Monday, 31 August 2026

Food Hunting Edisi Merdeka ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2026! 
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 

Acara wajib pagi hari Merdeka semestinya menonton perarakan. 

Abang pun tengok perarakan juga ๐Ÿ˜
Dah diasuh sejak kecil hihi... 

Sempena hari istimewa ni, banyak promosi yang ditawarkan terutama bahagian F&B. Kali ni Ummi dan Angah plan awal nak grab promo Merdeka. Ada geng ni seronok sikit nak rebut peluang begini. Cuma, kawasan terjahan kami di sekitar jajahan Sri Gombak sahajalah. Malas nak keluar jauh². Di SG ni pun dah ada macam² kedai. Kedai Eco je takde. Eh ๐Ÿ˜…

Mula-mula kami ke Ayam Gepuk Top Global, di Urban 360. 
Set Merdeka yang ditawarkan oleh AGTP RM 19.57 untuk 2 set nasi ayam gepuk bersama 2 gelas air sirap. Mula tu tak dapat tangkap kenapa RM 19.57. Lambat pulak loading cuti-cuti ni ๐Ÿคญ

Sedap ye AGTG ni....
Nanti boleh dine in di sini. 
First time datang sini wpun selalu lalu je depan Urban 360 ni. 

Second stop, CU. 
Nampak menarik juga promonya tapi bila nak order yang kami berminat tu, rupanya item yang ada dirak (ready to eat). Ingatkan makanan yang kena order dekat kaunter. Jadi, beli watermelon milkshake je, RM9.99. 

Posing sebelah Kak Mira Filzah nampak :p
Ni singgahan ketiga, nak grab Buy 2 Free 1 offer. 

Choc Indulgence (wajib la beli kan kalau masuk SR), New York cheesecake dan Triple Hokkaido Choc Cake. Total spent RM 27.00 untuk 3 slices of SR cake. 

Marrybrown pulak. 
Offer menarik juga. Menu wajib beli set nasi lemak (RM15.99) dan untuk second item baru boleh pilih antara nasi ayam, nasi kandar, bubur ayam atau bubur pedas. Harga second item ni hanya RM6.90, represents 69 tahun kemerdekaan negara kita. 

Kami pilih nasi kandar untuk second item tu. Nasi lemak takde telur rebus, nasi kandar ada telur rebus sebiji. Keduanya dihidangkan bersama papadom. Kuah kari nasi kandar tu not bad rasanya. Tapi rasanya mild la bukan pekat macam kari mamak. 

Ingatkan air termasuk sekali dalam set ni tapi bila tengok resit air caj RM1/cup. Sepatutnya satu pink lychee, satu lemonade tapi dapat pink lychee dua-dua. Ummi pun tak check sebab tadi agak ramai pelanggan yang nak grab offer ni. Dekat SR pun sama, ada 2-3 pelanggan yang grabbed offer ๐Ÿ‘†๐Ÿป
Tapi okay je dapat air pink lychee dua-dua pun, sebab sedap. 

Lastly, kami singgah di Kopi Saigon. Angah excited nak beli kopi di sini. Itupun dia risau takut tak sempat grab offer RM 6.90 ni sebab offer ni limited untuk 100 orang terawal je, di setiap outlet Kopi Saigon. Alhamdulillah ada rezeki Angah. Senyum lebar dia :) 

Alhamdulillah mission accomplished. 
Tq Walid layan misi Ummi dan Angah kali ni ๐Ÿ˜

Semoga negara kita terus makmur, harmoni dan dirahmat Allah SWT selalu hendaknya ๐Ÿคฒ๐Ÿป 





7 comments:

  1. Lain macam sambutan merdeka nya.. hihihi

    ReplyDelete
  2. Haha hamboi² kemain dia grab promo.merdeka ye arini haha aisey kita terlupa plak pasal promo² ni... mmg dok pk nak makan apa.. bosan tadi dok lepak²...kalau tau tadi mmg akan terjah mana² promo... aishh rugi²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh kejap..kenapa masa kat komen tu pukul 5 pagi eh? Hahah padahal dok komen ni dah pukul 9.malam ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

      Delete
  3. Selamat Hari Merdeka. Moga negara kuta terus aman makmur.

    ReplyDelete
  4. Terlupa nak grab promo merdeka ni.

    ReplyDelete
  5. slmt hari merdeka
    wahh mcm2 grab
    ada promo rupanya

    ReplyDelete
  6. Waaah banyaaaak promo saat hari merdeka yaaa. ๐Ÿ˜„. Kemarin tuh di sini juga ada beberapa promo , tp karena saya malas nak keluar saja ๐Ÿ˜…. Akhirnya tak ada yg di grab

    ReplyDelete