Sunday, 14 December 2025

Dinner @ Maiishelloud, Sri Gombak

Jumaat Walid balik dari Penang tu, memang dah janji kami nak keluar dinner malam tu. Dating la, anakanda berdua tu kan pergi Kem Pengawas :) 

Dating dekat kedai shellout je pun haha...
Sebenarnya kami nak try masakan panas (goreng²) dekat sini..selalu datang untuk bersarapan. Menu pagi standard la; nasi lemak, nasi kerabu, nasi dage dsbnya. Ada juga roti canai, roti bakar dll... 

Walid order Nasi Goreng USA

Ummi nak makan sup ekor ikutkan, tapi takde. 

Jadi, Ummi order nasi putih + sup daging + telur dadar. Sedap hirup sup panas². 

Ulam dan sambal ambil sendiri. Ada sambal kerisek, cili kicap dan sambal belacan (dah habis). 

Jus tembikai dan Teh O 

Selain minuman 👆🏻 Walid beli juga kopi. Ada brother sorang ni buka bonet kereta jual kopi sebelah kedai ni, support la dia. 

Tq B belanja 🫰🏻

Alhamdulillah makanan sedap, cepat juga service -nya, staff baik, kedai selesa dan harga pun okay. Memang boleh repeat

14 comments:

  1. NAsi goreng usa sedap tu. Tak dapat pi usa makan tu dah feeling pi USA le

    ReplyDelete
  2. Sedapnya sup daging + telur dadar. Memang menu ngam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujan² pulak cie, sedap la hirup kuah sup tu

      Delete
  3. Mesti sedap makanan kat situ sebab PH kerap beli, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap la bagi Sy. Service cepat dan tempat ni tak crowded. Selesa makan sorang² pun sbb pekerja mostly pompuan. Kalau mamak tu segan nak masuk kalau sorang² sbb semua pekerja lelaki je .

      Delete
  4. rasanya maishelloud dh tak bukak/jrg bukak utk sarapan sbb dh few times i pergi tapi tutup la pagi2...may be diaorg fokus utk masakan panas ptg2 jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? I dah lama tak pegi sarapan situ. Sayang la sbb best breakfast sini

      Delete
  5. linda tak sampai2 lagi ni.. kikiki

    ReplyDelete
  6. Nasi goren gusa rupanya, sebelum baca tu ingatkan nasi goreng paprik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la macam lain skit cara masaknya Kakmim

      Delete
  7. Cuya kalau keluar tk pernah order nasi goreng USA. Tapi bila fikirkan balik takut alergik sebab Cuya allergic seafood.

    ReplyDelete
  8. Kalau PH cakap sedap tu boleh la cuba nanti. Selalu lalu je kat sini tak pernah singgah.. hehe..

    ReplyDelete