Tuesday, 20 October 2026

Menu Hujung Minggu II

Sabtu lepas masuk dapur awal, terus masak lauk. Walid dan Abang ke market, beli sarapan sekali. Jadi, Ummi tumpukan perhatian kepada masak lauk tengahari. 

Ummi buat teh tarik je...

Lauk pertama, udang masak lemak + pucuk paku. 

Menu kedua, sambal sotong.
Adik peminat sotong, tapi sambal sotong ni dia tak gemar. Minatnya hanya pada sotong goreng kunyit. Esok tu Ummi masak sotong goreng kunyit untuk dia.

Menu ketiga, ayam goreng celup tepung. 

Menu makan malam. 
Kue tiau ni beli minggu lepas lagi, masa anak-anak asrama balik. Standby untuk buat sarapan depa sekiranya PDPR diteruskan. Ahad tu kena balik asrama, jadi tersimpanlah keu tiau ni. Cukup seminggu baru Ummi keluarkan dan masak. Bak kata Ammi, menggigil² dalam peti ais tu 😁 

Ahad Ummi masak siakap stim limau. 
Kukus ikan dulu, berasingan kemudian baru buat kuahnya. Letak air sikit dalam mangkuk kukus tu untuk buat kuahnya nanti. 

Ummi guna sos Stim Limau jenama ni. 
Beli dekat kedai Eco. 
Tumis dulu bawang², halia dan cili hingga layu. Masukkan daun limau purut dan air dari ikan kukus tadi. Kemudian masukkan sos dan gaul sebati. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Sos ni masa masak tu rasa tajam (rasa cuka) tapi selepas dibiarkan kira-kira ½ jam, rasanya sedap. Tak lagi rasa cuka yang kuat. Apapun kena adjust dan sesuaikan ikut citarasa kita. Sedap je sos ni. 

Ada lagi menu lain, entry lain In Sha Allah. 




6 comments:

  1. Meriah makanannya. Alhamdulillah. Nyum!! Nyum!! Nyum!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Bila mood rajin mai, meriahlah menunya. Bila takdak mood tu, menu sendu ja haha

      Delete
  2. Sedapnya semua lauk yg sis masak ni 😍 Dah lama tak buat ikan siakap steam, tapi selalunya saya buat stim kicap Chinese style sbb anak2 suka versi kicap dari versi stim limau ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan siakap ni sedap buat steam pun kan, isinya banyak dan lembut.

      Delete
  3. ptg2 ujan dpt hirup teh tarik sedap tu...sedap tu lauk2nya ...lapar

    ReplyDelete