Monday, 28 November 2011

Malaya Steamboat

I can't remember when was the last time I ate steamboat. Rasanya it was 10 years ago during farewell cum graduation dinner. Uish, lama betul tu!

So, MOH and I decided to have makan-makan at Malaya Steamboat for our anniversary this year. This place is situated at Prima Sri Gombak, newly opened commercial area at Sri Gombak. Ala, opposite Dewan Beringin Sri Gombak tu. Dulu kawasan tu kilang. Kalau dulu UIA student suka makan kat Wira Tomyam kan, so tempat nie opposite la lebih kurang. Untuk foodies, tempat nie memang happening because we have Sekinchan Ikan Bakar, Paparich, Ice Room, JM Bariani House, Ayam Penyet AP, Ani Sup Utara etc here.

So, the Malaya Steamboat terletak satu row dengan JM Bariani, Paparich & Rodeo Steak House. Ala, senang je tempat nie.

 No 69 & 70 Jalan Prima SG3, Prima Sri Gombak
 Tel: 603 6184 2319

Masa kami sampai, masih ada tempat kosong but we saw few tables were booked. Ada dua area, dalam yang ada aircond or open air. Kitorang pilih open air, senang skit Ben 10 ai nak melompat-lompat kat kaki lima kedai tu...:)

Once duduk je, waiter dia terus datang nyalakan api. Pakai dapur electrik you, xmainlah gas-gas lagi. Then dia jemput la kitorang makan. Untuk dewasa, harga buffet RM23.80. Kanak-kanak RM10.50.

Ada WiFi yer...

Selection of food includes nasi goreng, mee goreng, kuew tuew, nasi putih, salad, dan bermacam mak nenek fish ball, fish cake, prawn stick, crab stick serta udang, sotong, ketam etc. Air ribena dan oren serta air suam. Untuk minuman panas plak tea & coffee. Untuk dessert ada ice cream & ABC. Kuah sup and tomyam, dua-dua sedap. Cuma nasi goreng dia kureng skit, bole improve lagi. Mee a bit oily, kena improve gak. All in all, the rest are marvelous.

 Amacam? Ada berani?

Personally, memang berbaloi and puashati. Memang balun habis la malam tu, makan x hengat la orang kata. hehehe.. Out of 10, saya bagi 8 bintang!

Abang free je, sebab dibawah umur...:)

Selamat mencuba!

Saturday, 26 November 2011

Ahlan 1433H

Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian (Al-Asr). Tahun baru menjelma lagi. Moga kita termasuk dalam golongan hambaNya yang sentiasa berbuat kebaikan, bukan terus terusan tenggelam dalam kerugian. 

Apa azam tahun baru anda? Yang penting betulkan niat, tanam dalam hati kita untuk memjadikan hari ini (bukan tahun ye) lebih baik dari semalam. Sekiranya usia anda kini 30 tahun, hitung-hitungkan dalam masa 30 tahun itu, bagaimana amal kita? Belum tentu 30 tahun itu benar-benar 30 tahun! Dalam usia kita 1-7 tahun, kita masih kanak-kanak yang belum mumayyiz mungkin, 7-12 tahun kita baru bertatih melakukan ibadat, bila mencapai usia baligh dalam usia 13-15 tahun sepatutnya kita makin faham erti ibadat yang dilakukan. Namun, ingatkah kita pada usia remaja itulah kita masih tercari-cari arah, mencuba perkara-perkara baru, suka memberontak dsbnya. Mencecah umur 20-an beruntunglah bagi sesiapa yang telah matang, matang dalam hidup dan memahami bahawa hidup kita hanya pinjaman lalu berusaha memperbaiki amalannya disamping menjalankan urusan kehidupan dunia seperti menuntut ilmu dan menceburi bidang pekerjaan. Di usia 25-30 tahun kita mula membina keluarga, tentunya tumpuan lebih kepada memantapkan ekonomi keluarga. Usah gusar, usaha anda untuk memberi nafkah kepada keluarga juga di kira ibadah, dengan syarat kerja itu halal, cara kerja juga halal. Fahamkan maksud saya? 

Mari sama-sama kita betulkan niat untuk memperbaiki dan menambah amal ibadat kita. Kalau tahun yang sudah-sudah kita jarang berpuasa Isnin & Khamis, mari kita lakukan. Kalau dah terbiasa, cubalah tinggkatkan lagi dengan puasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhir bulan. Begitu juga solat-solat sunat, qiyamullail dsbnya. Tingkatkan amalan bersedekah kerana ia pembuka pintu rezeki. Lebihkan masa dengan orang tua kita, eratkan silaturrahim dan pelbagai lagi amal kebaikan yang lain. Janji ada peningkatan dalam amalan kita, bukan hanya duniawi dan material. Hidup kita disana yang kekal, abadi. Tanpa bekalan yang cukup, kita akan rugi disana. Fikir-fikirkan ye! 

"When my arms cant reach to people close to my heart, I hug them with my prayers. May Allah grant you what your heart desires". 
Salam maal hijrah untuk semua!


Tuesday, 22 November 2011

Saja Promote Tupperware...

Hari ni malas nak tulis pape, saja nak buat iklan je..ini blog ai, sukati ai ler.. hahaha.. takdelah, saya ada isu serius yang nak dibangkitkan for next entry, so tengah mengumpul idea jadi biarlah entry kali nie yang ringan-ringan je.. Selamat Menjamu Mata! Kalau nak beli, contact den ye.. harga kengkawan (special price ler).. Lagi satu, kalau Kak Bedah nak beli sebiji2 pun, boleh ye.. Akan diusahakan agar dibolehkan..hehehe.

Valid from 14 Nov - 31 Dec 2011

I like EcoLiving set nie soooooo much

Jom, sapa nak share beli? Dapat sorang dua pun jadilah...:)

This one ada free gift ye Kak Bedah

Geramnya yang botol purple tu!

Enjoy!

Syabas Harimau Malaya!


Hari ni gegak gempita satu Malaya dek kemenangan team Harimau Malaya dalam final bolasepak Sukan SEA 26. Lebih manis kejayaan menumpaskan team Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, stadium keramat di hadapan lebih 100 ribu penyokong tuan rumah. Kemenangan ini adalah kali kedua berturut-turut Malaysia dalam edisi Sukan SEA. Terdahulu Malaysia menang dia Sukan SEA Laos 2009.

Saya salute dengan SELURUH team bimbingan Ong Kim Swee ini. Mereka masih muda belia (had umur untuk pemain adalah 23 tahun utk kejohanan ini) tapi mereka berjaya menunjukkan semangat juang yang amat tinggi. Pelbagai cabaran di tempuhi oleh mereka antaranya bas mereka ditahan penyokong Indonesia di luar Stadium hampir sejam, dicemuh dan dihina pelbagai nista, terpaksa menaiki barakuda, hanya kerana kita orang Malaysia. Berdasarkan laporan media massa, pelbagai karenah dan layanan tidak mesra alam telah diberikan oleh pihak penganjur kepada kontinjen Sukan SEA kali ini terutamanya kontinjen Malaysia. Setiap kali atlet negara bertanding dalam sesuatu acara, mereka akan di'boo' dan diganggu secara psikologi. Itu belum termasuk penyokong fanatik yang bersikap kurang ajar ketika Negaraku dikumandangkan setiap kali atlet kita meraih pingat.

Pengalaman menaiki barakuda bukan pengalaman pertama bagi Apex. Awal tahun ini dalam kejohanan AFC, situasi sama berlaku apabila pasukan negara dihalang ke stadium oleh penyokong fanatik garuda. Sepatutnya pihak pengajur mengambil iktibar kerana Sukan SEA adalah sukan bertaraf antarabangsa, sepatutnya dianjurkan secara professional, bukan dijadikan medan untuk membalas dendam, mencipta ketegangan dan mencetuskan permusuhan. Setahu saya, matlamat asal Sukan SEA (dengan nama awal Sukan SEAP) diwujudkan untuk mengeratkan silaturrahim antara negara anggota. Namun, Sukan SEA kali ini gagal mencapai matlamat tersebut.

Edisi kali ini juga menyaksikan 2 orang penyokong Garuda meninggal dunia kerana dipihak dalam kucar-kacir yang dicetuskan mereka sendiri gara-gara tiket perlawanan akhir 'sold out'. Ramai yang tercedera. Kaunter tiket juga dibakar. Takziah kepada keluarga mangsa. Inilah akibatnya jika terlalu ikutkan rasa hati.

Sebagai penutup, saya pinjam status FB seorang rakan "Malaysia menang kerana ada seorang MUSLIM, seorang Tamil dan kita ada Khairul Fahmi Che Mat, yang CHERMAT menjaga gawang, Baddrul Bakhtriar yang sentiasa BERIKHTIAR mencipta peluang dan semestinya kita ada ONG (Ong Kim Swee)!"

Sekali lagi tahniah! Dan saya amat berbangga menjadi rakyat MALAYSIA!Negaraku...tanah tumpahnya darahku...

Photo: The Star

Jumpa lagi...:)

Sunday, 20 November 2011

Mee Goreng Mak Mentua


Hahaha macam suspen je title tu kan. Pertama kali saya menjamah mee ini bila mak mertua saya masakkan. Keluarga suami tak suka makan pedas, jadi sebagai alternatif MMIL masak mee ini untuk santapan keluarganya. Resipi ini pun saya masak dan olah melalui pemerhatian saya, segan la plak nak minta resipi senang cenggini kat MIL. Tengok dia masak then saya modify here and there. Now, this resipi not only becomes MOH's fav but my lil prince also. Tebaek la Umi! Selamat mencuba!

Bahan-bahan
1 bungkus mee
3 ulas bwg putih
3 ulas bwg merah
1/2 biji bwg besar
Tomato - didadu (cam ne nak dadu tomato? tengok Masterchef ye!)
Kobis - potong ikut suka
Kicap
Sos tiram
I kiub ayam
Minyak untuk menumis (saya guna minyak zaiton)
Ayam - cincang
Udang - buang kulit
Garam & gula

Cara Memasak:-
1. Tumbuk kasar bawang merah, putih & besar
2. Rebus ayam diatas api sederhana - biar ayam lembut dan juga kita nakkan stok ayam nie. Air agak2 tenggelam ayam tu je
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk
3. Bila dah garing dan mengeluarkan bau, masukkan ayam beserta air rebusannya sekali.
4. Masukkan udang
5. Masukkan kiub ayam, sos tiram, kicap dan gula & garam
6. Kacau sebentar.
7. Masukkan mee
8. Last sekali masukkan tomato & kobis. Saya suka sayur tu rasa crunchy that's why saya masukkan last skali, dah dekat2 nak tutup api.
9. Kacau & gaul sebati. Tutup api.
10. Boleh le di hiaskan apa yang patut.

* Untuk masakan ini, anda boleh guna kreativiti masing-masing ye kak bedah. Nak letak carrot, daging, sotong x kisah ler.. jangan letak selipar dah!






Awas ye, make sure anda menggunakan mee yang tidak berasid borik. Since kita x guna chili paste or sauce etc, mee ini akan kekal dengan warna kuningnya. Kakau mee itu berasid, selepas diangkat dari api, akan bertukar warna merah. It happened to me once. So, x berani nak makan loh! Mee yang saya guna ni saya beli di pasar tani, keluaran bumiputra. Halal dan bersih. Jadi puan-puan, rajin2 lah ke pasar tani, banyak produk keluaran Muslim yang susah nak dapat di pasaraya ada dijual di sini.
Selamat mencuba!

Thursday, 17 November 2011

Makan2 @ Saba Restaurant


Alhamdulillah, syukur nikmat. Last week ada vendor sudi belanja makan nasi arab kat Saba. Sebelum nie asyik dengar ke orang cerite pasal Saba nie, finally dapat gak merasa. Actually, MOH and I pernah survey tempat nie utk our next makan port, tp rezeki saya sampai dulu. This restaurant serves Arab food at a reasonable price. Parking space memang banyak, RM1 per entry untuk basement parking. Kalau parking atas, mahal katanya. Ala2 valet parking cam kat hotel tu. Lokasi betul-betul berhadapan dengan LRT Setiawangsa, berjiran dengan Kampung Warisan dan kem tentera.

Tempat nie dekat je ngan ofis saya, so during lunch time tu kitorg beramai-ramai serbu Saba. Orang nak belanja, apalagi.. hehehe. It was packed tapi since kitorg dah hantar skuad peninjau dulu, so memang dapat port yang terbaeklah! Luckily it was 2-storey restaurant, so kira selesa la.

So here goes the menu,


Itu saya snap one page je, banyak lagi menu dia. .. On that day we ordered ikut citarasa masing for the main course. Untuk extra we ordered mix BBQ. Sori, lupa plak nak snap pic. Lapar sangat, food sampai agak lambat. Rasanya sebab memang ramai orang t/hari tu. For me, i ordered a plate of Mandi Lamb (regular RM20). Untuk large plate, harganya RM30. Kalau order yang large tu blh makan 2 orang saya rasa. Kawan-kawan lain ada yang order grilled chicken, hanith chicken, mandi chicken, kebab dll.

Mandi Lamb, each set completed with kuah dalca and sambal pencicah

As mentioned earlier, memang tak larat nak habiskan sepinggan nasi ni esp orang pompuan. Mengah & sengkak. Apapun bagi saya food dia sedap, nasi lembut and lamb tu pun lembut dan sedap. Tapi, memandangkan tekak Melayu, saya rasa kalau ada cili mesti lagi sedap...:) Sambal pencicah yang diberi saya tak pasti ingredient dia tapi yang pasti ada tomato. Standard la kan, mereka biasa guna tomato dalam masakan.

Saya recommend restoran nie kepasa sesiapa yang berminat. Saya pun insha Allah akan ke sana lagi bersama insan-insan tersayang. Cuma yang pasti, bukan dalam masa terdekat sebab masih terasa 'muak' dengan nasinya. Lama-lama sekali pekena baru 'chara'. Jumpa lagi!

Tuesday, 15 November 2011

Mentarang oh Mentarang

Seperti yang dijanjikan, saya nak berkongsi cerita berkaitan mentarang. Apa benda mentarang tu? Bukan benda ye, tapi sejenis siput! hehehe.. Kalau nak tau lanjut blh tanya En Wiki (v. by the way, on our journey back to home from Sitiawan, we passed by several stalls selling mentarang. So, we decided to stop at one of the stalls. Ooo.. macam nie rupanya mentarang tu..
A Basket of Mentarang

Next to our table, there was a couple having a plate of 'seems very delicious food'. So we asked the tokey kedai, what is that? She said that it is mentarang goreng tepung. Wow! sounds great. So we ordered a plate of the dish for ourselves. Selain dari goreng tepung, mentarang ni boleh juga dimasak tomyam, campur dalam ns goreng, bakar etc. Ikut kreativiti masing2 la ye Kak Bedah.

Mentarang Bakar

And this is mentarang goreng tepung.. looks yummy huh? Try la...:)


Mangga nie percuma ye!

The best comparison rupa bentuk mentarang yang dah di buang kulit nie ala2 kepala sotong goreng tepung or kalau tak bersalut tepung tu, ala2 lala gitu ler.. Rasa? Ok la, worth try. Lemak-lemak skit, ala2 sotong goreng tepung or lala gitu ler.. siap ada pencicah (sos je). Sekilo RM12 - RM14, ikut size la..

It was a nice food but if you asked me to taste it again, NO thanks! Bagi saya, cukup le sekali je saya makan. At least, I am proud to say that i've eaten mentarang!. Bukan apa, saya nie susah sikit nak try makanan-makanan yang saya belum cuba, apatah lagi yang pelik-pelik. W/pun den ni asal kampung, jering ngan kerdas ai tak makan you! Petai ai makan ler, itu pun cubit2 manja je. Petai tu mesti fresh, petai jeruk ai tak makan ok! Kalau buat sambal tu mesti hiris kecik-kecik you. Berbalik ke mentarang tadi, nak kata saya akan pergi semula ke Sekinchan semata-mata untuk mentarang goreng tepung, rasanya idak ler. Kalau mengidam tatau la plak...:)

Selain dari mentarang, gerai-gerai sepanjang jalan nie menjual pelbagai hasil tani yang lain seperti ubi kayu, keladi, jagung, mangga, tapai ubi dll. Oops, if you stopped at any gerai yang jual mangga, jangan lupa beli jus mangga k! Ala, RM1 je satu cawan plastik tu. Memang sedap & refreshing.

Ubi kayu

Jagung

All in all, perjalanan saya hari itu amat menyeronokkan dan add colors to my life. Semoga diberi kemudahan lagi olehNya untuk saya meneroka keindahan alam ciptaan-Nya.. c ya!