Monday, 24 April 2023

Ber-steambot & Grill @ Raya Ke-3


Seawal jam 7.30 pagi kami dah ada di 'Merket' Jitra. Merket tu market la, orang sini tak sebut pasar, depa speaking London okey :D

Tugasan kami beli barang basah untuk acara steamboat & grill malam nanti. Barang frozen kami dah beli di Aloq Staq Mall semalam. 

Kami berdua sarapan di luar ... Lama dah 'dendam' nak makan nasi lemak bungkuih & teh tarik...

Balik ke rumah sementara menunggu tetamu nak datang berziarah, Ummi dan Maklong bersihkan dan siapkan bahan-bahan untuk acara malam nanti. Awal tak kalut :D Lagipun tetamu datang tak putus-,putus- dari pagi hingga lewat petang. Kena curi-curi masa buat persediaan...

Keluar beraya sekejap di rumah ibu Uncle Apit. 

Dihidangkan dengan kuih raya legend, Kuih Siput
Kuih Siput ni favorite Ummi dan arwah Pakcik suatu masa dulu. Nostalgia tolong arwah Tok buat kuih siput ni sampai sekarang segar diingatan. Setiap kali buat kuih ni arwah akan simpan dalam 2 bekas berlainan; satu untuk Ummi, satu untuk Pakcik. Takut kami berebut! 

Singgah makan tengahari di Restoran Mikamal, Anak Bukit. Pukul 4 baru makan... 

Balik semula ke rumah Tok Ayah, sambung kerja... 

Adik buat Fruit Cocktail dengan Maklong. Kali ni letak whipping cream sebagai ramuan penyedap koktail ni. 

Resepi: 1 kotak kecil whipping cream + 2 tin susu cair + 1/4 @ 1/2 tin susu pekat (ikut selera/tahap kemanisan diingini) + 1 bekas Nata de Coco (masuk sekali dgn airnya) + fruit cocktail dalam tin (tapis & buang airnya) + 2 biji mangga (didadu kecil). First step, kacau manja whipping cream hingga larut, masukkan susu², buah koktel dalam tin, nata de Coco dan mangga atau buah-buahan segar lain. Sesuaikan rasa dan hidang bersama ais.

Gambaq tak lawa tapi rasa sedap. Tak sempat nak tambah dah licin! 

Paling laku, grilled beef. Steamboat makan tak habis pun :( 

Walaupun semua sedap-sedap tapi sebab kepenatan semuanya jadi dah tak selera nak makan sangat pun. Apapun seronok dapat berkumpul dengan ahli keluarga terdekat. 





Sunday, 23 April 2023

Photo Shoot @ Raya Kedua

Raya kedua baru semua adik-beradik Walid berkumpul di rumah Tok Ayah. Itupun, Paklong takde, ada job dengan MB. 

Anak dara ni...😅
Baju Sabella RM20, tudung Sabella RM8 beli di jualan Gudang Sabella :) 

Sesi bermaaf-maafan dan kutip duit raya dari Maklong & Maksu 😍

Dengan Uda pun jangan lupa mintak duit raya k :D 

Sarapan Ummi goreng makaroni, Kak Una buat sandwich teloq, Maklong buat ayaq : D Menu lain bakso, laksa Uda bawak balik... 

Tengahari Uda masak... Ummi & Maklong assist ja...

Lawar Terung, paling sedap 😋
Nanti Ummi balik masak di Gombak, Ummi share resepinya Insha Allah. 

Budu Goreng pun tak kurang sedapnya...
Regu pulak dengan ulam-ulaman petik dari belakang rumah; cekur, pucuk daun kari, ulam raja, kangkung celur ... Pergh...

Ikan Rebus Goreng

Hitam tapi sedap ya amat! Gaul ikan rebus dengan garam dan asam jawa dan rebus hingga air hampir² kering, tos kemudian goreng seperti biasa. 

Alhamdulillah kenyang sampai tersandar :p 

Petang meronda pi Aloq Staq Mall, Walid cari baju dan seluar untuk kenduri kawannya. Baju dan seluaryang sepatutnya dipakai tertinggal di rumah. Tak tau la nangis ka nak gelak 🤭

Buah tangan dari event MB yang Paklong terlibat 👆 Kakak suka sangat sebab dapat utensil set, ada chopsticks sekali dalam tu. 





Saturday, 22 April 2023

Kunjung Mengunjung @ Raya Pertama

Selamat Hari Raya Aidil Fitri semua! 

Tema hitam 🖤
Ramai pulak yang pilih hitam tahun ni 🤭

Pagi raya kami bersarapan dengan bakso, airtangan Tok Umi. Ummi cuma panaskan Daging Dendeng untuk dimakan bersama ketupat palas dan lemang serta kuah laksa. Laksa pemberian Maklong Ida. 

Kemudian solat raya di masjid. 

Kami solat raya pukul 9. 

Beratur ambil duit raya dari AJK masjid. Dapat sorang 5 ringgit :) Angah tak nak beratur, segan kot. 

Bermaaf-maafan dengan Tok Umi dan Tok Ayah sebelum keluar beraya...

Rumah pertama, Kg Siputeh.

Rumah ke-2, Kandis

Buah pelam telur penuh sebakul di rumah Tokngah Mah. 

Rumah ke-3 & ke-4, Kandis

Katanya bunga orkid ni Nyang Mat yang tanam asalnya. Lamanya hidup 😍

Rumah ke-5 & ke-6, Kodiang 

Rendang ayam tu sedap bethol...

Rumah ke-7 & ke-8, Padang Perahu

Laksa lagi...

Paling di tunggu-tunggu, nasi tomato & Ayam Masak Merah airtangan Maknjang Cik. Rumah Maknjang rumah terakhir dalam senarai untuk hari ni. 

Nasi impit & kuah lodeh ole-ole dari Maklong, penutup juadah raya hari ni. 



Friday, 21 April 2023

Balik Raya

Memandangkan cuti raya bersambung dengan cuti sekolah, Ikutkan perancangan asal Walid akan bekerja hingga hari Jumaat dan kami akan bertolak balik ke kampung usai solat raya. Masa tu belum ada ura-ura raya Jumaat. Then, PMX bagi cuti khas Jumaat @ Isnin, depends on raya hari apa. Majikan pula bagi Cuti Tanpa Rekod (CTR) separuh hari semalam (Khamis). Dah tu, takkan nak tunggu Sabtu jugak untuk balik kampung kan...

Tan Sri pakai baju coklat :D 

Pagi-pagi sesudah Subuh kami bergerak balik ke kampung tercinta. 

Ayah Rizqi sempat titipkan duit raya untuk anak⁴. 

Alhamdulillah perjalanan yang sangat lancar, boleh dikatakan pecah rekod balik kampung kali ni. Tiada kesesakan luar biasa dan semuanya dipermudahkan oleh-Nya. Kami jangka akan solat Jumaat di Seberang Prai namun Allah susun plan lagi baik, dapat solat Jumaat di Jitra. 

Cuaca pun cantik 🤩

Bagi yang merindui sawah padi :) 

Baling selamanya di hati 💝

Welcome to Jitra :D 

Eh, tak nampak pulak banner menyambut anak² rantau yang pulang beraya macam tahun-tahun sudah... 
Takpelah, janji kepulangan kami dinanti oleh keluarga tercinta :) 

Rezeki Akhir Ramadhan, dapat berbuka bersama Tok Umi dan Tok Ayah. 

Paklong dan Paksu balik kampung mertua masing-masing. Ikutkan kami pun beraya di kampung Ummi tapi bila dah tukar rancangan tak sempatlah nak booking homestay. Mostly dah fully booked pun .. 

Mudah-mudahan Allah rezekikan kita bertemu lagi dengan Ramadhan yang berkah ini 🤲

Selamat Hari Raya semua! 
Maaf Zahir &  Batin dari kami sekeluarga 
🌜⭐




Tunjuk² Jer...

Tahun ni paling malas rasanya nak buat kuih raya 🤭 Bukan setakat tak buat, dalam perancangan pun takde bab buat kuih raya ni huhu ... 

Kita tunjuk-tunjuk je la ye ...

Beli dari Mak Kasih 4 jenis ni (14 balang) plus 1'single gift set untuk Uncle A. 

Beli banyak untuk guru-guru kelas anak⁴. Dapat free paper bag raya dan sampul raya. Setakat ni kuih raya Mak Kasih ni masih mampu milik harganya, jadi mampulah Ummi beli untuk cikgu² sorang sikit. 

By Uncle Shy, dia delivered sendiri to customers di Lembah Klang. Semperit tu sedap giler, habis dah sebalang belum sempat raya 😅

Gift set by Mamasab. Cookies original tu je yang sedap. Yang lain Ummi tak berapa gemar. 

Beli dengan kawan di Ipoh, suruh dia poskan. Hancusss! Dia nak refund, tapi takpelah. Masa order pun Ummi dah maklum akan risikonya. Beli atas dasar nak support kawan-kawan. 

Selain tu Walid beli rempeyek dari driver office dan Ummi juga beli kuih tiram dari Bibik. Entahlah, tahun ni serba serbi malas; nak keluar beli barang bakeri malas, nak pergi beli kerepek di Agrobazar malas, hatta nak order bebanyak pun malas! Bak kata Kassim Baba, 

Unta padang pasir pun takde malas macam kamu daaa.... " 

😂😂😂

Selain yang dibeli, ada juga kuih raya pemberian rakan taulan...

Boss Walid bagi. Tart Cadbury tu 'dah selamat' :p Anak-anak sukalah sebab coklat kan... 

Biskut Mazola dan Tart Nenas dari Nenek Rizqi. Gebu gebas mazola tu... 

Sambut raya di kampung jadi kuih raya ni biasanya lebih kepada dijadikan buah tangan dan makan sendiri je. 

Untuk rumah sendiri, biasanya Ummi hidangkan makanan lebih berat; Mee, bihun, nasi dsbnya. Kalau nak top up kuih raya pun tak susah, kuih raya sentiasa ada je sekarang ni. 




Wednesday, 19 April 2023

Gerhana Matahari Separa

Hari ni di hari 29! Ramadhan sekitar jam 1100 pagi dengan izin-Nya akan berlakunya gerhana matahari separa

Sama-sama kita perbanyakkan doa, istighfar dan menginsafi kebesaran Allah SWT. 

Dianjurkan juga untuk kita menunaikan Solat Sunat Gerhana (Solat Sunat Kusuuf).

Di Sri Gombak pagi ni hujan. Cuaca mendung tapi Ummi harap dapat lihat gerhananya nanti, seperti beberapa tahun lepas. Masa tu masjid kariah kami adakan Solat Sunat Gerhana dengan dipimpin mantan Menteri Agama, Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Tahun ni tak pasti pula, Ummi tak dapat info.