Thursday, 3 April 2014

Amie's 1st Giveaway : Debar Menanti Kelahiran


Firdaus, buah hati K.Amie, puan penganjur Debar Menanti Kelahiran

Bagus sebenarnya idea K.Amie Little Kitchen mengadakan contest ni. Selain dapat berkongsi pengalaman, dapat juga throwback kisah kelahiran anak2. Tambahan pula hadiahnya lumayan - rantai tangan mutiara Sabah bah! Seronok juga nak mencuba nasib. Ada rezeki bolehlah melaram raya ni :)

Melihat kegembiraan kami suami isteri dikelilingi dua putera dan seorang puteri kini, ramai yang tidak tahu bahawa kami telah menunggu selama 5 tahun untuk mendapat zuriat pertama, Muhammad Fawwaz aka Abang. Jadi, kelahirannya sangat bererti kpd kami suami isteri. Hingga kini saya masih terkenang saat kelahirannya.

Sebaik kandungan memasuki usia 7 bulan, saya mula 'mendapat' darah tinggi. Setiap kali berjumpa Dr D utk pemeriksaan berkala pasti kena marah. Teringat lagi beliau asyik membebel kononnya saya tak jaga makan, tak cukup rehat dsbnya. Sudahnya beliau memberi saya cuti sakit selama 2 minggu utk berehat dgn harapan tekanan darah akan turun. Saya akui sangat takut utk melalui proses bersalin hingga saya tak boleh tidur malam dan sentiasa resah. Mungkin inilah puncanya.

Akhirnya Dr D memutuskan agar saya bersalin pada 8 November 2008, apabila kandungan cukup 37 minggu krn dikhuatiri tekanan darah tinggi saya akan membahayakan bayi di dlm kandungan.

Selepas mendaftar kemasukan wad, saya terus disorongkan ke labour room. Allah saja yg tahu perasaan saya saat itu. Melihat segala macam peralatan yg tersedia di dalam bilik itu menambah debar di hati. Sekitar jam 9.30 saya di induce. Tujuannya agar saya cepat bersalin krn tekanan darah saya sentiasa meningkat. "Lepas Zohor nanti bersalinlah" kata Dr D dgn yakin. Namun pintu masih belum terbuka, setiap kali diperiksa bukaannya hanya 2 cm. Saya sempat lagi solat Zuhur.

Memandangkan tekanan darah masih tinggi dan sentiasa meningkat akhirnya air ketuban dipecahkan. Doktor mula risau bayi lemas. Saya hanya mengikut asalkan bayi selamat. Lama benar kami menunggu kehadirannya. Kami serahkan kpd Doktor utk melakukan yg terbaik berdasarkan ilmu dan pengalamannya. Selebihnya kami bertawakkal kpd Allah.

Tidak lama kemudian saya mula terasa sakit yg amat sangat di sekitar pinggang. Menangis saya sambil meminta suami urut dan gosok belakang. Malah lengannya juga merah akibat cengkaman tangan saya menahan sakit. Sempat saya menelefon mak agar memaafkan saya sekiranya masih ada salah saya yg belum dimaafkan, w/pun saya telah meminta maaf kpdnya sebelum ke hospital. Begitu juga kpd suami. Saya takut masih ada dosa yg menyebabkan kesukaran ini. Teringat kisah Alqamah! Akhirnya saya memohon utk mendapatkan suntikan epidural. Masih ingat lagi ungkapan doktor bius "saya harap kita tak jumpa lagi mlm nanti", merujuk kpd c-sec operation sekiranya saya masih belum bersalin. Dalam hati saya sentiasa berdoa agar mampu bersalin secara normal.

Seorang demi seorang bayi dilahirkan. Suami yg menemani saya sentiasa melaporkan perkembangan di bilik2 bersalin yg lain. Setiap kali terdengar tangisan bayi baru dilahirkan dia akan keluar menjenguk. Bilik 5 dah...bilik 6 pun dah... tension saya!

Selepas Maghrib, nurse yg bertugas bergegas keluar slps melihat graf heart beat bayi saya. Saya sangat cuak. Dia masuk semula dan memaklumkan bahawa saya akan dibedah! Degupan jantung bayi semakin lemah, dikhuatiri bayi lemas jika dibiarkan. Air ketuban juga makin berkurangan. Dr D juga sudah dimaklumkan dan dlm perjalanan ke hospital. Sekelip mata saya disorongkan ke dewan bedah. Antara teruja dan debar saya pasrah dan reda.

Akhirnya penantian 4 tahun 11 bulan 2 minggu kami berakhir pada jam 8.33 pm. Saya hanya mampu mengangguk lemah antara sedar dan tidak tatkala Dr D memaklumkan bayi telah selamat dikeluarkan. Penangan ubat bius menjadikan saya sgt mengantuk hingga tidak mampu membuka mata.

Allah Maha Kaya. W/pun penantian 5 tahun kami telah berakhir, Dia masih ingin menguji saya. Hanya sekitar jam 5 pagi keesokkannya baru saya dibenarkan menatap wajah comel bayi saya. Saya tertanya2 apa sebenarnya yg berlaku kpd bayi saya hingga saya tak dibenarkan melihatnya. Menurut suami dan nurses bayi saya selamat dan sihat. Comel! Kata nurse. Namun selagi tidak melihat sendiri saya tidak berpuashati. Mungkin keadaan saya masih lemah dan perlukan rehat yg cukup maka saya dan bayi dipisahkan ketika itu.

Akhirnya selepas perjuangan yg panjang, zuriat pertama kami berada dalam dakapan. Kali pertama menatap wajahnya saya terus jatuh cinta! Inilah kurniaan Allah yg merubah hidup saya selama-lamanya. Alhamdulillah...

Abang yg sentiasa ceria dan menceriakan

Inilah cerita saya... cerita anda? Jom kita kongsikan bersama- sama dengan K.Amie.

P/s: K.Amie...saya suka warna hijau...tapi utk rantai tangan mutiara tu nak warna putih/cream or gold boleh? :) 





Monday, 31 March 2014

Selamat Bertunang Anas!



Seorang demi seorang anak buah saya melalui fasa baru dalam kehidupan masing-masing. Bermula dengan Yanti, kemudian Ayu dan baru-baru ni Anas pula yg bertunang. Rasa macam dah tua pulak maksu depa ni :)

Majlis diadakan sekitar jam 3.45 ptg. Pihak kami diwakili oleh sepupu saya, Abg Hi. Jika tiada aral mereka akan disatukan dlm tempoh setahun dari tarikh pertunangan. Insha Allah.

Sebelum balik ke kampung saya utk majlis Anas, kami sempat makan kenduri di kampung suami dulu. Bukan satu bukan dua kenduri tapi empat serentak dlm satu kawasan perumahan. Kami hanya pilih dua majlis saja. Itupun rumah ke-2 hanya makan cucuq udang & teh tarik je.

Berkenan betol dgn dekorasi bilik pengantin ni.
Simple but elegant.

Balik dari SP kami meronda di pekan Berlin. Baru dua bulan tak balik kg, dah byk perubahan berlaku. Banyak kedai baru yg dibuka. Jangan tak tahu kat pekan Berlin tu dah ada pizza hut dan secret resepi tau!




Monday, 24 March 2014

MH370 : Al Fatihah



Vanished
239 passengers and crew
11 nationals
 Multi national search
Air-turn backed
South China Sea
Stolen passports
Transponder off
Andaman Sea
Northern & Southern corridors
Ended in the south of Indian Ocean.

Al Fatihah to all my sisters and brothers in Islam. May your soul be blessed. Takziah to all family members, friends and colleagues. May Allah give us strength, patience and blessing to overcome this agonizing moment. 

Sunday, 23 March 2014

Kari Udang Kacang Munggai



Uols panggil apa ye buah ni? Orang kampung saya panggil kacang munggai.

Ingat lagi masa kecik2 dulu heboh pasal orang minyak mengamuk. Takut punya pasal, mak2 pakat cari kacang ni simpan dalam rumah. Kononnya orang minyak takut dgn kacang ni. Entah betul entah tidak. Orang minyak tu pun wujud ke tidak pun tak pasti kan? 

Petang semalam saya bawak kids keluar rumah. Nampak auntie, pegang daun sejambak. Uncle pulak pegang kacang munggai. Saya tegur depa. Rupanya ditangan auntie pucuk daun munggai. Sedap goreng tumis katanya. Tak tau pulak saya pucuknya boleh dimakan. Kalau buahnya yg dipanggil kacang munggai tu saya pernah masak dan makan. 

Uncle bagi saya bbrp keping kacang tu. Maka terhasillah kari udang kacang munggai. Sedap! Cubalah...


Saturday, 22 March 2014

Happy Bday Angah !



Pejam celik pejam celik dah 3 thn usia Angah. Dari mengandung sampai sekarang sgt senang jaga dan uruskan dia. Alhamdulillah. Semoga dia membesar sbg penyejuk mata kami.

Bila kami tanya apa hadiah dia nak utk bday dia jawab nak air vitagen ngan air teh. See? Humble & sweet je dia kan? 

Bila tok uminya tahu Angah  nak vitagen, terus disuruh kami beli byk2 utk Nawfal. "nanti Umi bayaq..k.ngah bubuh reben ka bg cantik2 skit..habaq kata tok Umi hadiah" he he..

Kami celebrate bday dia kat rumah je. Senang nak control depa. Saya sediakan nasi goreng, nugget & fries je. B beli KFC sbb pelengkap hidangan. And off course vitagen yg saya susun ala2 piramid berkembar :)

Hadiah? Sebuah lori pasir! 



Semoga sayang membesar sbg anak soleh. We love u so much! 

Tuesday, 18 March 2014

Cerita kawin, kawin, kawin...


Keep praying
Never lose hope
In Allah we trust

 Entry kali ni just nak share cerita kawin2 sepanjang minggu lepas. 

8/3/14
Majlis kenduri Iman & Farah
Pasangan ni dah lama diijabkabulkan, semasa raya cina lepas. Majlis ni diadakan khusus utk rakan2 & kenalan mereka. Khabarnya resepsi formal telah diadakan di Hotel Royale Chulan. Majlis sgt santai dan intim. Memandangkan kebanyakan yg hadir adalah rakan se-uni, majlis dah jadi seolah2 reunion pula. He he... suami saya bertemu semula dgn rakan sebilik yg sudah lebih 10 tahun tidak bertemu. Masing2 mengendong anak :)

Journey of finding the soulmate ends
Journey of true love begins
14/3/2014
Ijabkabul Ayu & Mr X
Ralat sangat sebenarnya krn tak dapat menghadiri majlis akad nikah anak buah saya yg sorang ni. Majlis diadakan selepas solat Jumaat. Memandangkan hari kerja terpaksalah miss majlis ni.

Hari yg sama, anak saudara pupu saya, Faizal juga sah menjadi suami kpd S. Sorang2 anak buah saya kawin, terasa diri semakin tua. Hahaha...
Kami mmg tak balik kg, hanya wakilkan kat Mak je. Abang pun sekolah susah jgk nak suka suki balik kg mcm dulu2. Semoga kalian berbahagia.

16/3/2014
Majlis menyambut menantu Hj Ramli
Majlis diadakan di Dewan Beringin SG. Hj Ramli ni member surau hubby. Difahamkan beliau org kuat parti T. Patutlah nampak 2 3 org YB di majlis ni. Tak kisahlah..janji dapat sama2 meraikan dan mendoakan pasangan pengantin baru.


Once again, Selamat Pengantin Baru.

Monday, 10 March 2014

Zulaikha Homestay @ Sungai Dua Penang



The gloomy days continue.
The anxiety is killing us. 
But don't give up. 
Keep praying.
 Not only for the victims and their family members and love ones but for the SAR team to keep their spirit high, during this testing time. 
Kepada-Nya kita berserah.

Ok, back to this entry. Homestay Zulaikha (HZ) ni sebenarnya milik kawan saya, schoolmate & unimate. Dia sekeluarga tinggal dgn Mak mentua. Rumah yg dibeli ni utk asset masa depan mereka. Nak disewakan sayang sbb rumah baru. Jadi beliau decide utk jadikan home stay. Boleh jgk dia anak beranak melepak di hujung minggu. What a brilliant idea!


So, if you need a place to stay at Sg Dua Butterworth, do stay @ Homestay Zulaikha. Harga semalam RM250. Double-storey house, 4 bedrooms & 2 bathrooms. Absolutely worth for your money. Rumah baru, besaq dan cantik. Maklumlah owner pun dah lama dok mengidam nak hias rumah sendiri. Berabis la ribu riban deko rumah kesayangan dia ni :) confirm feel good factor is there sbb rmh barukan. Lokasi pun just miles away from exit sg dua.


Flat screen TV diletakkan di family hall tingkat atas.  The sofa set is placed in the living room. Ada aircond you! Tapi yg paling saya 'jeles' curtain tu. Cantek.


The four bedrooms. Hope I got a chance to stay here. Seronok nak guling2 atas tilam baru tu :)


Among the facilities provided include freezer, mesin basuh, kitchen kabinet dan meja makan.

Cuti sekolah dah dekat ni. Jom pi Penang. Boleh try the newly opened penang 2nd bridge. Stay je @ Homestay Zulaikha.

All you need is to contact the owner, Cikgu Rozanah or we fondly call her K.Ninah. Her tel phone no is 012 420 8212 or find them on FB zulaikha homestay.

#PrayForMH370