Wednesday, 16 March 2022

Al Fatihah ~ Cg Seman

Mantan guru besar sekolah rendah Ummi, Cg Seman kembali ke rahmatullah kira-kira jam 4 petang tadi. Tak salah Ummi, arwah tua 1-2 dari arwah Tok. 

Arwah adalah sosok yang sangat dikenali dan dihormati oleh masyarakat setempat, sementelah beliau anak jati kampung kami juga. Bagi kami anak2 pelajar pula, arwah seorang guru besar yang sangat garang dan tegas. Garang dan tegasnya beliau hinggakan nampak bayang beliau kami sudah ketakutan! Namun ketegasan beliau amatlah diperlukan. Bukan senang nak ubah mentaliti anak-anak kampung pedalaman (dan ibu bapa) akan pentingnya pelajaran, membina keyakinan diri dan berdisiplin. Satu lagi bab penting yang arwah tetapkan ialah kebersihan. Setiap hari kami diajar untuk bergotong-royong mengutip dedaun kering di kawasan sekolah. Walaupun ada tukang kebun sekolah, murid-murid juga perlu bekerjasama menjaga persekitaran sekolah. 

Untuk membasmi buta huruf dan menanam minat membaca, arwah tubuhkan sudut membaca di kebun sekolah. Memandangkan sekolah kampung kawasannya luas, salah satu kawasan berhampiran kantin, arwah dedicated sebagai kebun sayur. Pastinya ia port kegemaran Ummi :)

Walaupun garang tapi beliau seorang yang sangat mesra dan prihatin. Setiap kali jumpa arwah Tok, arwah akan bertanya khabar kami adik beradik sebab dari Paklong hingga ke Ummi, arwah pernah mengajar kami.

Moga segala jasa dan tunjuk ajar Cikgu diberi ganjaran sebesar-besarnya dari Allah SWT. Didoakan agar arwah ditempatkan di kalangan para solihin aamiin. 

Al Fatihah buat Cg Seman.


Tuesday, 15 March 2022

Angah ~ Sambut Birthday di Kampung

Banyak kali Ummi dengar dia pesan pada Walid, "Walid suruhlah Uda beli kek, Angah nak celebrate bday Angah di kampung macam tahun 2020". Ummi pun remind Walid juga, tapi biasalah orang lelakikan... Uda pun tak datang masa shell out di Arab Kitchen tu.

Jadi, Ummi bisik pada Maklong, nak bawa kek masa lunch di rumah dia. Maklong onz, siap nak order kek untuk Asyraf sekali. Sebab bday-nya bulan puasa nanti. Angah pun sambut in advance juga ni. 

Maksu tolong order kek Mamasab dari kawannya. Ikutkan nak tulis HB Angah tapi Jan, Feb & Mac babies belum potong kek, Ummi sekalikan aje... 

Goodies bag pun last minute Ummi prepared. Beli water balloons & skipping rope di kedai 2 ringgit je :D 

Pinjam pic Makcik 🤗

Suka sungguh depa main water balloons ni... 

Then Ummi ordered juga brownies dari The Gula Dough. Plan nak celebrate di tepi sungai viral di Baling tu (Lubuk Pedati) dengan Daniel & Ayel tapi Makcik tak jadi balik. 

Credit: Kak Syuhada 

Takde rezeki D&A... Ummi pun lupa nak bawa turun masa singgah ziarah depa :( Water balloons tu ingat, brownies lupa 🙆 Sebab dah terbayang makan brownies tu di tepi sungai, bukan di rumah Makcik hihi... 

Dah 2x makan kek ni, harapnya dia tak request for the 3rd one 😅



Jom!


Jom, pusingan terakhir puasa hari putih sebelum Ramadhan 🤗


Monday, 14 March 2022

Ber-shell out di Arab Kitchen, Kepala Batas Alor Star

Tauke Hana Homestay belanja shell out di Arab Kitchen, Kepala Batas. Lokasinya berhadapan Kolej Tentera Udara dan airport Alor Star (Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim).  Kepala Batas Penang lain pula ye...

Restoran ni beroperasi lewat petang hingga malam. Walaupun namanya Arab Kitchen, tapi menu yang ditawarkan ialah Western food dan shell out. 

Ada ruang berbumbung (ada kipas angin) dan open air. Kami pilih makan di bawah pokok jadi suasana agak panas. Kalau ada angin sepoi-sepoi bahasa sedap juga... Malam tu tak berangin, jadi kepanasan jugalah kami ni. Ummi fikir elok juga diletakkan kipas angin besar di kawasan open air ni, lebih selesa untuk pengunjung. 

Kami pilih set she'll out, nasi putih, fries dan jus oren. 

Set she'll out ni ada lala, sotong, udang dan ketam. Sotong, ketam dan udang tu adalah 1-2 ekor je, yang banyak lala-lah. Takde sayur seperti brokoli atau jagung. Sambalnya sedap, ala sambal tumis nasi lemak. Rasa pedas-pedas manis gitu... Budak-budak pun boleh makan sebab rasa manis lebih dominan dari rasa pedas. 

Restoran ni besar, jadi ada ruang selesa untuk penjarakan sosial walaupun ramai pelanggan. Digalakkan buat reservation kalau datang in group. Service laju dan staff pun friendly. Parkir kereta luas dan ada staff bertugas jaga parkir untuk memastikan kelancaran trafik. 

Di bawah ni ada details kedai ye... 


Terima kasih Hana Homestay 🤗



Sunday, 13 March 2022

Balik Kampung 1/2022

Biasalah, bila balik kampung, tutup blog :) 
Ikutkan raya nanti baru nak balik kampung. Tapi, ada majlis keluarga di kampung. Makanya jom lah kita kembali ke asal usul :D 

Dengan lafaz بسم الله dan doa kita mulakan perjalanan... Lepas Zohor baru bertolak sebab sebelah pagi Walid ada urusan di Ampang. 

Cantik cuaca petang Rabu tu .. 

Sampai area Pendang-Alor Star matahari dah mula berlabuh... سيحان الله cantiknya...

Remang Senja di Alor Star... Nantikan tajuk novel terbaru Ummi 😛

Pagi Khamis, lepas sarapan pakat main ayaq.

Lencun belaka :D 

Malam tadi Tok Umi prepared dinner for us, so today turn Ummi pula masak .. I cooked bihun Singapore for breakfast and siakap masak tempoyak as requested by Tok Umi...

Sotong goreng tepung Una masak. Pandai dah anak buah kami sorang ni... 

Dinner kami ber-shell out di luar... Nanti Ummi review kedainya انشاء الله
Pagi esoknya (Jumaat) kami bersarapan di rumah Maksu. Angah ikut Paksu jemput Tok Kodiang (ibu Maksu). Suka sungguh dia jumpa Tok sorang ni... Masa Ummi pergi Mekah dulu, Tok Kodiang tolong jaga dia juga. Hari-hari suruh Tok bancuh Milo :D 

Tok Kodiang bawa jeruk mangga homemade... 

Nasi Dua Benua kata Maklong... Nasi lemak telang tu Maksu masak dengan lauk-pauknya, nasi putih Tok Kodiang bawa, dengan kari ikan nyok-nyok... Ummi pula masak rendang ayam. Longgok semua dalam pinggan ☺️

Lepas solat Jumaat pula kami berbondong-bondong ke rumah Maklong, makan tengahari...

Lauk kambing black pepper, kambing masak merah, talapia bakar, sayur petola dan telur dadar by Tok Umi

Buah tangan dari Maklong. Depa banyak uruskan majlis perkahwinan, jadi bila ada lebihan goodies bags tu pihak pengantin bagi je pada caterer

Dari rumah Maklong kami menuju ke SP. Singgah sekejap jumpa Paklong di cafe, beliau tengah sibuk uruskan persiapan garden wedding. Pengantin nak nikah lepas Asar katanya...

Cantik setting dan dekorasinya 💝

Singgah sat di Pacific, Alor Star...Walid nak ke butik Polo. Beli baju kerja katanya...

Free gift.

Lega bila nampak katil :D 

Sabtu pagi sebelum ke rumah Makngah, singgah sekejap di rumah mertua Abg Anas. Nampak belimbing buluh sedang dijemur...benda rare kenalah  tangkap gambaq hihi... 
 
Pelamin bertunang Kak Yue. 

Lepas makan kenduri di rumah Makngah, singgah solat di Masjid Al Ridzuan, pekan Baling. Dah siap masjid ni. Cantik, luas dan bersih sangat 👍👍👍

Murah rezeki penaja (wakaf) cermin mata ni, memudahkan urusan jemaah yang tertinggal cermin mata di rumah membaca Al Quran di masjid. Di Masjid Al Khairiyyah ada juga, tajaan YB Dato' Menteri Besar. 

Lalu di pekan Gerik, singgah lagi! Walid beli helmet.. macam la di SG takde jual helmet 🤭

Ikutkan Makcik nak balik kampung juga tapi cancelled last minute, jadi singgah jugalah rumahnya. Ambil jam Abang yang tertinggal di rumah Makcik masa kenduri doa selamat hari tu di samping ziarah depa anak beranak. 

Makcik jamu set buah-buahan sunnah. Seller tu dari Jitra rupanya :) 

Akhirnya, Maghrib baru dapat check in. Penat tapi puas hati sebab dapat jumpa keluarga kedua-dua belah pihak. Dan syukur semuanya dipermudahkan buat kami الحمد لله 

Sampai di rumah tengahari semalam, tengok Moq-Tot makin gemuk, alhamdulillah pandai Cik Leha jaga 😁. Si Tya pula dah beranak, adoi fenin Ummi 😇

Tak nak berenggang langsung dengan Ummi. Rindulah tu :p 



Saturday, 12 March 2022

Bunga Kuning

Apa nama bunga ni ye? Kami panggil bunga kuning. Nak lagi specific, bunga kuning tepi jalan :D Sebab pokok bunga ni tumbuh liar di tepi jalan dan semak samun. Di kampung Ummi banyak pokok ni. Tak ada pun yang jadikan bunga hiasan tapi Ummi tanam juga dalam pasu, mengulit kenangan. Tengok pokok bunga ni, teringat kampung ahgitchuuu... 

Tepi jalan masuk ke rumah Makngah banyak pokok ni... Dulu, rumah Tok Wan pun banyak pokok ni. 

Rupanya seakan bunga matahari, tapi tidak berlapis kelopaknya. Adik panggil mini sunflower ::)

Ini pun bunga kuning juga .. tapi Ummi kenal... 

Bunga peria :D 

# Selamat mengundi buat Bangsa Johor! 
## tak sempat blog walking, ada urusan keluarga. 

Thursday, 10 March 2022

Buah Star aka Kundang

Sekarang ni segala hasil bumi terutama buah/sayur kampung dijual dimana-mana dan sentiasa 'laku keras'. Semua 'jadi harga' kata orang Baling. 

Salah satu buah kampung yang memancing perhatian Ummi ialah buah star atau lebih dikenali sebagai buah Kundang. Ialah, makanan masam-manis ni cepat je buat terliur. Walaupun bukan favorite, tapi seronok dapat mengimbau kenangan. Buah-buah kampung sebeginilah snacking Ummi zaman kecik-kecik dulu. 


Setelah beberapa ketika memendam rasa sebab harganya agak kayangan (sekilo RM 22-27 sekilo, kundang madu) masa awal musim hari tu akhirnya merasa juga Ummi buah ni. Ummi beli 1/2 kg je (sekarang sekilo RM18 di tempat Ummi), sekadar melepas hajat dan bagi anak4 rasa. Depa makan tapi sekadarnya juga, macam Ummi. Sambil makan, sambil berkongsi kenangan dengan anak4. Itulah tujuannya pun, supaya kenal asal usul. 

Di rumah arwah Tok Nik, ada 2 batang pokok star yang besar. Salah satunya sangat rendang, jadi tempat kami melepak di waktu petang. Buahnya walaupun masam, tetap juga dipetik... Buat menyicah. Kami budak-budak suka cicah kicap + gula manakala orang dewasa biasanya cicah dengan garam belacan (garam, cili, gula,kicap & belacan ditumbuk dan digaul sebati). 

Aduhai, seronoknya zaman kanak-kanak :D