Cerita kenduri 10.10.26 tempohari.
Kenduri pertama, kami raikan jemputan Tn Hj Azhar. Teruja betul bila dapat jemputan dari Tn Hj Azhar ke majlis perkahwinan anakanda tunggalnya. Teruja sebab kenduri ni berlangsung di Pondok Warga Emas, Yayasan Muhammadiah, Kg Kuantan Kuala Selangor. Mendengar perkataan pondok tu yang buat Ummi teruja.
Sebelum kita ke majlis perkahwinan ni, Ummi nak coret sikit kisah tentang pondok pengajian atau ringkasnya pondok. Warga Baling seusia Ummi pasti kenal akan institusi pondok ni. Di daerah Baling banyak pondok pengajian yang yang diasaskan oleh para ulamak. Antaranya yang terkenal termasuklah Pondok Lanai, Pondok Kg Pisang dan Pondok Sg Limau. Arwah ibu saudara Ummi; Tok Ngah Pah dan Tok Long Selamah pernah tinggal di pondok di usia emas mereka iaitu setelah kematian Chey Hussin dan Chey Saleh, suami masing-masing. Pondok mereka memang berupa pondoklah ketika itu iaitu rumah kecil dari papan dan beratap zink. Rutin mereka setiap hari ialah mengikuti kelas agama, mengaji Al Quran, solat berjemaah dsbnya. Seingat Ummi sewaktu Tok Long dan Tok Ngah tinggal di pondok, belum ada bekalan eletrik di tempat mereka. Hanya bertemankan pelita minyak tanah. Ummi tak ingat sangat berapa lama Tok Long dan Tok Ngah tinggal di pondok.
Tapi Ummi pernah ke pondok tempat Tok Long dan Tok Ngah tinggal sewaktu Ummi menyiapkan tugasan di universiti. Waktu ni pondok mereka sudah berubah wajah. Tiada lagi pondok papan tetapi diganti dengan bata dan simen. Tok Long dan Tok Ngah pun dah lama pergi tak kembali masa ni. Yang tinggal hanya kenangan indah bersama kedua mereka yang Ummi sayangi.
Kembali kepada tahun 2026 😊
Pengantin perempuan warga Thailand. Sewaktu majlis nikah dan kenduri belah pengantin perempuan ada juga jemaah surau yang dijemput mengiringi keluarga pengantin lelaki. Tak salah 2 van yang turut serta. Almaklumlah pengantin lelaki ni anak tunggal Hj Azhar dan Kak Nor, ramailah yang ingin meraikan hari bahagianya.
Terserempak dengan kereta Cik Leha berhampiran Templer, masuk LATAR dia bagi isyarat ajak berkonvoi. Cik Ana yang bersama Cik Leha pun texted Ummi minta slow sikit depa nak ikut belakang hehe...
Maka, berkonvoi la kami 2 kereta ke majlis ni.
Ni dah keluar dari LATAR. Lebat juga hujannya alhamdulillah.
Luas dan lapang kawasan pondok ni. Pondok modern katanya. Nanti kita tinjau ye ...
Jom isi perut dulu...
Sedap sungguhlah nasi kenduri ni... Tengok gambar pun terbayang-bayang lagi keenakannya terutama ayam tu. Macam ayam bakar tapi lembut juicy sangat.
Walid ambilkan juga kue tiau dan kuih muih. Ada cucur badak dan kuih seri muka. Kek gulung, apam balik, aiskrim Malaysia macam-macam lagilah makanannya. Hah ada juga goreng pisang dan keledek goreng panas-panas. Ummi dok jeling tu piring goreng pisang Cik Ana haha ...
Selesai makan tu kami bertegur sapa dengan jiran-jiran dan jemaah surau yang lain, sebelum minta diri untuk ke kenduri kedua.
Sambil-sambil tu tinjau kawasan sekitar sebab menarik kompleks pondok ni. Pondok ni konsepnya moden; dari segi fasiliti, design dan suasana tempat ni sendiri.
Lawakan...
Untuk majlis hari ni kafe tutup. Semua warga pondok makan kenduri.
Barisan rumah moden ala cottage yang dipanggil pondok moden. Cantik, baru dan selesa nampaknya. Jauh cantik dari yang Ummi bayangkan, berdasarkan pengalaman ke pondok sebelum ni. Setiap rumah di kompleks pondok ni dilengkapi aircond ye ... Ada pondok ni yang diwakafkan, ada yang sewa bulanan.
Bunga-bunga pun subur dan mekar berkembang... Agaknya tanah ni berkat kot, saban hari tanahnya disirami dengan amal ibadat, zikir dan alunan bacaan Al Quran oleh warganya.
Ini bangunan baru siap dibina. Meter letrik pun belum dipasang.
Terserempak dengan rombongan pengantin sewaktu keluar dari kompleks ni. Tak sempat nak tunggu mereka, kami perlu merentas negeri ke kenduri kedua.
Apapun alhamdulillah satu kenangan manis untuk kami. Terima kasih banyak Tn Hj Azhar dan keluarga atas jemputan. Seronok dapat turut sama meraikan majlis.
Selamat Pengantin Baru Asyraf dan pasangan. Baarakallahu lakuma wa jama'a baina kuma fil khair 🤲🏻
jauh mkn kduri...unik sbb tmpt wedding nya pondok warga emas...aritu dp tisu mcm tu juga pi wedding
ReplyDeleteJauh pun kita pergi MT, nak meraikan jemputan :)
DeleteHaah, dah bbrp kali juga dapat tissue gini
jika di kuantan ada nama kg kuala selangor..hihi. sekarang memang trend gift tisu macam tu.. ok gak
ReplyDeleteTerbalik pulak ye hehe...
DeleteYa, trend sekarang gift tissue gini.
Deus caritas est!
ReplyDeleteMenarik bila jemputan kenduri di Pondok Warga Emas ni membawa Ummi mengimbau kenangan Tok Long dan Tok Ngah. 🥹 Terbayang kehidupan mereka dahulu, mengaji dan beribadah dalam pondok kecil bertemankan pelita minyak tanah. Kenangan yang sangat berharga.
ReplyDeleteSangat teruja dan nostalgia. Terbayang suasana kawasan pondok dulu-dulu :)
DeleteAlhamdulillah meriahnya hidangan kendurinya. Kawasannya pun menarik. Dulu arwah tok (nenek) saya duduk pondok juga kat Guar Gempedak. Saya kedepannya pun berangan2 nak duduk pondok. Mungkin ini salah satu tempat pilihannya.
ReplyDeleteYa Allah, impian kita sama 😄
DeleteBoleh la kita berjiran di sini, jika ada rezeki hehe
Jadi sebenarnya ini sama tidak ya dengan panti jompo atau panti Werdha? Kalau di Indonesia ini macam fasilitas tempat tinggal dan perawatan untuk orang2 lanjut usia , yang mungkin sudah tidak ada keluarga, atau memang ingin tinggal di sana supaya tidak kesepian.
ReplyDeleteCantiiik memang tempatnya kak, apalagi dibuat macam kawasan rumah. Saya paliiing suka dengan bunga2 yang ditanam. Ini membuat suasana sekitarnya lebih meriah dan cantik
Nampak hidup subur tanaman bunga2 sekitar tempat tu.
ReplyDeleteMenarik pondok moden tu... ada kawan hantar mak dia ke pondok moden untuk belajar agama dan mengaji... tak berapa murah bayarannya sebab sekali sewa pondok dan makan.
ReplyDeleteWahhh kalau kat sini tunggu malam, boleh tengok kelip kelip ni.
ReplyDeletelain dari yg lain venue majlisnya, kat pondok
ReplyDelete