Monday, 4 May 2026

Kenduri @ 2 Mei

Ikutkan ada 4 jemputan kenduri pada tarikh 2 Mei 2026. Dua di Lembah Klang, dua lagi kena rentas negeri. Long weekend, ramai yang buat majlis 

Jemputan pertama, kami ke rumah Cik Atul. Asalnya Abang yang sekelas dengan anak CA, M. Lama² Ummi pulak jadi kawan dengan CA. Sama² joined netball team masa Kejohanan Sukan Piala YDP tahun lepas. Anak² dah habis SPM pun masih keep in touch

Jamuan start pukul 3. Ummi ambil food lite² je; bihun goreng Singapore, roti & mushroom soup dan coq badak sebijik. Kek pisang dan kek marble wajib la Ummi ambil sbb Ummi penggemar kek² gini. 

Kurma Ajwa untuk dinikmati oleh tetamu. CA sekeluarga baru balik umrah, hujung Mac tempohari. Alhamdulillah dapat juga merasa. 

Dapat door gifts best
Kicap tu bagi Haziq, dia nak bawa balik IPG :D 

Rumah kedua, rumah jiran. 
Kak A dijemput sebagai tetamu Allah, alhamdulillah. 

Ummi ambik capati + kari ayam. 
Sedap capati, tempah dengan kawan warga Pakistan kata Kak A. Patut la sedap. 

Dua lagi kenduri di Baling dan Taiping. 

Jemputan dari dua pupu Ummi (Kakcik @ Makngah Fizah for the kids) ke majlis perkahwinan 2 orang anakandanya di Dewan Tun, Baling. Belum rezeki dapat makan kenduri anak² Makngah Fizah sebab jemputan sebelum ni pun bukan time kami balik kampung. Tapi, Makngah (kakak Ummi) pergi rasanya. Boleh la jadi wakil keluarga. 


Ini pula jemputan dari keluarga Almarhum Edie, rakan uni ke majlis perkahwinan anakanda sulongnya. Yang ni wakilkan dekat Mommy Zya je la sementelah dia ada dekat sana. Ramai rakan rapat arwah dan keluarga hadir memenuhi jemputan ni alhamdulillah. 

Terima kasih semua atas undangan ❤️







20 comments:

  1. Banyak undangan dapat. Alhamdulillah dapat makan sedap.

    ReplyDelete
  2. Banyak undangan nya
    Kat Tqiping pun ada

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki dapat undangan daripada ramai orang. Rezeki dapat menjamu selera makanan berbeza-beza dan sedap.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah rezeki daripada Allah yang tidak pernah habis.

    ReplyDelete
  5. Musim kenduri, gantungg periukk! hehehe

    ReplyDelete
  6. Memenuhi undangan amat bermakna buat tuan rumah.

    ReplyDelete
  7. Menarik doof giftnya. Boleh terus guna.

    ReplyDelete
  8. Mushroom Soup tu sedapnya PH.

    ReplyDelete
  9. 2 majlis 1 hari....best door gift tu

    ReplyDelete
  10. Door gift yang paling disukai.

    ReplyDelete
  11. Selamat hari lahir buat si kecil yang ceria..

    ReplyDelete
  12. Banyaknya undangan..syukur...SA suka konsep doorgift boleh guna tu...

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah.. Meriah undangan majlis.. Mana yang dekat, kita hadirkan diri, mana yang jauh kita kirimkan doa..

    ReplyDelete
  14. Dah lama tak makan capati. Mana nak cari.

    ReplyDelete
  15. Cuti panjang ramai buat majlis.
    Tapi takde orang buat 1hb tu... maybe sebab Jumaat.. ada break untuk solat Jumaat. Akak perasan wedding hall area rumah.. sabtu ahad ada event tapi Jumaat takde.

    ReplyDelete
  16. Best makan makanan kenduri. Takyah masak hehe

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah, rezeki PH sekeluarga selalu dapat undangan ke kenduri2 😄

    ReplyDelete
  18. Waah banyak dapat undangan kak ..

    Berawal dari teman anak, akhirnya bisa berteman juga dengan ibunya yaaa. Bihun Singapore itu nampak sedap. Dah lama tak makan bihun putih ini.

    Capati + kari ayam kalau dimasak asli oleh orang Pakistan, pastilah mantap nih 😄👍

    ReplyDelete
  19. sy sukaaa sgt kalau dpt door gift botol2 kecik mcm tu. sbb kalau botil bsr rs mcm lamberrrrtt je habis🤣

    ReplyDelete