Seperti biasa, Raya Haji bersiaran dari Sri Gombak je :)
Anak⁴ ada yang baju hitam, ada yang biru ada yang kelabu. Ikutlah, Raya Haji ni bebas, tak sedondon pun takpe. The boys pun pakat pakai kurta je. Ummi and gegirls pakai jubah belaka.
Sarapan dulu sebelum ke surau untuk solat raya.
Regu utama Rendang Itik. Tapi, tak dapat tidak kalau ada lemang atau ketupat palas, nak juga cicah dengan susu pekat, walaupun sikit.
Jubah Ummi ni dah berapa kali ulang siar :) Jubah Tok beli di Mekah, sayang sangatlah kan.... Jubah Kakak pula beli di Dhia Cotton, baru 'rasmi' hari ni.
Baju peserta dan petugas Qurban 2026. Jumlah korban lembu 9, kambing 9 tahun ni. Dan syukur tahun ni takde insiden lembu terlepas waktu nak kena sembelih macam tahun lepas.
Acik Dana kata nak masuk U nanti tak payah beli baldi dah ahahaha π
Nasi lemak dan serawa durian untuk petugas. The boys bawa balik sebab takde sudu katanya nak makan di surau.
Kuih Cik Ana bagi. Ummi pertama kali jumpa kuih² ni. Yang atas tu macam ubi rebus tapi lembut macam dah ditumbuk sebelum digaul kelapa. Yang warna warni ni luarnya pulut, dalamnya pisang. Macam sushi pulak :D
Menjelang Zohor urusan korban selesai. Petugas dapat daging dalam bekas tipuware 4 segi ni, beserta tulang sikit. Untuk agihah kpd orang awam pun diberi dalam bekas begini.
Tahun ni Ummi masak sup tulang/daging korban guna mode slow cook yang ada pada pressure cooker tu. Sedap tengok Kak Amie selalu masak sup guna slow cooker, kita pun tiru la ☺️
Lembut elok hasilnya. Ummi set masa 2 jam, high temperature mode. Masak rendang itik ππ» 6 jam, low temperature. PC Philips ni boleh pilih nak high temperature atau low temperature. Adjust ikut kesesuaian.
Petang Ummi Walid keluar kejap, hantar daging untuk Kak Aida. Balik tu singgah SG, konon nak ngeteh di mamak. Adoi, hampir semua kedai mamak tutup la... Yang nampak buka Kapitan dan Hj Mohamad. Nas Bistro favorite kami tutup.
Begitulah alkisahnya hari Raya Haji kami tahun ni :)
Selamat Hari Raya Aidiladha! Sama la takde dondon raya haji. Pakai apa yang ada je.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Cie ...
DeleteRaya Haji lebih santai kan
Alhamdulillah selesai dah ibadah korban utk abang. Saya tak pernah guna mode slow cook tu sebab tak reti. Setakat ni kalau masak sup ekor atau sup tulang saya guna function pressure cooker je π
ReplyDeleteBaru try mode slow cook ni sis... Sedap sbb masak lama, rempah ratus bercampur mesra. Sblm ni guna mode PC juga, cepat boleh makan hehe
DeleteDaging Abang itu letak dalam baldi ya. Rasa macam janggal juga.
ReplyDeleteAlhamdulillah percubaan masak guna slow cook menjadi.
Agihan daging utk peserta korban mmg pihak surau letak dlm baldi. Setiap tahun begitu di tempat kami.
DeleteAlhamdulillah selesai ibadah korban...sedapnya sup tu...tahun ni SA tak buat sup gearbox...
ReplyDeleteAlhamdulillah semoga Allah terima ibadah korban kita semua π€²π»
DeleteSup PH masak ni tulang rusuk. Yang gearbox tu dari surau.
Wahhh..Best tgk menu2 ni sis =)
ReplyDeleteBiasa² je Nieza :)
Deleteterliur serawa durian tuuuu
ReplyDeleteBalik Kedah hari tu banyak durian, tapi tak sempat nak makan. Balik kejap sangat π
DeleteSalam Aidil Adha π₯°✨ Wuu banyaknya menuuu. Yg paling tertarik tu makan lemang dengan susu pekat. Tak pernah lagi saya jumpa.
ReplyDeleteEid Mubarak SJ π€
DeleteCuba try, sedap tau lemang cicah susu pekat π
Sedapnya nampak sup PH ni. Tahun ni buat daging Pah. Selalu buat sup tulang.
ReplyDeleteKalau dekat kita boleh tukar juadah sbb Sy pulak teringin tengok daging pah Ezna masak tu π
DeleteUbi getuk tu rasanya.. makan dengan kelapa parut+gula.
ReplyDelete1st time tgk mkan lemang dengan susu pekat π . Salam aidil adha PH ππͺ»
ReplyDelete