Wednesday, 9 November 2022

Laksa Goreng

Di rumah ni kalau buat laksa kurang sambutan. Tapi, Ummi buat juga, layan keinginan sendiri :D Tapi, macam biasalah, pakat makan sorang semangkuk je :( 

Laksa yang dah direbus tu takkan nak dibuangkan... Goreng ala Mee Goreng tu hah, licin pun 😆

Rencahnya Ummi letak nugget ayam. Air-fried then hiris kecik-kecik. Ayam segar bertapa dalam freezer 😂 

Alhamdulillah dapat elakkan pembaziran. 
Apa yang boleh kita jimat, kita jimatlah kan. Harga barang-barang terutama barang makanan mahal betul sekarang ni.  



Tuesday, 8 November 2022

Happy 14th Birthday Abang

Dah 14 tahun umur Abang! Baru je rasanya dok bergaduh dengan dia 😂 Sekarang dah makin matang dan sangat protective & helpful esp kepada Ummi-nya. Jalan sebelah dia pun rasa selamat je, sebab dia tinggi dan besar dari Ummi :D 



Ummi Walid doakan agar Abang sentiasa dalam lindungan-Nya, cemerlang dalam akademik & sahsiah, jadi contoh kepada adik3 dan kebanggaan keluarga selamanya 🤲 

Dia request nak jamu classmates dia makan. Ummi bagi duit suruh dia handle sendiri. Katanya dia minta Ustaz A tolong tempahkan makanan di kantin. 

Alhamdulillah tertunai hajatnya. 

Terima kasih Ustaz A raikan permintaan bday boy nak belanja classmates dia makan. Ustaz A ni rajin layan anak-anak murid dan parents juga hihi... 

Rindu pulak kat birthday boy ni ☺️

Monday, 7 November 2022

New Toys (1)

Mainan mak-mak 😆

Morgan Rice Cooker 
Masa duduk di Mubarak Lounge kami usung sekali rice cooker. This time dah ada tanda-tanda rice cooker ni nak 'pencen' :p Bila on kadang-kadang menyala, kadang-kadang tidak. Nak senang, Ummi masak nasi atas dapur gas saja. Malas nak beli baru sebab nanti nak berusung balik ke rumah pula. Jadinya, sepanjang menyewa, Ummi masak nasi atas dapur gas je. Rice Cooker di homestay SG pun rosak juga huhu... 

Dah dapat masuk rumah ni, barulah beli yang baru. Antara Elba dan Morgan Ummi pilih Morgan sebab ada pengukus sekali. Pilih yang kapasiti kecik je sebab nak masak setakat 2-3 cawan beras je. 

Morgan Electric Rice Cooker RM100 
(harga asal 139)

Electrolux Vacuum Cleaner
The existing one pun kami pakai jenama Electrolux. Lama sangat dah dia berbakti. Ada kala meragam juga; button on tu asyik tendang. Bila suruh anak2 vacuum rumah, sorang vacuum, sorang tekan button tu tak nak bagi dia 'tendang'. Kuasa sedutan dia pun dah kurang power. Bila contractors guna pula untuk sedut batu, simen dsbnya masa repair works tempohari, makin sakit dia :( 

Makanya, belilah yang baru...

Vacuum cleaner sekarang dah ringan-ringan. Anytime rasa nak vacuum, ambil je. Hat lama tu, berat. 

Electrolux Vacuum Cleaner RM340. 
Harga asal RM369 tak silap. 
Beli pada 6/11/2022. 

(Letak sini harga/tarikh beli for future reference). 

Dapat diskaun sebab beli 2 barang (rice cooker & vacuum cleaner) dan regular customer :p Walid suka kedai eletrik sebelah Paparich ni.

Selesai bab periuk nasi dan vacuum cleaner, peti ais pulak nak manja-manja 🤭 Tiba-tiba tak sejuk bahagian bawah. Kata SA kedai eletrik tu kalau bawah tak sejuk, atas (freezer) sejuk, biasanya fan problem. Kalau atas tak sejuk, itu sebab compressor. 

"Mahal lol mau repair, baik you angkat (peti ais) baru"

Susah hati Ummi sebab baru re-stock makanan. Syukurlah Walid bertindak pantas, panggil tukang baiki segera. Rupanya sensor rosak. Hampir 3 bulan tak on, peti ais tu pun pening agaknya :D Kos baiki RM 150.

Itulah; ada yang kena beli baru, ada yang boleh dibaiki. Banyak juga kosnya bila jadi begini. Apapun, hidup perlu diteruskan :p 



Sunday, 6 November 2022

Roti Sarang Kambing

Kami ke Flat Selayang Mulia nak support Cik Ita Fun Run, yang kini bekerja di Warung Roti Canai Abang Jalio milik adiknya di sini. Breakfast di sini lepas hantar kereta Walid ke pusat service. 

Bila sampai disana, Cik Ita perkenalkan dengan menu Roti Sarang Kambing ni. Signature dish katanya, available during weekends je. Kenalah cubakan...

Dia punya kuah & daging kambing tu tutup habis roti 😍

Ini pula Roti Sarang Telur. Ada taburan daging kisar goreng dan hirisan daun bawang. Sedap! 

Antara dua ni Ummi prefer Roti Sarang Telur-lah sebab yang kambing tu macam makan 'roti banjir'. Ummi suka cicah instead of kuahnya dituang ke atas roti. Citarasa masing-masingkan...

Licin ☺️

Senarai menu & harganya.

Kalau taknak bersusah payah datang, boleh je order thru Grab & Shoppee Food. Masa kami tengah makan ni pun, kejap-kejap dengar notification order masuk. Kagum jugalah Ummi tengok kecekapan Cik Ita handle online orders ni :) Nak hidup zaman sekarang ni kena embrace technology-lah kan. 



Friday, 4 November 2022

Drama Pagi Rabu

Bila banyak benda dalam fikiran, kita jadi serabutkan? We become unattractive, reckless dsbnya.

Ceritanya pagi Rabu kelmarin, sebelum keluar rumah Ummi ambil beg, sangkut pada tombol pintu. Angkat Tya bawa keluar. Jenguk ke dalam rumah sambil tangan tu lock tombol dan rapatkan pintu. 

Alamak!
Beg dan segala kunci; kunci rumah, kunci pagar, kunci kereta semua terkunci dalam rumah. Godek-godeklah pintu tu tapi tak berjaya. Nak pulun sangat pun sayang, tombol tu baru 2-3 hari usinya. Rosak nanti satu hal pulak. 

Gigih pekerja Cik Aiman ni pasang dan cat tombol baru tu :D 

Hari mendung, takde pulak jiran-jiran lalu-lalang ke sidai kain ke 😅 Finally, dah dekat 40 minit menunggu, Mak Bee & Bibik lalu... Dapatlah pinjam phone Bibik, buat call Walid. Sejam lebih jugalah menunggu sementara Walid sampai. Hikmahnya, dapat juga kemas satu rak buku di porch ni, dan jumpa akhirnya sijil penyertaan Angah dalam Pertandingan Bola Baling MSSD. Lama kami dok cari sijil nan satu ni. Sijil MSSD, mahallah sikit kan:p 



Wednesday, 2 November 2022

Assalamualaikum, Syurga ☺️



Syurgalah ibaratnya, bagi kami yang tak punya apa-apa ni. Sekadar menumpang nikmat Allah bagi. 

17 tahun kami menghuni 'rumahku syurgaku' ni; penuh nikmat dan bahagia Allah bagi. Dalam rumah ni kami bina kehidupan, besarkan anak4, cipta memori dan menikmati bahagia dengan cara kami sendiri. Alhamdulillah tiada ribut membadai selama ini, hinggalah Allah 'cuit' sikit dengan ujian kebakaran tempohari. 
Malu sebenarnya nak bandingkan 11 minggu dengan 17 tahun penuh nikmat Allah bagi tu. Jelas, nikmat-Nya lebih besar dari ujian yang diberi. 

Apapun, alhamdulillah ujian itu berjaya kami lalui berkat doa dan sokongan semua. 

77 hari (11 minggu) terpaksa keluar dari syurga kami adalah pengalaman yang amat berharga, terutama buat anak4. Sekurang-kurangnya mereka belajar erti susah dan ketidakselesaan tinggal di rumah sewa. Malah, Ummi sendiri ambil pengajaran; sederhana itu lebih sempurna.  

Alhamdulillah hampir semuanya kembali kepada asal, malah ada yang lebih baik. Syukur atas rezekinya. 

Masih dalam proses mengemas dan mencuci sebenarnya. Master bedroom belum pasang curtains dan wardrobe. Banyak juga kerja susun atur nak kena buat untuk tingkat atas ni, jadi kami fokus untuk setel-kan tingkat bawah dulu. 

Dekat 3 bulan duduk homestay ala studio unit, selesa pulak duduk tingkat bawah ni yang lengkap serba-serbi; dapur, bilik air dsbnya haha ... 

Paling best dapat baring sambil layan Astro. Rindu tau momen ni selama dok menyewa :D 

Credit: Source.


الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات




Tuesday, 1 November 2022

Api ~ Coretan Minggu 11

Alhamdulillah kerja baikpulih dan penambahbaikan rumah berjalan lancar seperti yang dirancang. Hanya puji-pujian selayaknya kepada Allah SWT yang mempermudahkan segala urusan. 

Masuk minggu ke-11 ni, lebih kepada kerja-kerja finishing & final touch. 

Sambil kontraktor siapkan rumah, kami cuci sikit-sikit mana yang boleh. 

Angah paling rajin tolong Ummi bersihkan rumah. Tak sabar nak balik ke rumah katanya. 

H&A Craft ukur curtains. 

Lastly sekali kami buat ialah upah orang cuci & polish lantai ni. Separuh hari juga kerjanya. Depa bawa 2 machines jadi lebih cepat kerjanya.

Bila dah siap tu, dia punya shining boleh suluh muka 😂

Geng main pun kemain seronoklah... Dah lama depa tak dapat main sama-sama. 

77 hari yang penuh warna-warni. Alhamdulillah kami berjaya harungi bersama as a family. Benar sekali, ujian datang untuk menguatkan kita, bukan untuk melemahkan. Malah, menambah rasa yakin dan kebergantungan kepada-Nya. Dia Maha Berkehendak atas tiap-tiap sesuatu. 

Jazakallah semua yang sentiasa bersama kami. Walaupun sekadar bertanya khabar sekali-sekala, it means a lot to us. Mudah-mudahan segala kebaikan kembali kepada kalian jua 🤲