Senin = Isnin
Kalau orang tua-tua di kampung Ummi, dema (loghat Baling dema, loghat Kedah depa) sebut seney/seneng.
Masjid Besi Putrajaya
Menjelang Subuh Walid dah sampai di masjid ni. Solat Subuh kemudian memulakan kerja lapangan di sana.
Tugas Ummi la hantar Adik ke sekolah hari ni. Alhamdulillah smooth perjalanan pergi balik.
Abang ada Speaking Test pagi ni juga. Patutnya Sabtu lepas tapi salah seorang ahli group tak sihat, terpaksa tangguh ke hari ni. Dekat sana ramai tak sihat. Influenza. Ada yang kena kuarantin. Risau betul sebab dah nak final exam awal bulan depan. Sekejap je Abang belajar, dah nak habis Sem 1. Kita yang tengok ni rasa sekejap tapi yang menghadap tu rasa lama kot π€
Belah keluarga hubby ada juga di Baling, kalau saudara mara berborak, saya ternganga sekejap. Dah lama sikit baru absorb, suka dengar bahasa yang jarang guna.
ReplyDeleteLa iye ke? Nanti boleh datang ke kampung Sy :)
DeleteSy pula suka dengar ofismate orang Lipeh berborak sesama depa. Sedap je bunyinya
Selalu jugak eja senin tu untuk Isnin π
ReplyDeleteKan :D
DeleteCepat betul ya, dah nak habis semester. Semoga anak-anak kita baik-baik je, nak menghadapi final exam.
ReplyDeleteBegitulah, rasa baru je hantar ke sana... Aamin utk anak2 kita
DeleteSenin memang perkataan klasik dan jarang juga orang guna...sekarang standard guna Isnin
ReplyDeleteKalau berborak tu kadang guna juga Senin. Menulis tu biasanya Isnin la cuma kali ni kita nak imbau kenangan sikit :)
DeleteAkak suka dengar loghat orang Kedah kadang tersasul ikut cakap depa. Orang kodah baik2. Anak saudara kahwin dgn orang Kedah pernah bawa anak pokok palas nak tanam kat muar. Dah me rimbun daun palas kat kebun Nun. Kak nong dah belajar anyam ketupat palas sesekali dapat le rasa ketupat palas orang muo buat.
ReplyDeleteJauh anak palas tu berhijrah hehe... Dekat rumah Sy dulu pun arwah Pak tanam pokok palas Kak Notie. Membiak banyak. Kami anytime boleh makan ketupat palas, tak payah masuk hutan cari.
Deletedah macam loghat kelantan pula yaa
ReplyDeletetau laa dok kat sempadan negeri hehehe
dah masuk semester berikutnya akan ada lbh byk tugasan laa nampaknya lps ni...
all the best!
memang masa sekarang ni, sekejap je terasa.. dah akhir zanan kan
ReplyDelete