Wednesday, 24 June 2026

Beli Durian @ FAMA Selayang

Sekarang sedang berlangsung Jualan Buah-Buahan Bermusim di Ibu Pejabat FAMA berhampiran Stadium Selayang tu. Program sampai Jumaat ni. 

Tengok poster Musang King RM14.90 tu memang tergodalah kan... Jadinya hari ni Ummi pergi ke jualan ni. 

Ni yang RM14.90/kilo tu... Buah elok nampaknya. Ada juga MK sekilo RM9.90, buah lama sikitlah sebab nampak ada yang pecah².

3 biji MK ni harganya RM53.60. 
Ummi minta staff FAMA belah siap² bahagian pangsa, nanti senang Ummi nak kopek buah durian ni.

Ummi beli juga 2 biji durian kampung dan sebiji cempedak. Durian kampung RM4.90/kilo. Cempedak pun sama harga. Total 2 biji durian kampung dan sebiji cempedak ni RM23.20. 

2 biji MK selepas dikeluarkan dari kulitnya. Sebiji lagi untuk Ummi makan nanti. 

Ini pulak durian kampung. Ingat nak buat kuah durian sikit. Biasanya Ummi tak simpan durian begini. Beli dan makan terus tapi sebab semua dekat asrama, simpankan aje dulu. Tak habis nak makan sorang². Adik tak makan durian, Walid makan la sikit². 


Manggis pun ada tapi Ummi tak beli. 
Kalau rambutan sahih dah beli. Sebab Ummi suka rambutan compared to manggis. 

Apapun alhamdulillah dapat yang dihajati, raja buah. 


 


28 comments:

  1. Ya allah tgk durian mmg tergoda sungguh kan... nak makan byk tp ghisau gula naik tiba² haahha

    ReplyDelete
  2. Suami SA tengah pujuk SA beli durian lagi..eh..eh...risau plak naik gula tu kang...sabar aje la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ... Memang tak boleh tengok saja, buah tengah meriah ni. PH pun rasa nak beli lagi

      Delete
  3. Banyaknya posting durian, kena tunggu hubby sebab tak pandai beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami terbalik, Sy lebih pandai beli compared to my husb. Sebab dari kecik dah biasa kutip buah durian di dusun :)

      Delete
  4. Menarik ni sis.Tp sedih sbb x sempat nk pegi =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe sis, skrg banyak tempat jual durian 🤗

      Delete
  5. wah bestnya. Tak pun buat lempuk kalau banyak at least tahan lama. Boleh makan dengan roti kalau buat cair sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy tak minat lempuk Kak Notie. Tapi betul kalau lempuk mmg tahan lama kan. Arwah Mak dulu rajin buat.

      Delete
  6. Sana sini tengah musim durian, murah pulak tu.. dalam esboz ada sebekas tu semalam Laki beli..nak makan seramm.. nak amik darah ni next week huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena puasa durian dulu la sis. Lepas amik darah pekena la balik 🤭

      Delete
  7. Sana sini sekarang meriah dengan durian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul. Time tengah banyak ni la kita ambil peluang beli dan makan sepuasnya

      Delete
  8. Musim durian skrg ni memang durian di mana2 je. Murah betul harga tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah sangat. Bolehlah beli tanpa rasa bersalah hihi

      Delete
  9. Bulan jun-july ini memang musimnya durian kaaaan. Itu yg bikin saya sering ke Malaysia saat jun-july. Kemarin tp puas makan durian di Johor. Memang sedap2. Cuma durian kampung saja yg kurang manis. Lainnya memang maniiiiis sangat dan creamy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu dah selamat sampai di Jakarta ya Fanny? Alhamdulillah.

      Peminat durian juga rupanya kamu ya. Boleh geng sama kakak:)

      Durian kampung ada rasa tersendiri. Wpun kurang manis dan berlemak tapi ada enaknya

      Delete
  10. Esok kena pergi ke camne ni..?? Hahaha.. tapi kita naik motor je...😄😄..

    ReplyDelete
  11. MZ lom mkn lg durian utk season ni...teringin gak niiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat² MZ... Tumpang tengah banyak ni, harga dropped

      Delete
  12. Sedapnya buah2an tempatan ni. Musim durian sana sini ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Cie. Semua tempat ada durian skrg ni.

      Delete
  13. Ammi kalau ada durian mmg Ya Allah memanggil2 je dia dr dalam fridge tu. Makan jelah terus tanpa rasa bersalah.

    ReplyDelete