Wednesday, 7 March 2018

Sejadah Turki yang menawan...




Kali pertama memandangnya Umi sudah jatuh hati. Setiap hari selepas keluar dari Masjid Nabawi mata Umi akan melirik memerhatikannya. Ianya dipamerkan di sebuah kedai berhadapan masjid. Harganya 20 riyal. Tapi Umi tahan dulu hajat dihati, tunggu sehingga hari2 akhir di Madinah baru lah nak beli. Lagipun Umi nak survey dulu di kedai lain. 

Akhirnya jadi milik Umi juga sejadah buatan Turki yang sangat halus tenunannya. Tapi awas, ada juga buatan India. Boleh nampak jelas bezanya. Sejadah Turki sangat halus tenunannya, lembut, dan dibuat dari kain/benang yang tinggi  kualiti berbanding hasil buatan India w/pun sekilas pandang nampak serupa. 

Umi beli beberapa helai untuk dihadiahkan kepada keluarga/sahabat rapat. Untuk Umi sendiri, Umi pilih cinta pandang pertama Umi :). Ekslusif untuk diri sendiri Umi pilih satu2nya corak yang tak sama dengan orang lain. Malah, Cg Norlia teman jemaah menyarankan agar Umi bingkaikan sejadah ni untuk dijadikan hiasan sebab ianya sangat memikat. Bukan seorang dua yang memuji tau... 



Sejadah ni jugalah yang selalu menjadi medium untuk Umi 'berbual' dengan jemaah negara Turki. Umi tunjukkan sejadah yang bertulis "Turkiye" dibelakangnya sambil tunjuk thumb up apalagi senyum sampai ke telinga makcik2 Turki tu, sambil tunjuk2 kan sejadah tu pada rakan-rakan senegaranya pula. Ditepuk-tepuknya bahu kita. Malah ada seorang jemaah warga emas yang sempat mencium dahi Umi tanda gembira. Apa yang seronok sangat Umi pun tak tahulah. Bangga agaknya hasil keluaran negara mereka jadi pilihan. Senang je nak kenal jemaah dari Turki ni, sebab mereka akan pakai baju seragam ala over coat beserta seluar, sedondon jemaah lelaki & wanita. Warna pakain pula warna2 samar seperti light gray, olive green dll. Selain tu, raut wajah serta susuk tubuh mereka yang agam memudahkan kita mengenali mereka. Muka nampak garang kebanyakkannya tapi hati baik sangat. Mudah didekati dan mesra.

Pernah sejadah kesayangan Umi ni tercicir. Sangka Umi takkan bertemu lagi dengan nya tapi panjang lagi jodoh kami. Bila balik ke hotel, Umi nampak sejadah Umi masih di  atas sofa di lobi hotel Abraaj Janadriyah, tempat penginapan kami di Makkah.

Sebenarnya kelmarin umi dihadiahkan sebelah sejadah buatan Turki, oleh jiran Umi yang baru balik mengerjakan umrah. Sebab tu lah terimbau kenangan umi dengan sejadah Turki ni. Alhamdulillah untuk rezeki & memori yang manis Allah hadirkan untuk Umi. Am blessed, alhamdulillah. Moga bertambah rezeki & berkat untuk ira sekeluarga. Aamiin.


Minyak wangi pun ada. 


Ini dari Hjh Sofiah tandamata dari mekah sewaktu mengerjakan haji tahun lepas. Memang banyak lah stock perfume dari tanah suci di rumah ni hehe... 


Yang ni pun rezeki juga. Nasi beriani & daging masak kurma, bang aji bawak balik dari office. Boss order dari Beranang katanya. Sedap! 



Tuesday, 6 March 2018

Shallot vs shell out 😂


One thing yang best bila Walid ke pasar is dia akan beli barang ikut list yang Umi bagi. Sebijik sebijik...tak lebih tak kurang. Kalau Umi yang beli, barang yang tak masuk list tu yang lebih banyak dari yang dalam listing 😆

Dipendekkan cerita, ada few items yang Umi letak note *TMG/later. Yang ni Umi nak beli kendian. On the way ke Setapak Mall petang tu, Walid pun tanyalah Umi "bila nak pi beli barang shell out tu?" Umi terus jawab... Mana ada nak buat shell out... Dalam kepala ligat berpusing, ingat balik ada ke Umi tulis shell out dalam grocery list tu. Seingat umi memang takde sebab umi tak plan pun nak buat shell out. Walid dengan confidentnya cakap ada. Balik rumah Umi cek balik rupanya....

"shallot la B, bukan shell out 😂😂😂"

Taulah tulisan Umi macam doctor pun hahaha... 

Kalau dapat udang gumuk macam ni baru puas hati nak bershell out kan 😉

Wednesday, 28 February 2018

I'm cute, I'm adorable, I'm montel... I yam mee 😝


Nampak tak si montel tu? 

Tak tahulah ini yang ke berapa dah menyinggah tumpang rezeki kat sini. Umi ni jenis kesian, hati tisu. Kadang tu bila geram Umi buang juga. Kadang tu tangkap bagi anak2 bela/main. Bila dapat kat angah nanti diletaknya atas lori pasir, tolak ke sana sini. Bila tanya nak bawak ke mana tu? "Pegi zoo lah, mana lagi" 😊

Pernah je Umi biarkan je dia meratah pokok limau Umi sampai togel pokok tu dikerjakan 😇 kadang dilemma juga sebab budak2 ni lah. Umi janganlah buang, nak belalah...nak tunggu jadi rama2 lah...sebab tu in most cases Umi biar je. At least they could learn about a butterfly life cycle. Belajar untuk sayangkan binatang, care about environment, belajar kaitan hidup antara makhluk. 

Biarlah dah rezeki dia kat pokok limau Umi ni. Tambah2 kalau dah bulat montel macam ni memang Umi tak buang. Rasa sayang pulak 😆 


One more thing yang Umi pun belajar juga dari ulat beluncas ni...once dia dah jadi rama2 dia akan datang balik kat sini. Selalu Umi nampak rama2 cantik2 terbang kat pokok ni. Rasanya dari beluncas yang Umi 'bela' ni agaknya. Wallahua'lam. Yang pasti anak2 akan jerit "rama2 kita...rama2 kita" so excited :) 


Sunday, 25 February 2018

Mexico ~ Hotel-hotel yang disinggahi...


Lama terperam akhirnya up juga sambungan cerita Walid ke Mexico. Kali ni Umi nak share pasal hotel2 yang disinggahi sepanjang 2 minggu di sana. Singgah sebab transit, menginap sepanjang outstation juga semasa melancong di Merida & Cancun. 

1) Courtyard by Marriott
 Mexico City International Airport



Walid stay semalam di hotel ni sementara nak tunggu flight ke Carmen next morning. Domestic flights ke Carmen tu twice a day, morning and evening flight. 

Hotelnya biasalah macam hotel kat sini juga. Facilities semua lengkaplah. 

2) Hampton Inn
Ciudad del Carmen








Di hotel ni lah Walid stay sepanjang di Carmen. Cantik hotel nya. Jadi pilihan expat sebab lengkap dengan swimming pool, gym, laundry selain standard facilities yang lain. 

Dapat lepak tengok sunset best ni 👍👍👍



Pilihan breakfast includes roti, cereal, kentang, buah, camtulah for Muslim guests. Since Fad dah several years there, dia banyak guide on the food selection. 


3) Hampton Inn by Hilton
Merida


Punyalah banyak  rangkaian hotel Hilton dekat Mexico ni. Mana2 pegi je mesti ada 'Hotel X by Hilton'. Lagi satu yang glamour Marriott hotels. Sampaikan Walid pun dah signed up as their member. Adalah points yang diberi bila kita check in dekat rangkaian Hilton ni around the globe. 

Dah namanya Hilton, complete lah segalanyakan... 

4) Hilton Hotel
Mexico City  International Airport




Hilton lagi 😊

Agaknya dah selesa dengan jenama hotel ni kot di samping nak collect point itu yang check in sini pula before flew back. Walid booking for day-use je sementara tunggu afternoon flight ke Amsterdam sebab depa dari Carmen pagi. Baik lepak hotel dulu dari melangut je dekat airport tu. Sempat lah tido seround :D 


Wednesday, 21 February 2018

Kenduri 06/18 ~ kenduri sabtu bukan ahad awok 😊



Bila k.ani datang menjemput tu, dia ada sebut "datang ye awok, kenduri 17/2 ni...hari ahad". Umi angguk je sebab excited jumpa k.ani ni sebenarnya. Dah lama tak nampak kelibatnya. Rupanya dia kurang sihat lately. Moga diberi kesihatan yang baik ye k.ani...

 Lepas k.ani balik tu Umi terus sambung kerja di dapur hinggalah telefon berdering. Rupanya k.ani, nak betul kan info pasal kenduri tadi. "Kenduri hari sabtu ye awok. Satgi awok gi hari ahad ssian ke awok, kenduri dah habis" Hahaha... Punyalah concern k.ani. Actually kad jemputan dah ditampal di surau. Suami k.ani pun dah jemput Walid tapi k.ani sendiri nak juga 'jemput mulut' untuk kenalannya. Itu yang dia datang juga ke rumah. 

Lately suka pulak Umi snap gambar pelamin 😉


Tengah menjamu selera, pengantin tiba diiringi pasukan silat. Punyalah excited budak2 ni tengok orang bersilat sampai kan lepas makan semua nak bersilat 😅


Tahniah buat mempelai dan k.ani sekeluarga. Moga bertambah meriah dengan kehadiran ahli keluarga baru.


Perkara paling Umi suka bila pergi kenduri kahwin is bila dapat bunga telur. Berbunga-bunga hati Umi tau. Sekarang orang dah jarang bagi bunga telur sebagai door gift kan. So bila dapat tu rasa special sangat 😆. 

Tuesday, 20 February 2018

Tradisi cuti raya cina 😆


Sejak beberapa tahun kebelakangan ni sekolah mungkin kami elakkan untuk keluar dari lembah klang ni bila CNY break. Malas nak hadap traffic yang super duper jam. 

Bila ramai yang travel, jadi lenganglah kl ni. Bukan lengang dengan manusia tapi kenderaan. Manusia tetap ramai, meriah dengan warga asing 😉 

Tradisi cuti CNY kami ni bermula 2 tahun lepas. Alang2 tak travel, kami ambiklah kesempatan jalan2 pusat bandaraya. Sekali 'tersinggah' di Jakel Mall. Apalagi terus lah shopping. Tahun pertama tu memang tersinggah, masuk tahun ke2-3 memang sengajalah haha... 


Kami sampai pukul 10. Ingatkan dah lewat, rupanya kedai pun belum buka 😂

Apa yang dibeli? 
Ni hah...Kain baju melayu untuk Walid dan baju melayu siap jahit untuk Abang. Untuk raya ni! Kemain awal belinya. Beli je dulu, tempahnya kendian. Eh, tahun ni raya bulan 6 kan? Baik cepat2 pergi Jakel 😝


Ini je pun yang dibeli. Untuk Umi takde pun. Umi kureng sikit dengan kain pasang kat sini. Takde yang berkenan.  Selain tu, sebab utamanya, Umi kurang selesa dengan SA yang sentiasa mengekor je kita. Kita baru pegang je kain tu, depa terus promote (or rather push) to buy. Nak beli kain baju melayu untuk Walid oklah sebab memang banyak choice lah dekat sini kan. Color, material kain, harga semua OK. Kami pun memang buat lawatan tradisi ke jakel ni hanya untuk ini je; kain baju melayu Walid & baju melayu siap jahit untuk Abang for raya. Memang jelas niatnya. Terpesong niat kang lari pulak bajet 😁

Taste umi lebih kepada Nagoya or Tewah. Lebih banyak pilihan dan harga pun lebih mampu milik. Yang seronoknya boleh belek2, pilih2 kain tanpa SA mengekor. SA depa biasanya follow dari jauh je, on standby. Bila kita panggil baru datang. Kalau tak jadi beli pun, depa ok. I would just say thanks & walk out. No pressure at all. Lain ceritanya di Jakel, kalau tak beli tu rasa bersalah juga sebab SA depa beria sungguh promote :( 

My catch of the day; terjumpa sepasang baju kurung siap jahit dengan harga super murah. Boleh lah buat pakai kenduri Ah next month, insha Allah. 


Sunday, 18 February 2018

Riadah di Taman Layang-Layang



Dekat je Taman Layang-Layang @ Taman LL kata Abang dengan rumah tapi nak ke sana sebulan sekali pun payah :(

Anak2  memang suka datang sini, boleh lepas bebas lari sana, panjat sini, main itu ini... Tarikan pun banyak kat sini. Kereta sewa mainan, basikal sewa, bubble, kites semua ada. Pandai2lah elakkan ye, kalau tak nipis poket mak ayah hikhik... 


Bekal simple je pagi tu; nasi goreng, sosej & sandwich telur dengan air kosong je... Sampai sana baru beli air manis. Masa sampai situ around 8.00 pagi tu tak ramai lagi yang 'bentang tikar'. Umi pun segan2 je bawak bekal bagai. Satgi orang confuse depa ni mai nak riadah ke nak piknik. Orang nak bakaq kalori depa top up kalori haha... Tapi makin lama makin ramai yang bentang tikar piknik bawah pokok. Siap bawak bantal tido baring sambil layan henfon lagi. Amboi bang, anak2 tu bini je ke tengok 😜



Dah puas main, kita brisk walking pula. Kasi chance la Umi exercise sama. Since Tok ada tolong jaga barang, jomlah kita pusing jauh sikit. Tak pernah Umi sampai kat sini. Jauh ke bawah jeti (?) ni. Masa turun lajulah sebab cerun, masa naik adoi mengah! 



Umi on the way nak turun ke bawah tiba2 Abang & co berlari datang ke Umi. "Umi! Ada binatang macam buaya, tapi kecik! Lidah macam ular" . Sudah! Umi ni terus terpikir naga kot hahaha... Tinggi betul imaginasi 😂 Bila Walid cakap biawak tu, baru lah Umi kembali ke alam nyata hikhik... Bukan apa, tengok tasik yang terbentang luas tu memang naga pun boleh hidup 😉



Speaking of the tasik tu, pernah sekali Walid jogging keliling tasik ni hampir sejam Umi tunggu tak muncul2. Punyalah cuak Umi. Rupanya memang luas tasik ni, ambik masa untuk complete satu round tu especially for novice jogger. Entah bila le Umi dapat pusing tasik ni. Dengan kanak2 riang ni memang taklah. Satgi ada yang nak suruh dukung ke tak ke naya :p