Tuesday, 1 August 2017

Hari Alam Ria 2017



Bila dapat tahu je Cikgu pilih Angah untuk wakil sekolah dalam acara deklemasi sajak, Umi sangat teruja. Nak menangis pun ada 😁 Terharu!


W/pun Angah hanya dapat hadiah saguhati, Umi Walid sangat bangga dengan Angah, atas keberanian dan keyakinan diri yang ditunjukkan. Umi kagum sebenarnya dengan para peserta, umur baru 5-6 tahun tapi sangat berani ke depan. Tahniah kepada anak2 dan pada guru yang mendidik mereka. 

Angah sedang disiapkan. Dia peserta pertama. 


Action!



Tahniah sayang! Angah tetap menang dihati Umi. Chewah 😆 Dulu Abang wakil sekolah juga, acara bercerita. 

s

Kawan Angah, orked dapat tempat ke-3. Geng nasyid pun dapat saguhati. Yang menang tempat pertama pun cuma najla, acara bercerita. Tahniah dear. 


Menang kalah adat pertandingan yang penting depa dapat experience and exposure. Umi dulu masuk u barulah berani ke depan. Itu pun terpaksa sebab kena buat presentation 😉

Monday, 31 July 2017

Melawati Mall...jom!



Sabtu lepas Walid hantar kereta dia service. Appointment pukul 9, tapi pukul 10 kereta masih belum 'diusik'. Daripada melangut je kat Weststar tu baik kita jalan2 cuci mata dulu dekat Melawati Mall (MM) yang baru je bukak 26/7 hari tu. 


Besar betul mall ni, ada dalam 8 tingkat kalau tak salah Umi. Tingkat 1-6 premis perniagaan, 7th & 8th floor utk parking. Itu belum masuk LG & G floor. Dua wings, north & south. Banyak lagi kedai belum dibuka pun. Mall tu sendiri pun nampak ada certain area masih in progress. 


Sepanjang Umi kerja di melawati lebih sedekad memang tanah tempat mall ni didirikan kosong. Tempat kami crossed (short cut) utk ke food court or pasar malam. Weekend pula jadi tempat parking untuk ke pasar tani. Lepas Umi berenti keja hampir 4 tahun baru dibangunkan. Sekarang ni kalau dari arah bank muamalat tu nak masuk main road (MRR 2) kena pusing satu mall baru jumpa jalan keluar 😇 




Mula2 kami masuk Village Grocer. Harga barang slightly higher la if compared with hypermarket yg selalu Umi shopping groceries. But it  matches with the quality & freshness of the items. Umi beli a packet of blueberry and body sponge je. Nampak ada fresh imported cherries tapi Umi tak beli pun w/pun teringin juga nak rasa. RM40+ per packet of 1kg. Kalau ada smaller packet teringin juga nak try. Takut beli mahal2 tapi tak makan hehe... Umi ni kalau ceri letak atas kek/biskut Umi tak makan :) blueberry tu pun Umi sorang je makan sebab masing2 cakap masam! 

Then we proceeded to level 1. Takde yang menarik perhatian pun. We were looking for the likes of Parkson ke, Aeon ke tapi takde. Semua individual kedai. Malas nak keluar masuk dari satu kedai ke satu kedai. Finally stopped at SportsDirect. Best kat sini sebab kedai besar and banyak options. 


Walid forced me to buy a pair of canvas shoes. He was berkenan dekat satu shoes ni. Buy 2 pairs@RM60. Sepasang RM49. Dalam kata kena paksa tu, petang tu jugak Umi melaram kasut baru pi beli groceries pakai kasut baru you 😆 


Sejam je kot kami kat dalam mall tu. Then we had lunch dekat port makan Umi & geng ofis dulu. Gerai "Ikan Bakar Arang". Selalu Umi makan sini especially hari jumaat. Keli bakaq dia the best 😀 bila mall ni dibuka dapatlah juga depa merasa limpahan rezeki tu. Dulu weekend area food court ni sunyi sebab ofis tutup but now orang makin ramai because of the mall. Adalah yang akan singgah makan/minum di food court ni. 


Banyak perubahan dah melawati ni. Tak tahulah happy or not but one thing for sure makin sesak area ni. 

Saturday, 29 July 2017

Ujian Kelayakan Tahun 1 (UKS) SRAI & keputusannya...


Cool je dia nak ambik exam. Umi yang gabra lebih 😄
8/7 hari tu Angah exam UKS ni. Selepas 3 minggu result dah keluar khamis lepas. Boleh cek di SINI untuk semak keputusannya ye. 

Prosuder seterusnya seperti berikut;




Alhamdulillah Angah berjaya masuk SRAI, satu sekolah dengan Abang. Syukur sangat sebab mudahlah urusan persekolahan anak2 nanti insha Allah. Selain dari sekolah satu sesi, yang Umi suka sangat dgn SRAI ni sebab hari jumaat half day je sekolah. Bolehlah anak2 pergi solat jumaat dengan tenang. Dulu Umi & Walid risau bila fikirkan urusan solat jumaat Abang ni, tapi bila dia diterima masuk SRAI lega sangat. Sekarang turn Angah pula. W/pun depa kecik lagi, tapi Umi Walid nak train dari sekarang. Melentur buluh biar dari rebung kan? 

Nak masuk bilik exam pun dia senyum je 😀


Abang & gang pakat tunggu adik masing2 exam hehe...

Angah ni beza dengan Abang w/pun senyuman dia tu mampu buat Umi cair tapi 'itu kepala dalam ada keras punya batu' hahaha... Bila kita suruh study dia main2 je. Tulisan pula aduhai sebesar gajah. Tak reti nak tulis kecik2 kemas-kemas. Huruf jawi/Arab pun kadang confuse lagi. Iqra' pun kurang lancar. Tapi bab bacaan (BM) excellent 😆

 Sampai menangis-nangis jugak lah kena paksa belajar dgn Umi. Sedih sangat Umi bila sekali tu dia cakap "Angah tak pandai". Rasa bersalah sangat Umi ni sampai Umi menangis peluk dia. Lepas tu Umi tak push dah tapi slowly encouraged him to study, according to his will. Lebihnya Umi DOA dan buat solat hajat especially time dia nak exam and before result keluar.  Walid pun hari2 baca yasin untuk dia, bagi terang hati. Target kami bagi dia dapat masuk SRAI. 

Time Abang dulu pun Umi nervous gak. Standard lah mak2 kan 😆 tapi Abang, Umi gertak sikit dia takut, terus buat ulangkaji hehe. Angah ni Umi stressed sebab dia 'tak makan saman' hahaha... But alhamdulillah he made it. Angah dah buat Umi & Walid happy sangat2 tau. 

Letter offer pun Umi dah ambik. Isi form semua settled. Tunggu buka sekolah je untuk masuk darjah satu. 

Untuk Kakak pun registration sekolah tahun depan Umi setel kan juga semalam. Lepas ni pikir nak cari duit untuk persekolahan depa tahun depa. Tiga orang anak sekolah, banyak tu nak pakai duit 😇 tapi no worries, rezeki tu ada. Yang penting kena usaha dan cari. 

Alhamdulillah 'ala kulli hal. 

Thursday, 27 July 2017

Report card day...


Seni Angah dapat B, tak sempat siap color 😀

Ingatkan dah tak perlu ke sekolah ambik report card abang sebab examnya dah lama, before cuti sekolah bulan 6 hari tu 😀 sebelum puasa lagi hah...



Tapi bila dapat jumpa cikgu sekali sekala tu dapat lah feedback tentang anakkan... Alhamdulillah all is good utk Abang. Umi pun ambik kesempatan jugaklah minta cikgu perhatikan solat Abang sebab belum puashati lagi dgn solat dia. Dekat sekolah dia solat dhuha dgn zohor cikgu pantau. Lagi satu Umi minta cikgu advise sikit bab personal hygiene. Kadang tu gosok gigi pun kena ingatkan 😇

Result Abang


Angah pula alhamdulillah banyak improvement. W/pun no tu still belas2 tapi result dia very good. Umi Walid happy sangat. Bab perangai pun cikgu puji. Selalu orang pertama angkat tangan bila cikgu minta tolong susun kerusi meja or kemas buku etc. Rajin anak Umi sorang ni.

Result Angah
Ingatkan dah bole tarik nafas, rupanya lagi 2 minggu ada pula exam! Demam pulak la Umi depa 😅

Sunday, 23 July 2017

Penutup syawal ~ jumaat sampai ahad beraya sakan...


Cenderahati dari wedding dan aqiqah di rawang. 

Jumaat malam kami ke rumah ex-boss Umi, EA. Caterer masih sama, k.sue yang selalu masak untuk jamuan ofis so terubatlah rindu Umi nak makan masakan k.sue ni. Nasi minyak dgn ayam masak merah k.sue is one of the best pada tekak Umi. Kuah kacang dia pun sedap. Terbayang-bayang la pulak 😉 

Hari sabtu ada 7 jemputan! Terpaksalah prioritize. Tak mampu nak pergi semua. 



Firat kita attended wedding di bangsar. Anak bongsu Tn Kassim, jiran setaman kahwin. Seronok dapat jumpa jiran2 setaman. Time raya mostly balik kampung. Dapat jumpa time kenduri macam ni pun oklah. Gathering raya pun dah lama tak buat, takde yang nak kisah 😑

Dari situ bergerak ke rumah ex-boss Walid pula. Haruslah makan nasi lagi sebab daging masak kurma (kot) sangat menggoda. Kari ayam pun irresistible sebab anaknya yang amik course culinary masak. As usual, menu tradisi serawa durian a must eat dessert. Angah pulun sampai 2 mangkuk! 

Then kita gerak ke rawang, rumah member uni. Buat aqiqah & open house sekali. Member ni ada outlet JM Bariani jadi takkan lah kita tak rasa nasi beriani nya kan? Kalau tunggu lama sikit boleh makan kambing golek but it was late already so kita gerak balik. Seronok kat sini sebab jumpa kawan2 uni yang dah bertahun tak jumpa. Ada yang tak pernah jumpa langsung pun after graduation berbelas tahun dulu. Tapi tu la masa tak mengizinkan. 

Sampai rumah around 7. Sempat lah Umi iron baju sekolah anak2 dulu sementara nak keluar semula malam tu. Ingatkan nak singgah tunjuk muka je tapi bila sampai alahai sikit punya grand majlisnya. Untuk kids ada play area lagi. Konsep kenduri pula stall concept. Ada stall nasi/mee/bihun goreng ala pasar malam, satay, laksa/laksam, cendol dll. Dalam kata kenyang tu hampir semua jugaklah Umi rasa 😁 Tapi share dgn Walid lah. Anak2 pula asyik usung aiskrim goyang. Moga bertambah murah rezeki danish sekeluarga. 

Satu-satunya gambar yang Umi sempat snap di rumah danish. Lepas tu memori full, banyak sangat gambar belum transfer 😉

Asalnya malas nak pergi tapi kesiankan Angah. Ini satu2nya jemputan dari schoolmate dia, best friend pulak tu memang dia excited sangat. It turned out to be the best open house alhamdulillah. Anak2 lah yang seronok sangat. Umi pun happy juga dapat kenal dengan mama danish yang sangat friendly and baik hati tu. 

Ahad ada bday party aisyah di cheras. 50-50 nak pegi ke tak sebab penat beraya semalam belum habis. Tiba2 jiran selorong datang jemput kenduri di rumahnya. Katanya buat aqiqah tapi setau umi depa takde baby. Rupanya anaknya dah 5 tahun hehe... Lega umi, confirm lah tak payah masak 😁 rumah jiran takkan tak pergi kan? Lauk pauk kenduri ni sangat lah sedap. Masak sendiri oleh tuan rumah. Depa ada restoran dulu tapi dah tutup katanya. Patutlah masak sedap, tauke restoran 😀

Dah setel cerita raya Umi. Rasanya this year paling banyak jemputan, alhamdulillah. Murah sungguh rezeki raya tahun ni. 

Minta maaf pada yang tak sempat hadir ye. Jangan serik jemput lagi tahun depan 😄

Wednesday, 19 July 2017

Kenduri kahwin, kenduri aqiqah, kenduri kesyukuran naik haji, open house semua kita balun... 😆


Door gift dari Hj Aleman & keluarga. 

Sabtu lepas ada 3 jemputan kenduri tapi kami pergi dua je; satu di Sri Gombak, satu di Ampang. Jemputan kenduri bday & open house member di puchong terpaksa dilupakan. Anak2 kurang sihat lagipun jalan sesak kemain, punyalah ramai orang keluar beraya. Bayangkan dari ampang indah ke hotel flamingo tu sejam! 

Tapi we have no regret especially kenduri aqiqah Adik Adam kat ampang tu. Adventure sungguh nak ke rumah atok Adam ni. Naik bukit turun bukit sampai gayat Umi. Paling Umi takut time daki bukit, takut kereta mengundur sebab bukitnya tinggi dan cerunnya tajam. Kalau tak kerana kenduri ni, tak tahu pun ada penempatan di sini. 

Ini dah hampir ke bawah. Time naik Umi asyik mengucap je 😉. 

Mula tu macam nak give up dah sebab we had no idea where the place is. Tanya adik sorang ni tengah cycling dia pun tak tahu. Guna waze, bateri phone Walid pulak habis. Phone Umi pun nyawa2 ikan je baterinya. Sudahnya tawakkal je. Sampailah jugak. Dapatlah jumpa ayah Adam yang terpilih jadi petugas kesihatan sempena musim haji tahun ni. Dah berangkat pun kelmarin. Seronok sangat bila dapat raikan tetamu Allah ni. Kira 2-in-1 lah kenduri ni, aqiqah baby afaq dan kesyukuran ayah Adam dapat ke tanah suci. 

Air menet as a door gift. Anak2 excited nak buka tudung botol buat main ceper 

Sebelum ke sini, kami ke wedding di sri gombak dulu. Pun naik bukit jugak sebab Walid park kereta kat luar pagau. Umi dahlah pakai heels gagah jugaklah jalan kaki naik bukit nak ke dewan tu. Takpe exercise 😉

Hari ahad kami ke putrajaya. Pun kenduri kesyukuran naik haji. Ex-officemate Walid nak berangkat 26/7 ni. Bila kita pernah merasa pengalaman naik haji, setiap kali dapat berita kawan2/saudara mara/jiran2 ke dapat pergi haji, perasaan tu sangat happy. Rasa teruja nak peluk cium tetamu Allah ni. 

Dari putrajaya kami ke puncak alam, open house ex-officemate Walid juga. Ini pun first time kami sampai ke puncak alam. Takde lah di puncak sangat pun hahaha... Rumah atok Adam semalam tu baru betul atas puncak bukit! Kat putrajaya tadi Umi makan nasi putih lauk ikan keli, kat sini makan nasi tomato pulak 😁 maunya tak montel 😄 

Werkend ni nak makan nasi minyak lagi  lalalalala.... 


Monday, 17 July 2017

Cheesekut



Inilah kek anggur yang Umi cakap semalam tu. Umi letak buah anggur as a topping. Sebab tulah Angah panggil kek anggur 😁

Orang dah berzaman try resepi ni, Umi baru nak cuba. Inipun sebab hari tu rasa cheesekut Uda buat terus rasa nak buat juga. 

So bila Walid cakap office dia buat jamuan raya and dia nak bawa food juga Umi pun buatlah cheesekut ni. Resepi dari blog Farah Sanusi, doktor gigi yang cantik manis orangnya. 

Guna 4 bahan ni je; 


Topping tu Umi letak buah anggur sebab nak bagi lebih attractive. Nanti nampak nestum kan takut orang dewasa kureng sikit nak makan as compared to kids. 


Seronok bila Walid cakap licin cheesekut tu. Lady boss pun tanya siapa buat? Hehe kembang setamanlah Umi bila orang makan sampai habis kan... 


Untuk jamuan raya sekolah Angah pun Umi buat cheesekut anggur ni juga.