Dah seminggu buah hati Ummi di perantauan. Hari² Abang hantar report aktiviti dia di sana...
Lewat dah makan pun...
Anak panah atas bawah tu Ummi tak tanya pulak untuk apa. Fokus tengok Abang makan lauk apa. Mak² kan, bab makan anak² ni memang concern π
Murah makanan dekat sana.
Telioq Ummi pun tengok nasi goreng ni π
Kena bangun sendiri, takde siapa nak kejut macam duduk asrama sekolah menengah dulu. Hari ni Ummi buat wake up call, risau terbabas tidurnya.
Air dalam botol tu cepat je habis sebab Abang kuat minum air, plus kena berjalan jauh dari asrama ke bilik kuliah atau pun nak ke masjid, cafe dsbnya. Memang dahagalah. Malam² masak air siap² dalam kettle yang dibawa tu, transfer dalam bekas air lain dulu. Botol air ni beli di sana. Ikut dia nak isi air dalam botol air mineral je. Agak² la Abang ooi π
Bihun goreng telur mata RM5
Alhamdulillah so far okay je Abang. Adalah homesick sikit awal² hari tu. Dah lama kan duduk rumah, now kena restart balik routine ke kelas pagi², berat sikitlah awal² ni. In Sha Allah berkat DOA semua Abang kuat dan segala urusan dipermudahkan oleh-Nya.
Zaman skrg ada whatsapp senang mak2 nak pantau anak2 yg duduk di perantauan π zaman kita dulu mungkin sebulan sekali baru dapat call bertanya khabar dengan parents di kampung kan. Alhamdulillah skrg teknologi makin canggih bila2 masa boleh VC dan call.
ReplyDeleteWah murah harga makanan kat sana kan. Kat belah Pantai Timur jarang2 jumpa kedai yg tak sedap. Rata2 mmg sedap dan murah.
Aah ye ... Abang pun pagi² kalau takde kelas VC dulu dgn Umminya. Nak tidur pun call juga kadang tu.
DeleteYe, sana dah la murah, sedap² pulak tu. Heaven π
ok juga byk di update...tisya dlu byk update kt ayah dr mamanya...sbr je la...smoga abg dpt sesuaikan diri tmpt baru
ReplyDeleteHaha... Daddy's girl kan, gitu la :)
DeleteAlhamdulillah masuk minggu ni okay dah. Sibuk dgn kelas dan tugasan
saya pulak yg curious anak panah tu nak cakap apa sebenarnya xD
ReplyDeleteinsyaAllah lambat laun mesti abang dpt sesuaikan diri
Nanti Akk ty Abang ahahaha π
DeleteAamin begitulah harapnya π€²π»
Abang baik² jer tu, tapi Ialah, jiwa mak ni tetap rasa sayu bila anak jauh di perantauan. Abang pandai bawa diri, campak ke mana pun tetap tabah ya, abang.
ReplyDeleteBiasa la SK, mola-mola ni pakat rindu-rinduan la π
DeleteAlhamdulillah, seronok tengok Abang rajin hantar report kat Ummi. Sejuk perut ibu mengandung. Mula-mula ni memanglah ada rasa homesick sikit, lama-lama nanti dah jumpa kawan mesti dah tak menang tangan nak melayan aktiviti kat sana. Moga Abang terus kuat dan dipermudahkan segala urusan belajar!bab makan sedap tu x bleh tahan tu....kalau aunty lupakan aje la hasrat nak kurus..sana makan memang murahhhhhh
ReplyDeleteItulah, kita pun rindu kat dia, dia pun dapat rasa lah kan. Tapi minggu okay dah, banyak kelas dan dia dah mula atur jadual dia dgn lebih baik.
DeleteItulah, besar dugaan Abang nak diet hihi
alhamdullilah murah makanannya, terharunya dengan peniaga yg meniaga untuk membantu pelajar.
ReplyDeleteKos sara hidup di sana lebih murah agaknya LM, boleh la jual murah esp utk students
Deleteabg dah kenal warung mekfly aka kedai lalat belum?hihihi
ReplyDeletedulu situ la tempat kami makan nasi goreng RM3 dgn portion banyak,makan separuh simpan utk malam pula..maklum la student
Umi jangan risau InsyaAllah abg ok..situ kan negeri paling bahagia
Jap², celah mana kedai ni kak?? Hahaha...Linda kadang tu, p makan tak tau nama glamer kedai pun..
DeleteKak Afzan pun senior Linda la Gini??
Kalau nak jimat, selalu kita brunch je... Malam makan roti je
Rasanya tak habis explore lagi tu. Sbb nak habiskab kupon makan, which is valid guna dekat kolej je.
DeleteKita dulu brunch je. Malam makan bun sweetie tu je. Kalau lapo sangat beli nasi bujang. Itu pun seminggu sekali je kot mampu hihi
tempat kyra pun jauh2 semuanya. nak ke cafe, surau, kuliah. Tu yang jadi solat dalam bilik je sebab jauh sangat katanya...
ReplyDeleteAah ye kena banyak berjalan. Pengarah pun dah pesan, pagi keluar petang karang habis kelas baru balik bilik.
DeleteMemang jauh²...kalau dah p kampus, tak balik dah.. duduk la sampai petang.. lepas tu, risau juga lalu jalan biawak tu bila orang tak ramai..
ReplyDeleteBetul Linda, tunggu habis kelas petang karang baru balik bilik. Tang mana pulak jalan biawak ni? Abg belum citer hihi
Deletetak tau la sekarang nama lain ke cmne...tak tau ada lagi ke tak pun.. dia macam jalan belakang, tapi lagi dekat dari ikut depan..cuma kdg2 ada biawak beso2 la tumpang lalu sekali, dekat dengan pantai dan semak2 (dulu la).. sekarang tak pasti lah, kot dah terang ke jalan nya..last dengar hari tu, mcm dah ada bumbung...dulu2 takde
DeleteSemoga dipermudahkan urusan menuntut ilmu. Teringat pulak zaman belajar dulu.
ReplyDeleteAamin tq Cie π€²π»
DeleteBetul, teringat zaman kita belajar dulu kan
Alhamdulilah abang ok² je ye kat tmpt belajar tu.. xpe pejam celik kejap je tu abaang dh habis belajar hehee..semoga dimudahkan urusan abang belajar ye
ReplyDeleteAbin okay ke Ako?
DeletePejam celik pejam celik habis setahun kan
RM5 untuk nasik goreng cam tu?
ReplyDeleteHarga nak pancing student tu....
bagusnya Abg rajin update umminya!
ReplyDeletebegitu laa rutin dok asrama... bezanya dulu sy xde hp nak update kat mama... dia dtg melawat pun boleh bilang dgn jariπ€£
ReplyDeletesemoga abg semakin betah dan x homesick lg....
Alhamdulillah....jauh dimata dekat dihati tu..
ReplyDeleteRezeki ditempatkan di tempat yang cantik dan makanan murahπ€²
Maybe D=Dinner L=Lunch
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan abang untuk menuntut ilmu
ReplyDelete