Wednesday, 5 July 2017

Eid 2017 ~ menjelang hari raya...


Dah macam drama bersiri pulak entry raya tahun ni :) tahun lepas ciput sangat coretan raya Umi. Tahun ni kira balas dendamlah... Kita tulis banyak2 kat blog ni. Senang nak rewind balik memori beraya tahun ni.

Jumaat 23/6 tu kami bertolak balik kampung. Keluar rumah 6.40 pagi, sampai baling 3.30 petang termasuk berhenti 3-4 kali untuk ke toilet, Walid took a nap kejap and solat jumaat. Elok sampai pekan gerik elok orang azan. The boys solat jumaat while the girls makan dalam keta. Nasi & lauk pauk baki sahur tu Umi tapau semua. Rezeki Kakak & Adik. Sementara abang2 pergi solat boleh lah depa makan. Nanti kesian pula sebab abang2 puasa. 



Lauk berbuka/sahur hari tu. Kerutuk ayam & sotong telor masin. 

Teruja Umi bila nampak signage ni. Baling pun dah ada uptown! Ingat nak meronda malam tu tapi makngah cakap tak best pun. Lagi happening dekat Batu 42. 



Lega dan seronok rasa hilang penat bila sampai ke home stay. Rumah baru, cantik dan bersih. Jom la kita tidoq seround dulu :) dah janji dengan makngah nak buka puasa di rumah dia, so tak payah masak dah. 

Petang tu pergi pasar malam kupang dulu. Beli bahan mentah untuk buat rendang dsbnya. Umi hampir 'gila' bila tengok barang2 alahai murah sungguh. Rasa semua nak beli. 

Serai yang segar bugar segenggam dewasa ni baru rm2 seikat. Umi angkut 2 ikat. Terung ulam tu rm1 je sepinggan. 

Ini pun Umi beli juga. Besen besar 2 bijik tu rm4. Tapis tu rm3 je. Esoknya buat ketupat terus rasmi. Ikut hati nak beli macam2 lagi tapi takut tak muat keta hehe...


Hat ni Umi tak beli, dapat free :p tauke kedai kain 1Malaysia bagi... 

Sampai rumah makngah elok2 time nak berbuka. Bertuah punya adik :D Kak masak kari ikan kembung dengan empulur jagung. Waduh enak bangat! Empulur tu fresh dari ladang, terasalah manisnya. First time Umi makan empulur jagung masak kari ni. Lepas tu, ada ulam pisang muda rebus. First time juga Umi try. Sedap! Ini yang Umi suka kalau makan nasi kat rumah makngah, kari makngah first class. Lepas tu ulam selalu yang rare. Ada sekali tu ulam pucuk lemak ketam. Jangan kata Umi tak pernah makan, Tok pun tak pernah! 

Esoknya Umi dan Tok balut ketupat. Periuk besar pinjam dengan makngah. Daging pun order suruh makngah beli siap2. 


Umi sempat lagi ke pekan baling. Lagi sekali nak 'gila'. Terus cakap dengan Walid, kalau duduk sini kaya raya kita B, barang murah2.  Hahaha...

Suasana pasar pagi tu. Ramai anak rantau dah kembali ke kampung halaman. 

Tau apa Umi beli kali ni?

Kuali besar sebiji, kuali kecik sebijik. Dah murah kita angkat je la. Tiga puluh ringgit ja dua bijik tu. Semalam Umi tengok kat kedai di sini, lebih kurang saiz kuali besar tu, rm33. Fixed price. Kat kedai ni bole tawar menawar lagi. Dari rm36 total dapat rm30. Harga adik beradik kata tauke tu :p

Ini pula aktiviti anak2. Pancing semua dalam lubang menggunakan kemuncup. Benda baru bagi depa. Pakcik la mengajar ni. 


Malam raya tu apalagi main bunga api la depa. 


Adik pun takmau kalah. Jalan sana jalan sini tengok depa main bunga api. 

Bahagia tengok Tok rilek bersantai tengok cucu2 main bunga api. Dah lama tak rasa suasana macam ni. This is just a beginning insha Allah. Kita bahagiakan orang Allah bahagiakan kita. Aamiin.


Tuesday, 4 July 2017

Eid 2017 ~ raya keenam liat nak balik KL


OOTD T-shirt Australia Walid beli di Perth hari tu.
Dah macam kembar Angah & Kakak :) 

Bila dah seminggu di kampung, jomlah kita pakat balik ke pangkal jalan hehe... Pukul 9 bertolak dari Jitra, pukul 10.30 sampai baling. Ikutkan taknak singgah rumah Kak tapi Kak ajak makan laksa dulu, kita layankan je. Rezeki jangan ditolak ye dak? 

Aktiviti wajib dalam kereta, makan kuih raya le.
Habis sebalang popia nestum Horlicks Umi. 

Since kami ikut jalan dalam, baling-pengkalan hulu-gerik-lenggong-k.kangsar jalan memang clear. Banyak kenderaan tapi lancar. Singgah solat jumaat di masjid tepi jalan di gerik. Ikutkan Umi nak bentang tikar makan nasi bekal bawah pokok depan masjid tu je, tapi Walid taknak. Nak singgah di tol k.kangsar. 60 kilo lagi tu. Umi dah lapaq nasi :( 

Mujur Walid akhirnya berhenti di Dataran Lenggong. Ada karnival raya di situ tapi Umi dah tak selera nak shopping walaupun murah2 juga harga barangannya. Lepas raya kan, asal balik modal pun OK kot. 


Nasi jagung Tok Umi bekal kan. Tomyam baki BBQ rumah maksu pun ada. Alhamdulillah rezeki, kita makan je. 


Bila masuk je highway dah jammed. Merangkak-rangkak kenderaan nak melepasi terowong menora. Umi perasan ada 5-6 buah kereta terpaksa berhenti di bahu jalan, overheating. Ada Umi nampak family dengan anak2 kecik macam kami. Umi hanya mampu doakan agar Allah mudahkan urusan mereka. Nak tolong tak mampu. Lagi satu, bila kita nampak orang lain ditimpa musibah, kita kena DOA untuk mereka dan untuk kita juga agar terhindar dari musibah yang sama serta bersyukur kerana kita selamat. 

Akhirnya Umi roger makcik, inform nak tumpang bermalam. Tak larat dah. 9 jam dalam kereta baru sampai Ipoh! Esok je la kita balik KL. Isnin baru sekolah :p

Kenangan di rumah sewa makcik. Lepas ni depa nak pindah masuk rumah sendiri. Alhamdulillah. 

Next morning tu terus pecut balik rumah. Mendobilah kerja Umi sehari dua ni. Lepas tu nak kemas rumah. Cari cadar nak tukar, terjumpa pula curtain. Umi pun tak ingat dah curtain ni. Boleh lah kita gantung sebagai curtain raya :D 

Time tempah curtain ni glemer manik jurai2 tu. Inspirasi dari Eric Leong :)

Monday, 3 July 2017

Eid 2017 ~ raya kelima kita 'bakaq dia'...


Last year maksu jemput sarapan pagi sambil beraya di rumah dia before kami balik ke kl. This year maksu ajak dinner-cum-open house raya, BBQ style. Orang jemput, lajulah kita kan...

Siakap bakar ni lauk laku keras malam tu. 

Petangnya Umi cuma tolong potong nasi impit. Malam pula potong tembikai dan ambik kontrak basuh pinggan. Walid and kiddos tukang bakaq. Sampai hangus kerang kecut habis isinya dek masing2 main hentam saja. Kononnya nak tunggu kerang tu terbuka, sampai rentunglah jawabnya. 

Jemputan tak ramai pun, jiran 2-3 rumah dan kawan2 maksu 2-3 family je. Bila tetamu dah balik, kami sambung berborak sambil makan aiskrim Uda belanja. Asyik makan borak makan je la kerja Umi anak beranak raya ni. Alhamdulillah rezeki, jangan komplen :)

Eh baju semalam :D

Siangnya follow Tok Ayah Tok Umi pergi beraya di alor star. Dah sampai alor star takkan tak singgah pekan rabu kan? Lunch kat food court pekan rabu ni tapi crowded ya amat! I missed the old pekan rabu, w/pun sesak tapi tak sesempit sekarang. Rindunya zaman sekolah menengah dulu. Bila outing dapatlah makan nasi ayam atau bihun sup dengan ABC. Sedapnya! 



Sunday, 2 July 2017

Eid 2017 ~ Raya keempat ber'shell out' kita...




Asalnya Umi plan nak buat laksa. Tapi on the way nak ke market tu maklong call minta belikan seafood sebab malam ni nak buat shell out. Terus lah ke tesco, dapat beli udang size kecik2 dengan ikan dori je. Sotong dan ketam habis. Mujur Tok Umi dapat beli ketam nipah on the way balik dari Kuala Kedah.  Lala ada stock di rumah maklong. Sotong je yang takde. 


Yang kelakarnya semua tak berani nak siang ketam ni sebab depa still alive. Walid ambik pisau pi mai pi mai surrender. Maksu pun sama, angkat pi angkat mai tinggal gitu je. Maklong dengan Umi awai2 dah surrender. Kalau dah mati Umi OK je nak siang. Lastly paklong la yang 'process' ketam ni. Umi buat sambal awal-awal, tunggu gaul je dengan ketam tu. 

Udang goreng butter, ketam masak sambal, lala tumis, grilled ikan dori, jagung & brokoli rebus & nasi putih.

Alhamdulillah licin. Sampai kan Tok Ayah cakap lain kali boleh buat lagi "hampa makan sampai habih" hahaha... Makan ramai2 kan sambil sembang-sembang adik beradik sedar tak sedar habis dah makanan.   


Ini time gathering raya gang SSAT. Makan nasi tomato dengan bihun sup. Umi dengan anak2 lepas makan balik. Walid menyembang sampai ke petang. Maklumlah jumpa setahun sekali. Bagi chance la... 



Ada playground dekat situ, suka lah depa main. Suka tengok the boys pakai baju melayu dengan jeans, nampak rugged :) 

Alhamdulillah 'ala kulli hal. 

Saturday, 1 July 2017

Eid 2017 ~ Raya ketiga bihun, bihun, bihun...



OOTD raya ke3, kuning mustard & blue gitu.
Kemain no 2 tu dengan spek hitam. 

Jika raya pertama asyik makan nasi, raya ketiga pula bihun goreng. Sarapan makan bihun goreng yang Tok Umi masak untuk tetamu dari Besut. Ketika menziarahi sepupu Walid, kami dijamu dengan bihun goreng juga, air tangan kakcik fidah. Sampai di rumah toklong, sekali lagi dihidang bihun goreng! Kali ni Umi kongsi dengan Abang je. W/pun bihun goreng tu feveret Umi tapi bila dah 3 rumah berturut-turut makan bihun, faham saja lah. 


Mujurlah bila sampai di rumah Pza, ada nasi tomato. Malah kami juga dijamu dengan harumanis. Dapat lah Umi rasa keenakannya yang sering diperkatakan. 


Dah alang2 berada di kangar, terus Walid bawak pusing2 ke Kuala Perlis. Nak makan laksa Kuala Perlis yang femes tu pun perut masih kenyang. Kebetulan hujan, Umi malas nak turun kereta. 

Petangnya Umi tolong maklong grill kambing, hidangan untuk Wan Ammar. Regukan dengan spaghetti olio aglio dan salad. Meletops! Pandai lah maklong ni reka2 sedap pulak jadinya. Nanti dapat resepi grilled lamb tu Umi share ye, insha Allah. 


Ini pula cheesekut air tangan Uda. Pun Umi nak try buat juga nanti. 


Stay tuned! 

Thursday, 29 June 2017

Eid 2017 ~ raya kedua dah makan kenduri :D

Raya kedua girls pakai pink, boys pakai kuning


Raya kedua baru Umi masak rendang. Raya pertama makan rendang Makcik dan gulai daging Tok. Rendang yang Umi masak ni untuk bawak balik ke Jitra dan juga bekal untuk Makcik dan Tok. Tumpang periuk noxxa Makcik, mudah dan cepat kerja Umi. Bila dah cuci dan kemas home stay tu malas pula nak 'merendang' atas dapur gas. 

Check out dari home stay terus ke rumah toklang, ada kenduri dan open house. Lima ekor kambing katanya. Makan gulai batang pisang lagilah kita. Alhamdulillah rezeki. Jumpa cucu saudara sorang lagi, Aqif. Yang ni pun bam-bam jugak. 

Sedapnya nasi kenduri dengan gulai batang pisang dan ikan masin.

Usai kenduri, berpisah dengan makcik pakcik. Depa ke Tepen, kami ke Jitra. Tok tinggal dengan toklang. Dah lama tak jumpa, banyak lah benda nak bersembang. 

Malamnya kami diberitahu ada saudara Tok Umi dari besut nak menumpang tidur. Tunggu punya tunggu esok pagi baru sampai. Jalan jem teruk. Rombongannya pula ramai, berkonvoi 5 biji kereta. Patutlah lambat sampai hehe...

Malam tu paklong maklong masak sup kambing. Makan cicah dengan roti. Alahai nikmatnya. Sambil suapkan Adik dan Angah, sambil suap kan ke mulut sendiri. Bertambah-tambahlah makan Umi ni. Alhamdulillah.


Monday, 26 June 2017

Eid 2017 ~ raya pertama asyik makan nasi :D


Selamat hari raya!

Seronok Mak beraya dengan sebahagian dari cucu-cucunya. Dah lama tak rasa suasana meriah macam ni.  
Untuk tahun kedua berturut-turut tahun ni kami sekali lagi beraya di kampung Umi. Tahun lepas tak dapat beraya dengan Mak (Tok). Tahun ni lebih meriah bila dapat meraikan aidil fitri dengan Tok di samping pakcik makcik sekeluarga. Paklong dengan makngah dah bercucu, raya di rumah masing2. Riuh rendah sebab anak2 lebih kurang je umurnya. Yang paling tua Abang, paling muda Adik. 

Pagi raya kami solat raya di masjid kampung Umi. Alhamdulillah both Adik dan Kakak tak meragam cuma Adik asyik nak beriba je. Kakak pulak lena :) masjid kampung Umi sekarang ni dah pasang air-cond. Zaman Umi dok mengaji kelas agama di masjid ni dulu, kipas pun sesetengah ruang je. Dah berpuluh tahun pun... 


Aktiviti wajib lepas solat raya. Dulu Umi yang beratur, sekarang anak2 Umi yang meneruskan tradisi. Umi dulu dapat lima kupang (50 sen) ja. Depa la dapat sorang 3-4 ringgit. 


Tempat singgahan pertama rumah maklang di. Sedih tengok rumah pusaka tinggalan pak yang hanya menunggu masa untuk  menyembah bumi. Semak samun dah bertukar jadi hutan. Hmm...

Abang sempat lah berguru dgn paklang duan cara mengait buah jering. W/pun sekadar pegang galah, dia punya excited macam dah masuk MBOR :)


Sampai di rumah ke-2, rumah tok imam sekali lagi kami dijamu nasi. Nasi minyak bersama gulai batang pisang. Mana nak dapat gulai batang pisang raya-raya ni ooi... Haruslah makan w/pun di rumah k.di tadi semua pakat selamba je makan nasi putih. Sebelum keluar solat pun dah breakfast nasi goreng aduhai...  


Kemudian kami ke rumah maklang. Kat tangga batu rumah maklang port kami amik gambaq raya tahun ni. Legend tangga ni. Menu? Nasi daging... Dah 3-4 kali nasi dah ni. 

Siapa suka makan petai?
Inilah bunga petai.
Kecik2 dulu Umi suka ambik bunga petai ni buat microphone :)

Sampai rumah pakngah hi pun ada nasi juga. Ikutkan tergoda juga tengok nasi putih bersama kari ikan, ulam dsbnya tapi masing2 dah tahap sengkak, makan laksa je. 


Jumpa cucu saudara Umi, Erissa bam-bam. First time tengok ni. Kat KL tak sempat gi ziarah. Jumpa time raya ni je. 

Kemudian kami ke sg limau, rumah tokngah. pintu tingkat semuanya bertutup dapat, takde orang lah tu. Terus balik ke home stay dan berehat sambil menunggu Aqim datang ziarah. 

Tak banyak sangat ziarah tahun ni. Kami hanya ke rumah mak saudara/sepupu sahaja. Konvoi dengan abg cik, masing2 anak kecik2 lagi so ada waktu depa meragam, nak tidoq dsbnya jadi kita slow and steady je. Bawak Mak sekali, tak laratlah nak lenjan macam dulu2. 




Tuan puteri ni sangat berani. Mercun pun dia main.
Umi takat handal main bunga api je. 

Malamnya kanak2 riang sambung main mercun. Ketuanya? Pakcik & Makcik. Depa pulak yang pulun main hahaha...
Umi pun main juga, bunga api yang dawai tu. Cucuh lepas tu sangkut kat pagar. Ikutkan hati nak baling atas pokok macam kecik2 dulu tapi takut tersangkut atas kereta orang pula :D seronok tengok bila bunga api tu menyala atas pokok. Sparkle macam pokok krismas hehe...