Thursday, 17 September 2026

Sushi Pulak 😅

Tugasan yang Adik dapat tidaklah sukar macam tugasan RBT Angah tempohari; hasilkan beg ergonomik. Tapi tetap mencabar sebab jangankan Adik, Ummi pun tak pernah buat sushi sendiri. 

Tugasannya berkaitan kepelbagaian bentuk makanan. Cikgu bahagikan kepada 3 kumpulan;

Team Sushi
Team Sandwich 
Team Vietnam Roll 

Adik Team Sushi. Bagus team dia, ada koordinasi kerja dan pembahagian tugas untuk bawa barang dan kelengkapan. Dari 3 team ni, hanya 2 teams siapkan tugasan sebab 1 team lagi tak bawa bahan/peralatan. Depa joined team sushi, tolong apa yang patut sebab team sushi pun ada member yang joined pertandingan nyanyian Merdeka waktu yang sama. 

Adik kata dia nak bawa ramen, untuk isi sushi. Laju je ye volunteer bawa ramen, kesukaan dia kan... Ummi okay je asalkan jangan suruh bawa nasi sushi tu. Ummi tak pernah masak, hatta tak pernah pun pegang beras sushi/ beras sumo tu. Risau takut tak jadi pulak kalau Ummi yang masak. Plus Isnin tu Ummi kena hantar Adik ke sekolah sebab Walid ke Putrajaya. Kalutlah nanti. 

Tup-tup dia pakat dengan Syirah, dia bawa nasi sushi. Syirah pula tukang beli berasnya. Katanya si A tak dapat bawak. So Adik ambil tanggungjawab. 

Jumaat malam Syirah hantar beras dan rice paper ke rumah. 

Ummi pun nak tak nak kenalah tolong Adik masak hihi ... 

Testing dulu secawan beras... 

Dia macam ketam ajar anak jalan luruslah ye 😂😂😂
Ummi pun tak pandai jadi kita hantam sajalah Labu :p

Boleh la, huduh-huduh (hodoh², tak berapa kemas) kata orang Kedah. Asal nampak rupa je la Dik...

Ahad malam Ummi suruh Adik masak siap-siap nasi sushi ni. Risau takut esok pagi tak sempat nak sejukkan, nanti basi pulak kalau tutup bekas panas-panas. Risau ye nak bawa benda makan ke sekolah sejak ada kes keracunan makanan yang melibatkan nyawa beberapa tahun lepas tu. 

Belum gaul cuka, takut terlebih masam pula kalau diletak cuka semalaman. 

Jenis seaweed yang digunakan. Seaweed ni kawannya bawa. Ummi simpan gambar di sini supaya senang nak refer.

Hasil kerja Adik dan kawan-kawan sekumpulan. Alhamdulillah jadilah esp untuk pertama kali buat. Good job anak² 👍🏻👍🏻👍🏻

Ini pula khabar beg ergonomik Angah tu.
Dah selesai submit dan present kena buat poster pula untuk iklankan produk ni. Untung ada AI, senanglah nak hasilkan poster begini. Beg ni dia bawa pergi prep kata Angah. Nak juga Ummi tengok rupanya selepas dijahit, tapi asyik lupa nak pesan supaya Angah bawa balik. 

Benda kecil bagi orang lain, tapi bagi Ummi tetap satu pencapaian, pengalaman. Dek kerana anak², Ummi juga belajar cara menghasilkan tote bag dan masak nasi sushi. Flip tudung sikit :p

23 comments:

  1. boleh ea, guna paper rice tu. nice.
    kita buat kimbap guna beras biasa ja, hahaaa. nasi tak habis, buatlah kimbap, gerenti licin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kawannya bagi, PH guna je la utk demo. Masa hari kemudian, diorg guna seaweed. Senang sikitlah menggulung. Rice paper tu melekat dekat tangan, asyik terburai je intinya 🤭

      Delete
  2. kalau ada sushi mat tu lagi kemas gulungannya... tp tak apa laa janji ada kannnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya diorang agih bahan/barang yg nak dibawa hari kejadian. Utk testing ni kita demo dgn apa yg ada je. Kesahnya 😁

      Delete
  3. Good job Ummi dan adik. Takpe, sama-sama belajar buat gitu kan. Excited dorang nak membuat. Boleh tambah ilmu dan skill sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq TiZah.
      Sekurangnya tahulah mencabar juga wpun nampak senang je. Bak kata Kak Tot, beli lagi senang 😁

      Delete
  4. Good job adik dan kawan2 👏🏻👏🏻 aunty minat sushi tapi tak pernah lagi buat sushi sendiri hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Aunty.
      My advice, beli je sis. Berchenta nak gulung sushi ni 🤭

      Delete
  5. Wahhhhh tahniah ibunya, anaknya dan kawan-kawan anaknya sebab berjaya menghasilkan sushi yang molek kejadiannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tunjuk yg molek je Ksarie. Yang berderai tu, simpan. Aib hahaha 🤣

      Delete
  6. kalo dpt team sandwich senang...apa2pn tahniah adik & team berjaya buat sushi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sandwich kita biasa buat kan. Sushi dan Vietnam roll ni nak menggulung pun satu hal, mencabar wpun nampak senang.

      Delete
  7. Tahniah..tak pernah juga buat sushi :)

    ReplyDelete
  8. Good job, Adik dan kawan-kawan, dan Ummi juga, kerana banyak membantu. 👍👏👏 Saya pernah tengok di TV je, dia kena ada tikar kecil yang bantu gulung sushi tu, bagi kemas. Tengok memang nampak mudah, cuba kita buat sendiri, kan. Makan juga yang senang. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa testing takde tikar tu (sushi mat) Nur, kita gulung gitu je la buat demo. Rice paper tu pun kemain susah nak gulung, melekat dekat tangan. Masa buat di kelas tu diorg guna seaweed dan sushi mat. Cantik jugalah hasilnya.

      Itulah, beli lagi senang Nur 😁

      Delete
  9. Nampaknya menjadi jugak tu sushi adik. Bukan senang nak gulung jadi kopek dan tak berderai bila potong. Lapar pulak kita tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah SK. Bak kata Nur, beli lagi senang hihi

      Delete
  10. Kalau tak pernah buat memang susah la PH...Kalau ada penggulung sushi tu mungkin bentuk dia cantik sikit. Nama dia bamboo sushi mat.

    ReplyDelete
  11. hmmm...bila ada tugasan sekolah yg sukar si ibu akan memainkan peranan agar tugasan anak bakal selesai dengan jayanya...

    ReplyDelete
  12. Sushi ni mmg kena letak cuka, barulah melekat..
    Saya pernah buat onigiri pakai beras jepun tpi tak bubuh cuka. Nasi tu berderaila 😅

    ReplyDelete
  13. Cie pernah buat sushi guna beras biasa je. Gaul dengan cuka.

    ReplyDelete