahun ni, Awal Muharram jatuh pada hari Rabu, 19/7, midweek. Seronok juga sekolah 2 hari, cuti. Lepas tu sekolah semula 2 hari... Begitulah hidup di Malaysia ni, kaya dengan cuti :D Of course I loveeeeee it very much walaupun as a 'Home Minister' ni hari² cuti, dok goyang kaki ja orang kata :p 

Apa plan besok? 

Monday, 17 July 2023

MSSD Bola Baling

Sunburned habis kulit anak² Ummi yang berdua ni 😂

Sorang wakil bola baling, sorang wakil bola jaring untuk MSSD Gombak. Sebenarnya sekarang ni mana-mana sekolah pun sibuk dengan MSSD ni. Nampak di status WA kawan² cikgu atau mak-mak lain pun masing-masing berlegar tentang MSSD je sekarang ni... 

Last week 12/7 Angah ke SK (2) Selayang untuk Pertandingan Bola Baling MSSD Gombak. 

Semua game kalah hari tu 😅
Tahun lepas ada gak menang satu game :) 

Sekolah depa takde padang yang proper  pun untuk training. Kadang training atas padang rumput tepi surau tu, kadang atas kawasan bertar di parkir kereta depan dataran tu. Bila main dalam court tu berterabur la agaknya, feel & look tu lain hehe ... Selain tu, sumber tenaga (coach) pun takde. Tahun lepas Ust F dan Cg N jadi coaches, tahun ni Sir AA dan Cg E pula ditugaskan latih dan jaga team bola baling. Maksudnya dedicated cikgu untuk bola baling ni takde, rotate je cikgu pun. 

Walau begitu, sebagai ibu of course Ummi gembira dengan penyertaan Angah. Kalah atau memang itu adat. Dengan segala kekurangan yang ada, kalau menang itu memang bonus. Namun, itu bukan bermaksud tak bersungguh-sungguh, cuma belum rezeki untuk depa menang. Sementelah baru tahun lepas SRAI set up team bola baling ni. Bukan setakat coaches yang tukar, pemain pun bertukar! Cikgu tak maintain the same team sebab nak buka peluang untuk semua pelajar tahap 2 ambil bahagian. Angah pun awalnya tak nak masuk bola baling kali ni, nak cuba bola sepak pula. Budak² kan, semua nak cuba :) 

Apapun tahniah Angah, berani mencuba 💪


# Pasal post  kekmarin, sorry Ummi salah tag NA. Rupanya Mama Tisya yang share pasal aiskrim Wall's Bites Time tu sebelum ni... Maafkan daku 🤗