Wednesday, 27 May 2026

Raya Haji 2026


Seperti biasa, Raya Haji bersiaran dari Sri Gombak je :) 

Ummi Walid tema πŸ€πŸ–€
Anak⁴ ada yang baju hitam, ada yang biru ada yang kelabu. Ikutlah, Raya Haji ni bebas, tak sedondon pun takpe. The boys pun pakat pakai kurta je. Ummi and gegirls pakai jubah belaka. 

Sarapan dulu sebelum ke surau untuk solat raya. 

Lemang cicah susu pekat πŸ˜‹

Regu utama Rendang Itik. Tapi, tak dapat tidak kalau ada lemang atau ketupat palas, nak juga cicah dengan susu pekat, walaupun sikit. 

Manis² di pagi raya :) 

Jubah Ummi ni dah berapa kali ulang siar :) Jubah Tok beli di Mekah, sayang sangatlah kan.... Jubah Kakak pula beli di Dhia Cotton, baru 'rasmi' hari ni. 

Baju peserta dan petugas Qurban 2026. Jumlah korban lembu 9, kambing 9 tahun ni. Dan syukur tahun ni takde insiden lembu terlepas waktu nak kena sembelih macam tahun lepas.

Tahun ni buat korban atas nama Abang. 
Acik Dana kata nak masuk U nanti tak payah beli baldi dah ahahaha πŸ˜† 

Pukul 11 lebih dah selesai timbang dan agih daging bahagian peserta. 

Nasi lemak dan serawa durian untuk petugas. The boys bawa balik sebab takde sudu katanya nak makan di surau.

Kuih Cik Ana bagi. Ummi pertama kali jumpa kuih² ni. Yang atas tu macam ubi rebus tapi lembut macam dah ditumbuk sebelum digaul kelapa. Yang warna warni ni luarnya pulut, dalamnya pisang. Macam sushi pulak :D 

Menjelang Zohor urusan korban selesai. Petugas dapat daging dalam bekas tipuware 4 segi ni, beserta tulang sikit. Untuk agihah kpd orang awam pun diberi dalam bekas begini. 

Lepas Zohor ada jamuan. Geng dapur masuk sup tulang dah daging goreng kunyit. 

Tahun ni Ummi masak sup tulang/daging korban guna mode slow cook yang ada pada pressure cooker tu. Sedap tengok Kak Amie selalu masak sup guna slow cooker, kita pun tiru la ☺️

Lembut elok hasilnya. Ummi set masa 2 jam, high temperature mode. Masak rendang itik πŸ‘†πŸ» 6 jam, low temperature. PC Philips ni boleh pilih nak high temperature atau low temperature. Adjust ikut kesesuaian. 

 Kalau makan sup daging, suka cicah dengan cabai kicap jadi wajib la buat. 

Muak juga kalau daging saja, goreng ikan masin sikit. 

Petang Ummi Walid keluar kejap, hantar daging untuk Kak Aida. Balik tu singgah SG, konon nak ngeteh di mamak. Adoi, hampir semua kedai mamak tutup la... Yang nampak buka Kapitan dan Hj Mohamad. Nas Bistro favorite kami tutup. 

Begitulah alkisahnya hari Raya Haji kami tahun ni :)




18 comments:

  1. Selamat Hari Raya Aidiladha! Sama la takde dondon raya haji. Pakai apa yang ada je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Cie ...
      Raya Haji lebih santai kan

      Delete
  2. Alhamdulillah selesai dah ibadah korban utk abang. Saya tak pernah guna mode slow cook tu sebab tak reti. Setakat ni kalau masak sup ekor atau sup tulang saya guna function pressure cooker je πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru try mode slow cook ni sis... Sedap sbb masak lama, rempah ratus bercampur mesra. Sblm ni guna mode PC juga, cepat boleh makan hehe

      Delete
  3. Daging Abang itu letak dalam baldi ya. Rasa macam janggal juga.
    Alhamdulillah percubaan masak guna slow cook menjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agihan daging utk peserta korban mmg pihak surau letak dlm baldi. Setiap tahun begitu di tempat kami.

      Delete
  4. Alhamdulillah selesai ibadah korban...sedapnya sup tu...tahun ni SA tak buat sup gearbox...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semoga Allah terima ibadah korban kita semua 🀲🏻

      Sup PH masak ni tulang rusuk. Yang gearbox tu dari surau.

      Delete
  5. Wahhh..Best tgk menu2 ni sis =)

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Balik Kedah hari tu banyak durian, tapi tak sempat nak makan. Balik kejap sangat πŸ˜…

      Delete
  7. Salam Aidil Adha πŸ₯°✨ Wuu banyaknya menuuu. Yg paling tertarik tu makan lemang dengan susu pekat. Tak pernah lagi saya jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eid Mubarak SJ 🀍
      Cuba try, sedap tau lemang cicah susu pekat πŸ˜‹

      Delete
  8. Sedapnya nampak sup PH ni. Tahun ni buat daging Pah. Selalu buat sup tulang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dekat kita boleh tukar juadah sbb Sy pulak teringin tengok daging pah Ezna masak tu 😁

      Delete
  9. Ubi getuk tu rasanya.. makan dengan kelapa parut+gula.

    ReplyDelete
  10. 1st time tgk mkan lemang dengan susu pekat πŸ˜…. Salam aidil adha PH 😊πŸͺ»

    ReplyDelete