Sunday, 28 June 2026

Abang Apa Khabar?

Dah seminggu buah hati Ummi di perantauan. Hari² Abang hantar report aktiviti dia di sana...

Lunch hari pertama. 
Lewat dah makan pun... 
Anak panah atas bawah tu Ummi tak tanya pulak untuk apa. Fokus tengok Abang makan lauk apa. Mak² kan, bab makan anak² ni memang concern 😌

Murah makanan dekat sana. 
Telioq Ummi pun tengok nasi goreng ni πŸ˜‹

Kena bangun sendiri, takde siapa nak kejut macam duduk asrama sekolah menengah dulu. Hari ni Ummi buat wake up call, risau terbabas tidurnya. 

Berasap kepala tu 🫣

Study dekat masjid sementara tunggu azan Isyak. 
Air dalam botol tu cepat je habis sebab Abang kuat minum air, plus kena berjalan jauh dari asrama ke bilik kuliah atau pun nak ke masjid, cafe dsbnya. Memang dahagalah. Malam² masak air siap² dalam kettle yang dibawa tu, transfer dalam bekas air lain dulu. Botol air ni beli di sana. Ikut dia nak isi air dalam botol air mineral je. Agak² la Abang ooi πŸ™ƒ

Cantik karpet masjid 🩡

Sarapan...
Bihun goreng telur mata RM5

Ni makan ayam gepuk di bandar. Keluar tengok tempat orang sambil JJCM.

Alhamdulillah so far okay je Abang. Adalah homesick sikit awal² hari tu. Dah lama kan duduk rumah, now kena restart balik routine ke kelas pagi², berat sikitlah awal² ni. In Sha Allah berkat DOA semua Abang kuat dan segala urusan dipermudahkan oleh-Nya. 




30 comments:

  1. Zaman skrg ada whatsapp senang mak2 nak pantau anak2 yg duduk di perantauan πŸ˜… zaman kita dulu mungkin sebulan sekali baru dapat call bertanya khabar dengan parents di kampung kan. Alhamdulillah skrg teknologi makin canggih bila2 masa boleh VC dan call.

    Wah murah harga makanan kat sana kan. Kat belah Pantai Timur jarang2 jumpa kedai yg tak sedap. Rata2 mmg sedap dan murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ye ... Abang pun pagi² kalau takde kelas VC dulu dgn Umminya. Nak tidur pun call juga kadang tu.

      Ye, sana dah la murah, sedap² pulak tu. Heaven 😁

      Delete
  2. ok juga byk di update...tisya dlu byk update kt ayah dr mamanya...sbr je la...smoga abg dpt sesuaikan diri tmpt baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Daddy's girl kan, gitu la :)
      Alhamdulillah masuk minggu ni okay dah. Sibuk dgn kelas dan tugasan

      Delete
  3. saya pulak yg curious anak panah tu nak cakap apa sebenarnya xD
    insyaAllah lambat laun mesti abang dpt sesuaikan diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti Akk ty Abang ahahaha πŸ˜†
      Aamin begitulah harapnya 🀲🏻

      Delete
  4. Abang baik² jer tu, tapi Ialah, jiwa mak ni tetap rasa sayu bila anak jauh di perantauan. Abang pandai bawa diri, campak ke mana pun tetap tabah ya, abang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa la SK, mola-mola ni pakat rindu-rinduan la 😁

      Delete
  5. Alhamdulillah, seronok tengok Abang rajin hantar report kat Ummi. Sejuk perut ibu mengandung. Mula-mula ni memanglah ada rasa homesick sikit, lama-lama nanti dah jumpa kawan mesti dah tak menang tangan nak melayan aktiviti kat sana. Moga Abang terus kuat dan dipermudahkan segala urusan belajar!bab makan sedap tu x bleh tahan tu....kalau aunty lupakan aje la hasrat nak kurus..sana makan memang murahhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kita pun rindu kat dia, dia pun dapat rasa lah kan. Tapi minggu okay dah, banyak kelas dan dia dah mula atur jadual dia dgn lebih baik.

      Itulah, besar dugaan Abang nak diet hihi

      Delete
  6. alhamdullilah murah makanannya, terharunya dengan peniaga yg meniaga untuk membantu pelajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos sara hidup di sana lebih murah agaknya LM, boleh la jual murah esp utk students

      Delete
  7. abg dah kenal warung mekfly aka kedai lalat belum?hihihi
    dulu situ la tempat kami makan nasi goreng RM3 dgn portion banyak,makan separuh simpan utk malam pula..maklum la student
    Umi jangan risau InsyaAllah abg ok..situ kan negeri paling bahagia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jap², celah mana kedai ni kak?? Hahaha...Linda kadang tu, p makan tak tau nama glamer kedai pun..
      Kak Afzan pun senior Linda la Gini??
      Kalau nak jimat, selalu kita brunch je... Malam makan roti je

      Delete
    2. Rasanya tak habis explore lagi tu. Sbb nak habiskab kupon makan, which is valid guna dekat kolej je.

      Kita dulu brunch je. Malam makan bun sweetie tu je. Kalau lapo sangat beli nasi bujang. Itu pun seminggu sekali je kot mampu hihi

      Delete
  8. tempat kyra pun jauh2 semuanya. nak ke cafe, surau, kuliah. Tu yang jadi solat dalam bilik je sebab jauh sangat katanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ye kena banyak berjalan. Pengarah pun dah pesan, pagi keluar petang karang habis kelas baru balik bilik.

      Delete
  9. Memang jauh²...kalau dah p kampus, tak balik dah.. duduk la sampai petang.. lepas tu, risau juga lalu jalan biawak tu bila orang tak ramai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Linda, tunggu habis kelas petang karang baru balik bilik. Tang mana pulak jalan biawak ni? Abg belum citer hihi

      Delete
    2. tak tau la sekarang nama lain ke cmne...tak tau ada lagi ke tak pun.. dia macam jalan belakang, tapi lagi dekat dari ikut depan..cuma kdg2 ada biawak beso2 la tumpang lalu sekali, dekat dengan pantai dan semak2 (dulu la).. sekarang tak pasti lah, kot dah terang ke jalan nya..last dengar hari tu, mcm dah ada bumbung...dulu2 takde

      Delete
  10. Semoga dipermudahkan urusan menuntut ilmu. Teringat pulak zaman belajar dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin tq Cie 🀲🏻
      Betul, teringat zaman kita belajar dulu kan

      Delete
  11. Alhamdulilah abang ok² je ye kat tmpt belajar tu.. xpe pejam celik kejap je tu abaang dh habis belajar hehee..semoga dimudahkan urusan abang belajar ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abin okay ke Ako?
      Pejam celik pejam celik habis setahun kan

      Delete
  12. RM5 untuk nasik goreng cam tu?
    Harga nak pancing student tu....

    ReplyDelete
  13. bagusnya Abg rajin update umminya!

    ReplyDelete
  14. begitu laa rutin dok asrama... bezanya dulu sy xde hp nak update kat mama... dia dtg melawat pun boleh bilang dgn jari🀣
    semoga abg semakin betah dan x homesick lg....

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah....jauh dimata dekat dihati tu..
    Rezeki ditempatkan di tempat yang cantik dan makanan murah🀲

    ReplyDelete
  16. Semoga dipermudahkan urusan abang untuk menuntut ilmu

    ReplyDelete