Sunday, 10 May 2026

Giant Sri Gombak Kini Dibuka!

Giant Sri Gombak dah buka šŸ¤—

Pagi tadi Ummi dan Walid pi la 'rasmi' tempat baru ni :D 
Entrance/Exit belah kedai tayar Continental/Farmasi Eenat. 

Parking luas šŸ‘šŸ»
Ada tandas dan surau šŸ‘šŸ»šŸ‘šŸ»
Suka supermarket yang ada dedicated parking macam ni, senang nak angkut barang masuk kereta. 

Ada juga kiosk makanan dan kerusi meja dekat luar ni. 

Promosi pembukaan, sampai 10/5 je

Jom tengok apa yang menarik dalam ni.... 

Segar bugar 

Ramai orang dekat area barang basah. Ummi tak pergi pun belah situ, ramai orang plus takde plan nak membeli. 

Makanan² kering ni Ummi beli. Bihun Jati RM1.90 je sebungkus. Beli 2. Sardin Lazat Adabi tu pun offer, 2 tin besar RM5.99. 

Rechargeable chopper jenama Dessini ni RM15.90 kot. Ummi grabbed 1. Macam Giant Batu Caves dulu juga, ada pelbagai barang ; eletrik, pinggan mangkuk, periuk belanga, kerusi meja, pakaian dsbnya. Cuma pilihan tak sebanyak dulu sebab limited space


Ni je Ummi beli... Tak penuh troli pun. Tong putih tu ada offer RM14.90 je, angkat la satu. Beg Giant  tu dapat percuma, bersama 1 pek tisu gantung. 

Beli juga tembikai sederhana besar ni dengan harga tak sampai RM2.50. Manis tembikai ni. 

Lepas ni senanglah Ummi nak beli barang dapur. Boleh sekali jalan je dengan pergi pasar sebab dekat² je dia tempat ni. Pukul 8 pg dah buka Giant ni.  





34 comments:

  1. dulu masa duk Genting selalu la pi giant situ. berwajah baru dah nampaknya ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru tahu Cie pernah duduk Genting :)

      Dulu dekat Batu Caves Cie, skrg pindah ke Sri Gombak. Dekat BC tu TF Value skrg

      Delete
  2. Dah lama tak ke area belah sana, tak tau pulak Giant Batu Caves tu dah pindah ke SG. Dulu tu la tempat shopping groceries tiap2 minggu dan bawak si kecik jalan2 dalam stroller lagi masa tu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapak lama Giant dah jadi TF...hihihi

      Delete
    2. Yg di BC dah lama tutup sis. Now relocate tu SG & just opened last week

      Delete
  3. entry kita pagi ni psl giant sri gombak...rupanya PH pi ahad...kita sabtu aritu blk umah parent ..singgah la kejap

    ReplyDelete
    Replies
    1. tembikai tu parent beli..sedap manis

      Delete
    2. Ye kita pegi Ahad :)
      Tembikai tu manis & fresh. Sedap

      Delete
  4. Replies
    1. Nak datang roger Linda, bole lepak sama hehe

      Delete
  5. Bagus ya dah sekali jalan ke pasar untuk PH.

    ReplyDelete
  6. Lalu jgk situ sabtu aritu tp blm sempat nak singgah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni boleh singgah la Ako. Kot berjodoh, jumpa la kita hehe

      Delete
  7. Wah..dah buka semula ye...senang la PH nak beli barang dapur..

    ReplyDelete
  8. Hari tu kita lalu Gombak, teringat PH. Baru tadi baca entry Amy, tajuk Giant ni jugak, hihi.

    ReplyDelete
  9. Giant bukak kat tempat PH? Kat tempat saya dah tutup pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, yang Batu Caves tu tutup. Pindah ke Sri Gombak.

      Delete
  10. Murahnya buah tembikai šŸ‰ boleh sambar 2 kalau harga begini :)

    ReplyDelete
  11. Murah, sardin tin besar harga camtu. Best, ada tempat beli barang dapur buka awal ni. Lagi-lagi dekat rumah, senanglah. šŸ‘
    Tempat saya, Giant dah pupus, ganti dengan TF.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, murah harga sardin tu.

      Giant Batu Caves tutup juga, ganti dgn TF. Now depa reopen di Sri Gombak.

      Delete
  12. Wahhhh best nya banyak offer sempena pembukaan Giant nya. Sardin tin besar tu murah sungguh. Jeles kita hehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki terpijak hehe ... Sardin pun mahal skrg ni kan

      Delete
  13. Giant baru.. Masa ini bolehlah top up apa yang perlu tengah promosikan.. berbaloi membeli..

    ReplyDelete
  14. nampak berbaloi tembikai tu. best betul harga gitu

    ReplyDelete
  15. mz lom sempat singgah lg niiii

    ReplyDelete
  16. Senang lah dah dekat.. tempat akak Giant tutup ganti NSK.

    ReplyDelete
  17. ni yg kat tapak sama tu ke? ke tempat lain?

    ReplyDelete
  18. Senang nak beli barang dapur ni..

    ReplyDelete
  19. Rindu masa2 dulu di mana saya msh sering belanja di Giant. Dulu ada banyak Giant di Indonesia. Tp dah tutup semua retailnya, Krn tak bisa bersaing harga dengan supermarket lokal Indonesia. Akhirnya tutup . Padahal dulu lumayan suka belanja di sini sebab dekat dengan rumah sewa saya sebelum menikah

    ReplyDelete
  20. uishh segar betul cili tu! biasa kalau pasaraya baru bukak ni seronokla shopping sbb banyak diskaun kan

    ReplyDelete