Saturday, 13 December 2025

Kem Kepimpinan Pemimpin Kecil SRAI


28 & 29/11 sepatutnya Adik Kakak pergi Kem Kepimpinan Pemimpin Kecil SRAI. Tapi ditangguhkan ke minggu berikutnya akibat cuaca buruk. Minggu tu yang MET Malaysia ramalkan akan berlakunya Ribut Tropika Senyar

 Alhamdulillah 5 & 6/12 cuaca baik. 

Seawal 6.30 pagi Adik dah sampai sekolah. Ummi dropped Adik di sekolah kemudian bergegas ke SMK ** untuk ujian Kelayakan KAA Kakak. Walid outstation masa ni. 

Dah sampai di Kem Rimba Tamu, Batang Kali. Pesertanya terdiri dari pengawas sekolah, pengawas SPBT, PSS dan PRS. 

Program dikendalikan oleh facilitators yang dilantik. Bayaran RM100/peserta dan untuk baju pula RM30.

Kakak pulak habis ujian KAA tu Cg H datang jemput. Ada 2 orang lagi kawan pengawasnya yang ambil Ujian KAA hari yang sama (di SMK lain) pergi bersama CH. 

Elok sampai di Kem, kawan² dah beratur untuk aktiviti flying fox. Terus joined la.. 

Hari kedua, trekking. Ikutkan nak lalu sungai tapi air agak deras jadi dibatalkan. Eloklah tu sebab pihak sekolah dan parents dah setuju untuk tidak ada sebarang aktiviti air. 

Berkumpul untuk acara penutup.
Tak banyak sangat yang nak diceritakan sebab cikgu² pun tak update sangat. 

Untuk acara penutup tu ada ucapan GB, wakil PIBG dan penyampaian hadiah dan sijil. 

Kakak aka Penolong Ketua Pengawas sedang menerima sijil penghargaan. 

Adik dan Kakak ❤️

Alhamdulillah selesai sudah Kem yang ditunggu² ni.  Tahniah dan terima kasih cikgu² yang terlibat 🌹












13 comments:

  1. Bagus juga decision takde aktiviti air kan....risiko tinggi tu kalau buat. Kem kepimpinan dulu idak Dania kena pergi masa Sek Men tapi....Covid....langsung tak ada kem dah. Idak mesti menarik kem macam ni ya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada apa² program mmg awal² kitorg bagitau Adik Kakak no water activity. Ramai² gini risau cikgu²/fasi nak jaga pun.
      Sama la zaman Abang pun. Semua program kena cancel.

      Delete
  2. Bestnya kem kepimpinan... Anak anak berdikari, banyak aktiviti dan tambah input input baru. Nasib baik tak de aktiviti air. Risau sekarang ni musim hujan.. air deras.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berani la nak ambil risiko kan... Kalau ada pun mmg dah pesan, jangan join. Risau

      Delete
  3. best kem macam ni.. saya pun suka.. zaman ngaji dulu-dulu, pantang ada mesti nak join..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy dulu apa² Kem pun di sekolah je Ustaz :)

      Delete
  4. Semoga kem macam ni bermanfaat...

    ReplyDelete
  5. Kem macam ni yang paling ditunggu anak2 sebab seronok kan

    ReplyDelete
  6. kalau org dewasa pun suka kem mcm ni anak-anak patah lagi kan... dpt pula sijil...

    ReplyDelete
  7. Semoga mendapat ilmu dalam aktiviti bermanfaat

    ReplyDelete
  8. memang risau kalau ada aktiviti2 air...esp musim2 sekrg ni kan

    ReplyDelete