Abang dapat Asasi di sebuah universiti di Pantai Timur. Jauh merantau demi menuntut ilmu. Kira hijrah jugalah kan... Bertepatan pula dengan bulan Muharram ni, yang significant dengan hijrah Nabi SAW.
Sebenarnya Abang dah mendaftar secara online awal bulan hari tu. Minggu pertama ada orientasi online. Minggu kedua start kelas online. Minggu ketiga ni baru daftar secara fizikal di Pusat Asasi (PA). Yuran pengajian untuk Semester 1 RM1449. Yuran ni termasuk asrama. Bayaran secara online sebelum mendaftar secara fizikal.
Kebetulan Angah dan Kakak PB, dapatlah ikut.
6 bulan jugalah Abang duduk di rumah sejak SPM tahun lepas.
Rizqi, ayahnya dan atoknya melambai dari jauh. Touching pulak, macam diiringi oleh lambaian ahli keluarga. Jiran pun ibaratnya keluarga terdekat kita kan?
Sampai di Pusat Asasi (tempat Abang sambung belajar), tour dulu tempat ni. Sakan jugalah ambil gambar sebab takde orang time ni. Esok hari daftar confirm tak sempat dan segan nak berposing sakan :)
Pukul 5 pagi Ummi dah touch up baju kemeja Abang. Tak boleh tidur sebenarnya, memikirkan anak bujang ni nak berkelana jauh dari Ummi. Takut overslept pun ye 😂
Penat kan seharian atas kereta.
Sesi pendaftaran Abang pukul 1100-1300. Bagus bila ada time slot begini, senang nak urus masa dan elakkan kesesakan. Mak ayah datuk nenek adik kakak semua boleh datang. Cuma untuk masuk ke dalam dewan pendaftaran, hanya pelajar sahaja dibenarkan masuk.
Serah borang BKA, dapat beg antaranya berisi t-shirt, kunci bilik dan kupon makan untuk seminggu. Sebab orientasi online, jadi PA bagi kupon makan sebagai ganti. Kalau orientasi fizikal makanan disediakan sepanjang minggu orientasi. Selain pelajar Asasi, turut mendaftar hari yang sama ialah para pelajar Diploma.
Macam berjanji pulak, semua pilih cadar warna blue black @ hitam.
Semua dah diberi nombor katil, loker dan meja masing² jadi takde isu berebut katil. Tapi boleh tukar suka sama suka. Macam Abang, dapat katil atas. Tapi, request dengan roommates dia siapa nak tukar katil. Tq T, sudi tukar katil 👍🏻
Bantal kecik tu bantal Ummi. Buat ubat rindu katanya 😁
Selesai mengemas, acara bebas.
Pukul 2 nanti masuk semula ke dewan untuk taklimat.
Alhamdulillah selesai seperti dijadualkan.
Semoga cemerlang ye Abang ❤️



Kenal sangat lambang tu.. good luck abang.. terima kasih share gambar bilik yang menggamit memori...
ReplyDeleteWah iye Linda? Junior Linda la kiranya Abg ni hehe
DeleteTahun pertama duduk blok lama(yg abang duduk sekarang ni la), tahun kedua duduk rumah yang style apartment tu, tahun ketiga duduk menyewa dekat luar... Dulu kolam, masjid tak siap lagi..sekarang katanya dah ada.. Linda memang tak pernah pergi lagi lepas habis konvo..nak release tensen, jalan kaki je p pantai..
DeleteNasib baik Angah dan Kakak ada. Bolehlah ucapkan selamat belajar sama-sama.
ReplyDeleteRezeki diorg dapat ikut sekali. Merasalah pengalaman hantar Abg masuk U :D
DeleteAlhamdulillah. Cantiknya bilik dorm abang. Semoga abang berjaya dengan cemerlang dalam pengajiannya 💪🏻
ReplyDeleteAamin aamin terima kasih sis 🤲🏻
DeleteAlhamdulillah...syukur abang dah sambung belajar..Asasi setahun je kan...lepas tu boleh terus degree...macam Dania...wah kakak pun ada, angah pun ada membantu...
ReplyDeleteYe SA asasi setahun, then degree situ. Jadi orang Ganu la Abg hikhik
Deleteall the best utk Abg! moga terus sukses belajar kat tmpt baru
ReplyDeleteAamin tq doanya 🤲🏻
DeleteIkutkan pilih UIA sbb dekat, tapi rezekinya jauh nun di Pata Timo :D
ha ah, UIA memang dekat!! my zharfan almost everyday balik rumah wpun amik hostel/mahallah kat uia tu..so memang lega dpt tgk anak hari2 haaaha pe'el mak2 sgt!!
DeleteAlhamdulillah. Good luck =)
ReplyDeleteTq sis 🤲🏻
DeleteSemoga dipermudahkan urusan untuk belajar...jihad ilmu...
ReplyDeleteTq Sue 🤲🏻
DeleteJauh abang berkelana menuntut ilmu kali ni. Semoga abang baik² di sana dan semoga kalian tabah berjauhan. Kita pulak yg sebak ni, PH.
ReplyDeleteItulah SK, rezekinya nun jauh di Pata Timo: D
DeleteSo far so good alhamdulillah
semoga serasi dengan teman sebilik... mung balik sini mung jangan cakap ganu pulok dengan family hahah
ReplyDeleteHahaha 😂
DeleteTak berjodoh dgn Kyra, elok regi di sana, baru dapat offer KMNS :)
good luck abg..tempat aunty&uncle study juga ni,insyaAllah abg seronok di sana
ReplyDeleteWah tak sangka, Aunty & Uncle alumni situ ye... So far dlm proses nak biasakan diri, setelah ½ tahun rehat dari belajar 😁
DeleteAlhamdulilah tahniah abang... walau jauh di sana, tapi tetap dekat di hati ibu ayah ye...
ReplyDeleteSentiasa dan selamanya kekal di hati. Ecece 😁
DeleteAlhamdulillah! Tahniah buat anakanda PH.
ReplyDeleteJauh dia merantau. Best jugak lepas ni bolehlah selalu PH jalan-jalan Ganu ya 😀
Jauh Abang, sampai ke Ganu ya. All the best pada Abang, semoga Abang baik-baik saja. 🤲
ReplyDeleteSepanjang study kat sana, kalau ada masa lapang, abang kena ambil peluang berjalan² sekitar Ganu.
ReplyDeleteWah tahniah Abang. Jadi orang ganu ye. Nampaknya nanti PH asyik ke pantai timur je. Semuga di permudahkan urusan belajar.
ReplyDeleteAll the best abang. Moga cemerlang dunia akhirat
ReplyDeleteAiiiih jadi ingat momen2 sekolah dulu lah 😄❤️❤️❤️. Semoga Abang betah di asrama , dapat teman yg baik2 ya ☺️☺️
ReplyDelete