Wednesday, 24 December 2025

Kakak - UKK JAIS


Selesai temuduga MITS, disusuli pula dengan Ujian Kelayakan Khas (UKK). UKK ni ujian bertulis (berkomputer) untuk pelajar² yang memohon MITS, SAMBEST atau SAM Muhammadiah. 

Tarikh ujian Kakak 16/12 sesi 8.00 - 9.00 pg. Tarikh dan masa ujian ni kita pilih sendiri, berdasarkan slot yang available. Soalannya merangkumi pelbagai subjek macam PKSK. Soalan Math susah sikit kata Kakak. 

Zaman Angah dulu ambil UKK dulu. Kalau lulus  baru temuduga. Yang Kakak ni temuduga dulu baru UKK. Mungkin kesuntukan masa agaknya. Alhamdulillah apapun selesai sudah semua ujian yang Kakak perlu hadapi untuk ke sekolah² pilihan. 

Jika ditanya kenapa mohon banyak sekolah, jawapannya πŸ‘‡πŸ»

1. Aliran yang Kakak minat ie tahfiz perlu melalui prosedur permohonan yang ditetapkan, bukan auto dapat tawaran
2. Saingan yang sengit kerana pelajar² cemerlang di Selangor & KL sangat ramai, kena usaha untuk dapatkan penempatan dgn mohon sekolah² JAIS dan MAIWP juga selain sekolah² KPM atau MRSM. 
3. Single entry application untuk ke SBP/SMKA/ MRSM. Pelajar hanya akan dapat 1 tawaran sahaja sama ada SBP/SMKA atau MRSM. 

Jadinya kita usahakan mana yang boleh. Angah dulu lagi banyak ujian sebab masa tu ujian kemasukan MRSM berasingan dari PKSK. 

Yang terbaik untuk semua In Sha Allah. 

3 comments:

  1. SBPI pun aliran agama. Raisha dapat tawaran tapi tolak. Sayang jugak tapi apa boleh buat kan taknak paksa dia. Hopely kakak berjaya la diterima. Memang sekarang budak ramai pandai2 kan.

    ReplyDelete
  2. Byk ujian juga ye. .all the best kakak

    ReplyDelete
  3. sekarang ni ramai budak2 yg hebat akademik, persaingan pun ramai. semoga ada rezeki kakak masuk sekolah yg dia nak

    ReplyDelete