Selesai urusan di market, ajak Walid makan roti canai di Warung Man Black di Bolton. Owner warung, En Man memang patriotik orangnya ππ» Saban tahun warungnya meriah dengan pelbagai jenis deko merdeka; bendera, poster di dalam dan luar warung.
Dalam banyak² hiasan tu, poster² Perdana Menteri Malaysia dari yang pertama hingga sekarang paling menarik perhatian Ummi. Lawa sangat. Ada beberapa orang kanak² pun dok perhati je posters ni.
Good job En Man, semoga usaha begini dapat diteruskan di tahun² akan datang. Mungkin boleh jadi ikutan peniaga² lain juga.
Roti canai banjir kegemaran sayaπππ
ReplyDeleteDekat hosp pun dah pasang bendera.. tahun ni Linda pasang dalam pejabat je.. malas nak memanjat² dekat luar
ReplyDeletebagusnya owner kedai yg patriotik gini. haritu lalu depan pangsapuri, setiap tingkat tu diorg gantung dgn bendera. semangat sungguh!
ReplyDeleteKalau roti canai akak pun suka banjir.
ReplyDelete