Sunday, 22 July 2012

Ahlan Ya Ramadhan!

Dah masuk hari ke-3 umat Islam di Malaysia berpuasa... baru sempat nak mengucapkan selamat berpuasa kepada teman-teman pengunjung blog..entah ke mana terbang semangat saya menulis, saya tidak tahu. Mungkin sedikit ujian yang Allah beri, menggoncang ketenangan hidup saya... namun saya redha.. saya sedang berusaha mengutip kembali kekuatan untuk bangun, agar lebih bersemangat melayani tetamu yang datangnya setahun sekali, mengutip sebanyak mungkin pahala yang dijanjikan dan tidak mahu ianya terlepas begitu sahaja...

Semoga Ramadham kita kali ini lebih baik dari sebelumnya.

Thursday, 12 July 2012

Jualan Gudang Telaga Biru!

Diskaun sebanyak 70% wow! duhai pencinta buku jom kita serbu ramai-ramai Telaga Biru, bermula esok hingga Ahad. Juga diselitkan sesi ceramah untuk pengisian rohani.




Promosi ini tiada kaitan dengan TB ye, sekadar berkongsi maklumat dengan pencinta buku...:)

Tuesday, 3 July 2012

New Chapter Begins...

Jemput masuk!

Alhamdulillah, after very looooooooooooooooong deliberation, finally i made my move! To know more, please click HERE

Terima kasih atas sokongan anda, doakan kejayaan saya kerana saya ada perancangan besar untuk usaha kecil ini. Namun, kita merancang tapi perancanngan-Nya yang terbaik. Tapi bukan bermakna kita hanya perlu duduk diam menanti takdir, tetapi kita perlu berusaha. Sunnatullahnya begitu - man jada wa jada.. siapa berusaha dia yang dapat...:)

Terima kasih daun keladi...:)

Tuesday, 26 June 2012

Piknik @ Lake Garden


Jom serbu! Kata Opal...:)
Sudah lebih seminggu tak update blog nie. Maklumlah, sekarang sibuk uruskan DAPUR dan KEDAI saya. Yang dapur tu tengah nak naik manakala kedai pulak baru nak buka.. wish me luck dear readers...:)

Hujung minggu lepas sempat kami sekeluarga meluangkan masa beriadah di Lake Garden. Saya suka sangat kalau hubby habis exam, boleh enjoy! Kalau tak sebulan sebelum exam, semua kegiatan luar dibekukan...hahahah... saya sempat menyediakan nasi lemak & the geng untuk riadah kali ini. Awal-awal kami bagitau abang, kita nak piknik kat Lake Garden. Suka bebenor bujang 3T++ tu. Hari-hari sebut pasal itu je...:)

So, di pagi minggu yang cuaca masih agak berjerebu tu, seawal jam 7 kami bertolak ke Lake Garden. Sampai di sana masih ada few parking lots kosong, so takde masalah untuk parking. Mula-mula kami lepaskan anak-anak biar puas main dulu. Bawak round keliling dulu sebelum makan. Hampir jam 9 baru kami cari port untuk piknik plak. Dah jumpa port baru B turunkan bekal dan tikar. Suka betul anak-anak, sampaikan bujang 1T++ tu asyik mengusung gelas ke sana sini sambil berpusing-pusing tempat piknik tu. Huhuhu bunyinya sambil menayang-nayangkan gelas tu. Agaknya Opal nak air kot...:)

Cubaan 'lari dari ummi'...:)
Selain kami sekeluarga, ada juga 4-5 keluarga lain yang berpiknik. Seronok makan bawah pokok, dah lama tak buat macam ni...:) 

Mari kita layan gambar ye...

Sambal Bawang Resepi Sifu...:)

Udang goreng kesukaan Bujang #1

Nasi Lomak

Kawan baru Abang - seekor tupai yang sangat sporting. Hala je kamera, terus pandang...:)
'Party Tupperware'....:)
Untuk resepi nasi lemak & the geng, klik SINI. Kalau nak jamu mata dengan bekas-bekas Tupperware tu "pun boleh, pun boleh.." (A R Tompel dalam Anak Bapak)... jemput ke SINI

Ok, selamat semuanya...:)

Monday, 18 June 2012

Makanan Kota Bandung


Hampir tiga minggu meninggalkan kota Bandung, hati saya masih teringat-teringat. Bukan sahaja kepada keramahan, kemesraan dan ketulusan yang di pamerkan oleh warga Bandung, tetapi keenakan makanannya juga mengusik perasaan. 

Ingin saya rakamkan di sini antara makanan tradisi Bandung yang telah dihidangkan kepada kami sepanjang bertugas di sana. Saya amat mengagumi cara mereka mengkomersilkan makanan tradisional mereka seperti kuih muih sehingga ia menjadi makanan 'kelas atasan' dan dihidangkan di hotel! Kuih tradisional seperti bengkang contohnya di jual di outlet berhawa dingin. Saya tidak pernah melihat atau mengetahui mana-mana kedai kuih atau bakeri di negara kita yang menjual bengkang... yang ada hanyalah cream puff, curry puff, muffin dan seangkatannya. 
Ini yang saya maksudkan. Pelbagai kuih muih tradisional seperti bengkang, lepat, ketayap dan sebagainya dipamerkan diruang kaca yang berhawa dingin - menarik kan?
 Jom, jamu mata dengan foto seterusnya! 

Dessert - sungguh saya lupa namanya! Minuman penghilang dahaga ini di jamu sewaktu kami makan malam di Gedung Sate. Menurut Ibu Sari & Mas Hendro, ia adalah salah satu signature dish masyarakat Sunda
Mee Ayam - simple yet delicious

Aneka kuih muih sedia untuk di pilih

Yang ala-ala ketayap tu namanya semer mendem - lebih kurang gitulah bunyinya. Rasanya lebih kurang pulut panggang / udang
Sungguh comel kuih ini - namanya kuih bangkok. Rasanya seperti kuih kacang tapi kuih bangkok ni lembut. Nak makan pun sayang sebab rupanya tersangat comel
Ini pula makanan t/hari kami - nasi putih, ayam panggang dan sayur mayur. Packaging sangat menarik bukan? Alangkah baiknya jika pengusaha makanan kita juga mampu menyediakan packaging seperti ini

Nasinya tersangatlah sedap - mungkin mereka menggunakan beras padi bukit

Satu lagi contoh packaging yang menarik & komersil

Setiap hidangan lengkap dengan pencuci mulut - buah dan puding

Kalau tak salah ini bubur bakso - nasi impit bersama kuah kacang & tauge

Mee Kocok
Makaroni bakar
Sekian, siri akhir untuk Bandung, yang penuh kenangan!



Tuesday, 12 June 2012

Makan Malam di Punclut, Puncak Kota Bandung


Gerai Teh Ita, gerai yang paling sedap menurut Maria
Salah satu tempat makan istimewa terutama di waktu malam sekiranya anda berkunjung ke Kota Bandung ialah Punclut atau pun puncak, untuk kita melihat seluruh Kota Bandung. Namun, tempat ini jarang di kunjungi oleh orang luar, mungkin kerana ramai yang tidak tahu kewujudan tempat ini. Kami bertuah kerana di temani oleh Maria yang sudi membawa kami ke sini. Perjalanan mendaki bukit di waktu malam dengan jalan yang sempit (di kiri kanan jalan adalah rumah-rumah penduduk) dan lampu jalan yang terhad agak mendebarkan. Menurut Maria beliau pernah ke sana membonceng motosikal. Pastinya ia lebih mencabar kerana bukitnya agak curam dan jalannya menegak.

Punclut di lengkapi dengan deretan gerai-gerai di puncak bukit. Kebanyakannya menjual menu yang sama, makanan tradisi masyarakat Sunda. Kedai-kedai di buka 24 jam sehari! 

Kami di bawa ke satu gerai yang menaik dan sedap masakannya menurut Maria. Pelbagai menu di sediakan seperti ayam, ikan, tauhu, oncom (taucu), petai, lalapan (ulaman) dan sebagainya yang tidak dimasak sepenuhnya . Anda hanya perlu memilih item tersebut dan pilih sama ada ingin di goreng atau di bakar. Pilihan nasi pula terdiri dari nasi putih, nasi perang atau nasi merah. Kami memilih nasi merah. 

Pilihan lauk pauk
Saya agak kalau di sini kita panggil beras pulut hitam, di sana panggilnya beras merah
Sebelum...
Lebih enak, hidangan di nikmati dengan duduk bersila/bersimpuh di atas tikar rotan yang di sediakan maka inilah hasilnya...:)

Selepas...:)

Monday, 11 June 2012

BIFIS Day 3

Sesi pembentangan dan perbincangan BIFIS masuk hari kedua dan terakhir. Bilangan peserta agak berkurangan hari ini tetapi masih terdapat beberapa peserta yang mendaftarkan diri untuk mengikuti forum ini. 

Walaupun terdapat sedikit perubahan jadual bagi hari ini, namun ianya tidak mencacatkan perjalanan keseluruhan program untuk hari ini. Sebanyak 3 ucaptama, 2 sesi pembentangan dan 1 sesi forum khusus untuk membincangkan isu-isu Shariah berkaitan kewangan Islam telah dilaksanakan.

Keynote Presentation 2: Developments of Islamic Banking in Indonesia - Update and Opportunities
Presenter: Dr Halim Alamsyah (BI)
Deputy Governor BI, Dr Halim Alamsyah having a light moment with the speakers
Sesi 4: Investment and Islamic Liquidity Management - Market Updates & Trends
Moderator: Dr M Razikun
Panelis
  1. Mohd Radzuan Tajuddin (SC)
  2. Allan Redimerio (S&P)
  3. Etsuaki Yoshida (JBIC)
  4. Donna Chang (Deutsche Bank)
  5. Rushdi Siddiqui
Presentation from Yoshida-san


Keynote Presentation III : Ethics and Islamic Finance
Presenter: Dr MOhd Daud Bakar (Amanie) 

Dr Daud during his  presentation
Keynote Presentation IV: Islamic Capital Market in Indonesia - The Way Forward 
Presenter: Dr Etty Retno Wulandari (BAPEPAM-LK)

Token of appreciation to Dr Etty
Sesi 5: Update on Sukuk - Global and Indonesia Issuance 
Moderator: Farouk Alwyni
Panelis:
  1. Fatati Sriwahyuni (MOF Indonesia)
  2. Dr Engku Rabiah (IIUM)
  3. Syed Alwi Mohd Sultan (BNP Paribas)
  4. Roslinda Ahmad (CIMB Islamic
Dr Engku, Pn Roslinda, Ibu Fatati, Pak Farouk & Syed Alwi during photo session
Sesi 6: Shariah Session 
Moderator: Dr Akram Laldin
Panelis:
  1. Shiekh Nizam Yaqubi
  2. Sheikh Esam Ishaq
  3. Sheikh Dr Al Olama
  4. Dr Mohd Daud Bakar
The audiences having great moment with the eminent scholars
Keesokkan harinya, diadakan Master Class Workshop dikendalikan oleh Dr  Engku Rabiah dan Pak Farouk Alwyni.

Master class led by Dr Engku Rabiah
 Alhamdulillah, berakhir sudah BIFIS 2012. Panjang umur kita jumpa lagi...:)