Saturday, 4 July 2026

Catatan 18 Muharram 1448H

Rezeki dari surau. 
Angah bawa balik untuk Ummi. Penceramah tak jadi datang kuliah Subuh. Kalau ada kuliah, makanan diedar selepas kuliah. 

Baca MStar, nampak berita ni.
Ini memang benar, terjadi dekat Abang masa belajar kereta itu hari :( 

Merasa juga Bubur Asyura. Tapi bukan versi Utara yang diidamkan. Nampak gaya kena buat sendirilah kalau teringin sangat. Yang surau buat ni versi Kelantan rasanya. Ada rasa rempah tapi rasa manis pun ada. Atasnya ditabur hirisan telur dadar. Kalau versi Utara ada kekacang, keledek dan rasanya manis. Yang Adik bawa balik minggu lepas, bubur jenis cair macam bubur lambuk. Seronoknya kita di Malaysia ada pelbagai cara dan citarasa dalam masakan. 

Selain kuah durian, satu lagi menu berasaskan durian yang Ummi teringin ialah cucur durian. Cucur durian ni macam cekodok pisanglah bahan dan cara memasaknya. Cuma gantikan pisang dengan isi durian yang dilenyek. Isi durian tu dilenyek bersama gula dan secubit garam. Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder sikit. Kemudian tambah air suam, gaul sebati. Adunan jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Jemput/sudukan adunan ke dalam minyak panas. Goreng kekemasan, angkat dan toskan. 

Cucur durian Tok selalu buat untuk sarapan. Kuah durian Tok tak pernah buat tapi Tok selalu buat lempok. Ummi tak makan lempok, tapi arwah Pakcik suka. Walaupun tak makan, tapi Ummi suka tolong Tok kacau lempok. 

Lewat petang, keluar beli baju Melayu untuk Angah. Baju Melayu sedia ada dah kelabu asap 😅








13 comments:

  1. Teringat waktu belajar memandu dulu. Memang selalu kena marah oleh cikgu nyonya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena marah biasa takpe Kak Amie, jangan menengking dan mencarut atau menghina pelajar 😬

      Rezeki Sy dapat cikgu memandu yg baik dan lembut orangnya.

      Delete
  2. Saya pun rindu nak makan bubur asyura versi utara. Versi Kelantan warna gelap, terkejut juga masa pertama kali saya tengok.
    Ini blog kedua saya baca ada buat cucuq doghoyan. 😋
    Wah, ye ke instructor sekolah memandu sekarang garang-garang? Dah la bayar mahal, lagi mau garang dengan kita? Ape daaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun tengok dekat blog kawan kita juga (,lupa siapa) tu yg teringat nak buat cucur durian ni.

      Tak kisah pun nak marah , tapi janganlah sampai menghina dan menengking tak tentu hala. Ajar la elok². Tak rugi pun berbuat baik dgn orang nanti yg baik juga kembali kpd kita.

      Delete
  3. Allahu. Tak baik betul sampai keluar perkataan mencarut. Alhamdulillah dulu cikgu memandu saya baik je, takde marah2. Setakat tegur2 guna nada yang baik yg je. Cikgu yg mengajar bawak motor pun sama tapi kalau dgn budak2 lelaki dia kasar sikit sbb rata2 yg amik lesen motor tu budak2 rempit 😅 mmg gitu bahasa dieorg kot. Tapi mat rempit tu jugak la kongsi tips kat saya macamana nak konar tak lepas garis putih sebelum ujian JPJ hihi. Alhamdulillah lulus sekali test tak payah repeat padahal part tu yg selalu fail time praktis 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. He used demeaning words etc. Malas nak sebut, but kita as a mom pun rasa terluka sis orang panggil anak kita gitu :(

      Sy pun dapat cikgu yg baik dan lembut orangnya wpun lelaki. Selesa la kita nak belajar. Sebab mmg zero knowledge pun pasal driving. Bila diajar dgn elok, memang senang nak faham. Ini tidak, menekan² 😬

      Delete
  4. KSarie pernah pengalaman pahit juga dengan guru memandu dulu. Geram je bila diingat semula. Awak udah jenis blur-blur begitu. Macam sedapnya cucur durian itu

    ReplyDelete
  5. sy tak ada pengalaman kena marah ms belajar driving dulu. tp yg sy pasti jgn ambil kelas memandung selepas tgh hari... cuaca panas lg cpt buat cikgu2 tu panassssss kalau kita buat silap ;-)

    ReplyDelete
  6. Kesian kalau student kena marah jenis menengking... marah boleh tapi berpada-padalah.. kita bayar dia untuk belajar.
    Zaman akak belajar dulu, cikgu jenis wak-wak.... mendatar je cakap tapi kaki pijak brek hehe. Baru sekali dua ajar dah kena pandu kereta kat jalan sebab cikgu ambil dari rumah. Kita dahlah gigil.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah cikgu memandu saya dulu baik sangat walaupun kita ni jenis slow sikit. mesti dia kecewa kalau tengok saya yg sampai sekarang masih tak berani drive kereta ahahaa :p

    ReplyDelete
  8. waaa terliurnya bubur asyura tu...memang kelantan style tu!!!

    ReplyDelete
  9. Akak suka bubur style bubur lambuk. Versi utara Dan kelantan tak boleh masuk.

    ReplyDelete
  10. Hahahha kelas memandu. Ammi pernah kena dulu back in 2007. Masa tu kita dah kerja jadi keberanian tu dah ada. ammi cakap "cikgu cakap je elok-elok tak perlu sindir-sindir saya....saya tak belajar percuma ye". Ni sikit-sikit ayat dia "side mirror tu bapak sapa nak dtg periksa?", cermin tu ada hantu ke nak tolong betulkan? ehhhh dia ni

    ReplyDelete