Tuesday, 19 August 2014

Kenduri Doa Selamat & Kesyukuran di Teratak Hazel


Alhamdulillah syukur tertunai sudah hajat kami suami isteri nak buat utk kenduri doa selamat & kesyukuran. Banyak sangat nikmat dan rezeki yg Allah kurniakan kpd kami sekeluarga. W/pun tujuan utamanya utk majlis doa selamat dan kesyukuran kerana kami berdua mendapat jemputan istimewa dari-Nya, banyak sebab lain utk kami menzahirkan rasa syukur terhadap kurniaan-Nya melalui kenduri ni. Hajat nak berhenti kerja dan jadi full time housewife Allah perkenankan. Nak baby girl Dia kurniakan. B pula dgn kerjayanya yg makin berkembang, kebahagian rumah tangga, kesihatan yg baik  semuanya nikmat yg tak mampu kami dustakan.

Majlis pada sabtu lepas berjalan lancar w/pun awal pagi hujan. Bangun solat subuh saya tengok hujan dah mula turun manja2. Makin lama makin lebat. Caterer yg janji nak datang pukul 11 pun sampai dalam pukul 11.40. Dalam masa yg sama tetamu utk majlis tahlil & bacaan Yasin mula tiba. Kelam kabut juga situasinya. Dengan pihak caterer sibuk menyusun kerusi meja, tetamu pulak mencari tempat berteduh. Namun menjelang pukul 12 t/hari hujan mula berhenti dan mentari mula muncul (ewah!).

Bila hujan reda, makin ramai tetamu yang mula muncul. Ada yg datang sejauh Kuantan dan Seremban. Kenduri kami dah jadi mini re-u utk kawan2 sekolah menengah juga kawan2 semasa di U dulu. Maklumlah skrg era 'wasap'. Senang nak menjemput dan merancang pertemuan. Ada yg dah berbelas tahun x berjumpa, ada juga yg jarang hadir kemana2 acara termasuk acara ofis, hadir di kenduri kami, ada yg suka memencilkan diri dari massa tetapi tidak pernah miss jika diundang ke rumah kami. Macam2 ragam. Yang pasti semuanya manis2 belaka. Kesudian YDP Yadim & isteri (Abg Wadi & K.Wani) hadir walau sekejap cuma meninggalkan kesan pada hati. Ukhuwah yg terjalin selama ini harapnya bertambah utuh.

Makanan yg disediakan juga mencukupi. Jika berbaki pun sebab saya simpan utk kaum keluarga yg nak hadir sebelah malam. Kerepek dan kek serta roti jala semuanya licin. Pulut kuning dan rendang paling awal habis. Sayangnya homemade dadih yang saya sediakan sehari sebelum kenduri lupa nak dikeluarkan. Jadi rezeki mereka yg datang hari2 selepasnya.

Secara keseluruhan kami amat berpuashati dgn kenduri ni. Dari A-Z kami berdua yg uruskan. Ini kali kedua kenduri besar yg kami adakan sendiri, dgn skala yg lebih besar. Kami tak berpeluang mengadakan kenduri aqiqah utk anak2 disini (semuanya diadakan di kampung) jadi kesempatan yg ada ni kami gunakan utk menjemput seramai mungkin sahabat handai rakan dan taulan. Ramai yg bergurau "dah macam kenduri kawin"... jemputan kami hampir 500 org termasuk kanak2 dan yg hadir juga melebihi 300 orang! Sangat2 puashati & syukur. Tetamu terakhir kami, Shahrul & Ani tiba jam 10.30 mlm dan beransur pulang sejam kemudian. Terima kasih kpd semua yg hadir. Jazakallahu khairal jazak.



Moga ada kesempatan lagi utk kami mengadakan majlis sebegini. Insha Allah.

Wednesday, 13 August 2014

Selamat Pengantin Baru: Nabilah & Yatie


Berakhir sudah hujung2 minggu yg hectic bagi keluarga kami, sebelah suami. We have had a back-to-back weddings for B's cousins, Nabilah & Yatie. Meaning that we've attended two nikah ceremonies and two wedding receptions within a week. Mujur saya tempah baju banyak pasang raya ni :)

Majlis akad nikah Nabilah diadakan pada 2/8 diikuti kenduri keesokkan harinya. Kami sekeluarga bermalam di Homestay Merpati. Nampak ada sikit perubahan pada homestay ni. Baguih...baguih. 

Khabarnya carpet tu kepunyaan arwah Tok.
Dibeli dengan menyimpan duit bberdikit-dikit

Minggu berikutnya, kami menerima kunjungan mertua dan ipar duai. Yatie, anak Paktam pula bernikah pada 8/8. Berbondong-bondong pula kaum keluarga jauh dan dekat ke Sg Buloh. W/pun jemputan hanya dikalangan keluarga dan sahabat terdekat, majlisnya sangat meriah.

Esoknya kami sekeluarga bertolak ke shah alam. Majlis resepsi akan diadakan pada malamnya di Hotel De Palma S.Alam. Kami memilih utk check in disini. Boleh berehat dan bersantai bersama2. Ini kira family day kami utk tahun ni. Sempat juga potong kek bg yg celebrate birthday bulan 6 & 8. Anak2 pula bergumbira ria dalam swimming pool.

The reception night was awesome. First time family wedding buat di hotel so every one was super excited. Since mokcik stay at the hotel, memang rilek abis. B call suruh turun baru turun ke ballroom. Saya pilih duduk di luar ballroom (foyer) since we have kids yg terlebih makan gula agaknya malam tu :) hyper semuanya!

Kiut je pengantin cilik tu


Gambar mmg tak banyak saya snap. Maklumlah sibuk mengilik cik Balqis. Gambar kenangan dgn Nabilah pun saya dgn Balqis takde sbb kami balik ke homestay. Cuaca panas sangat bb x selesa.

Alhamdulillah everything was settled for family Pakteh & Paktam. Mujur juga resepsi sebelah suami Nabilah ditunda, kalau tak terpaksa berkejar ke Raub pula keesokkan harinya, 10/8. Selamat pengantin baru to both couples, Nabilah & Fazir and Yatie & Adam. May you have a blessed and beautiful marriage.

Guest what? This week is our turn! What event? Tunggu.........




Tuesday, 5 August 2014

Eid 2014: Ziarah Raya Kami

Sedari awal kami suami isteri memasang niat utk sebanyak mungkin menziarahi saudara mara jauh & dekat. Selain menghubungkan silaturrahim dapat juga memperkenalkan ahli keluarga yg baru, cik Balqis yg baru pertama kali beraya. Kami juga berjaya menjejak kasih ibu saudara saya yg lebih sedekad tidak bertemu, selepas kematian pakcik. Begitu juga dgn rakan karib saya sewaktu sekolah rendah, janji bertemu di kampung, tapi pertemuan kami hanya berlaku di Ipoh, di kediamannya sekarang. Berkat niat yg baik, Allah izinkan kami bertandang ke lebih 20 buah rumah sepanjang seminggu beraya di kampung.  

Senarai ziarah eid 2014 kami, utk rekod peribadi;
1. Abg Asri
2. Abg Shukri
3. Pakcik Dak
4. Ngah Mah
5. Mak Kodiang
6. Long Im
7. Midah
8. Makcik Mah
9. Abg Mi
10. Makcik Hafsah
11. Abg Hi
12. Kak
13. Pakchu Ei
14. Maklang
15. Paklang
16. Imam Razak
17. Pak long Ramli
18. Makngah Pah
19. Shidah
20. Kak Kiah (kenduri aqiqah)
21. Kak Di
22. Pak Teh (kenduri)
23. Aziah
24. Shahril

Alhamdulillah semuanya manis2 belaka. 

Pink pilihan kami, maroon pilihan K.Long :)

Saturday, 26 July 2014

Salam Aidilfitri 1435H


Rasanya ramai yang dah balik kampungkan... macamana perjalanan anda? Trafic Jem? Usah dikenang! Member saya dari rawang ke aloq staq 9 jam. Sorang lagi dari bt caves ke kt 15 jam. Dengar2 kb ke pasir mas pun ambik masa 3 jam! Kami pula dari kl ke Ipoh (jumaat malam) 3 1/2 jam, ikut jalan biasa sbb hi way jam. Semalam dari simpang pulai ke terowong menora lebih kurang sejam. Hebat betul org Malaysia beraya :)


Sampai ja kat kampung semalam, terus saya ke pokok manggis yang dah mula masak. Petik 4 biji utk Abang & Angah, baru masuk rumah. Excited sbb dah lama x buat gitu. Tahun lepas terlepas musim buah. Abang pula terus menuju ke pohon rambutan. Habis jugaklah 3-4 tangkai depa makan. Maklumlah fresh dari ladang. Umi yang puasa ni pun rasa tergugat iman. He he...


Kebetulan pula, J yang bertugas menjaga dusun Mak baru saja selesai menurunkan buah petai. Larat pula dia panjat pokok petai posa2 ni. Kebiasaannya, tiada upah yg dikenakan oleh pemetik buah tetapi hasil kutipan akan dibahagi sama rata antara pemilik pokok dan pemetik buah. Jika pemilik tidak mahu buah tersebut, pemetik buah akan membeli hasil kutipan tersebut dgn harga borong. Semalam Mak hanya mengambil 100 keping petai dari bahagiaannya. Baki 200 keping dijual kpd J. 

Utk bahagiaannya Mak jadikan jeruk (petai jeruk). Sempat jugaklah Abang & Angah  rasa pengalaman 'memicit petai'. Petai mentah tadi direbus kemudiannya isinya dikeluarkan satu persatu dgn kaedah memicit kulitnya. Melompat2 lah isi petai tu bila dipicit kulitnya. Bertambah excited depa dua. Proses seterusnya ialah merendam petai tadi bersama air garam selama 1-2 minggu (kalau x silap). Senang je kan...

Petai rebus, sedia utk dipicit
Akhir kata, ampun maaf salah silap jika ada yang terguris hati dgn saya. Hati2 di jalan raya. Selamat hari raya dan selamat semuanya. 


Kepada yang memandu; 




Monday, 21 July 2014

Memenuhi Jemputan Iftar


Jika diikutkan perasaan, memang xde mood nak update blog. Tragedi MH17 benar2 merentap tangkai hati. Sedih, hiba dengan manusia yg sudah hilang kemanusiaanya. Sudahlah pesawat kita ditembak tanpa sebab, akses ke lokasi nahas juga dinafikan. Tiada simpati, tiada empati. Zalim!

  Minggu lepas beberapa kali kami berbuka di luar, memenuhi jemputan rakan taulan. 

20 Ramadhan
 Kami berbuka di ofis lama saya. Seronok dapat berjumpa rakan2 sepejabat yg dah macam keluarga sendiri. Menu utama, nasi hujan panas bersama ayam masak merah K.Su mmg mengancam. Usai solat terawih, sempat lagi menyambung makan dan tapau sate. Tak berubah perangai even dah setahun berenti keja, asal ada jamuan je kat ofis mesti pakat tapau. Hehehe...

 Solat terawih dipimpim oleh Ust Shahrom.
 Suara yang sedap menusuk kalbu.

Kelab Tasik Putrajaya, berhampiran Masjid Putra.

22 Ramadhan
 Ofis B berpakat utk berbuka bersama. Majlis diadakan di Kelab Tasik Putrajaya. Ikutkan malas nak join, tapi B insisted to bring his family. Bukan apa, harga buffet utk adult rm69 dan kid rm39. Rasa tak berbaloi, mahal bebeno. Especially Abang, banyak mana sangat yg dia mampu makan. Tambahan pula we were seated at an open area (anjung) with no fan or aircond. Most of us are families with young children, so tempat tu quite uncomfortable for us. Ditambah dgn panas, crowded place and kids yg running here and there. Campur tolak bahagi darab memang tak worth for money. He he...

23 Ramadhan
Kami memenuhi jemputan bekas rakan sepejabat yg mengadakan kenduri aqiqah utk bayinya. Ini first time kami merasa makan kenduri aqiqah di bulan puasa. Majlis bermula dgn bacaan Yassin & tahlil serta tazkirah pendek sementara menanti azan. Idea yg menarik. Menurut rakan saya, menu utama yg disediakan ialah kibasy. First time juga makan daging kibasy. Sedap. 

Cenderahati utk tetamu, tasbih manik yang sangat manis :)

Alhamdulillah. 

Wednesday, 16 July 2014

Beriani Kambing, Bubur Lambuk



Cuti Nuzul Quran semalam sempat masak special utk suami & anak2, beriani kambing dan bubur lambuk ala2 kg baru gitu :)

First time in my life saya masak daging kambing. Selalu makan je tau..he he.. saya tumbuk bawang merah, bwg putih dan halia, kemudian tumis. Dah naik bau masukkan kulit kayu manis, bg lawang & buah pelaga. Then masukkan perencah beriani (saya guna Maggi). Dah naik bau masukkan daging kambing (saya rebus dulu hingga daging empuk).  Boleh juga masukkan kentang, cili merah etc yg nak dicampurkan. Basically macam masak kurma juga, cuma guna perencah beriani. Then masukkan santan. Lastly perisakan dgn garam & pak aji (kalau nak). Utk hiasan, tabur daun ketumbar & daun bawang. Walah!

Untuk bubur lambuk, saya try resepi makcik manggis. Kerlasnye nama dia :) terima kasih daun keladi, memang menjadi you!

Selamat mencuba!

Doa untuk saudara kita di Palestin

Monday, 14 July 2014

De Chiangmai Thai Seafood Restaurant, Sg Buloh



Idea spontan B's cousin utk berbuka puasa bersama-sama telah membawa kami ke Restoran Thai De Chiangmai yang terletak di Kg Melayu Sg Buloh. Tempat ni dicadangkan oleh Paktam yg juga secara automatik menjadi tuan rumah, juga tukang bayar :)

Kami sampai ngam2 waktu berbuka. Tak sempat nak ambik gambar bagai. Duduk & terus makan. Food Paktam dah order - siakap stim, siakap pedas, fried baby pak choy, ayam pandan, telur dadar & tomyam seafood. Alhamdulillah semua sedap.

Done!

Terdapat juga hot drink & desert spread ala2 hotel. Tapi banyak yg dah habis dan rasanya x sempat top-up. Sebabnya full house malam tu. Most of the patrons were family like us. The owner is Paksu's senior @ Jenan, married to a Thai woman. That's how the business started, I guess. 

Surau ada disediakan so lepas makan boleh terus berbual2. Since masing2 dah lama x jumpa, memang banyak perkata nak dibualkan. Rupanya ada yg dah bergelar CEO, yg lagi 4 tahun nak pencen juga yang baru keguguran. Umi yg x dapat turut serta sempat kirim kurma thru Poslaju utk kami berbuka. Maklumlah yg berkumpul ni semua adik2 dan anak2 saudara umi. 

Yusuf Taiyoob 

Puas berborak, kami ke rumah Paktam, minum kopi. Around 10 kami minta diri since anak2 pun dah mula bosan. Next round of gathering this raya, insha Allah.

Oren, star of the night