28 & 29/11 sepatutnya Adik Kakak pergi Kem Kepimpinan Pemimpin Kecil SRAI. Tapi ditangguhkan ke minggu berikutnya akibat cuaca buruk. Minggu tu yang MET Malaysia ramalkan akan berlakunya Ribut Tropika Senyar.
Alhamdulillah 5 & 6/12 cuaca baik.
Seawal 6.30 pagi Adik dah sampai sekolah. Ummi dropped Adik di sekolah kemudian bergegas ke SMK ** untuk ujian Kelayakan KAA Kakak. Walid outstation masa ni.
Dah sampai di Kem Rimba Tamu, Batang Kali. Pesertanya terdiri dari pengawas sekolah, pengawas SPBT, PSS dan PRS.
Program dikendalikan oleh facilitators yang dilantik. Bayaran RM100/peserta dan untuk baju pula RM30.
Kakak pulak habis ujian KAA tu Cg H datang jemput. Ada 2 orang lagi kawan pengawasnya yang ambil Ujian KAA hari yang sama (di SMK lain) pergi bersama CH.
Hari kedua, trekking. Ikutkan nak lalu sungai tapi air agak deras jadi dibatalkan. Eloklah tu sebab pihak sekolah dan parents dah setuju untuk tidak ada sebarang aktiviti air.
Tak banyak sangat yang nak diceritakan sebab cikgu² pun tak update sangat.
Untuk acara penutup tu ada ucapan GB, wakil PIBG dan penyampaian hadiah dan sijil.
Alhamdulillah selesai sudah Kem yang ditunggu² ni. Tahniah dan terima kasih cikgu² yang terlibat 🌹
Bagus juga decision takde aktiviti air kan....risiko tinggi tu kalau buat. Kem kepimpinan dulu idak Dania kena pergi masa Sek Men tapi....Covid....langsung tak ada kem dah. Idak mesti menarik kem macam ni ya....
ReplyDeleteKalau ada apa² program mmg awal² kitorg bagitau Adik Kakak no water activity. Ramai² gini risau cikgu²/fasi nak jaga pun.
DeleteSama la zaman Abang pun. Semua program kena cancel.
Bestnya kem kepimpinan... Anak anak berdikari, banyak aktiviti dan tambah input input baru. Nasib baik tak de aktiviti air. Risau sekarang ni musim hujan.. air deras.
ReplyDeleteTak berani la nak ambil risiko kan... Kalau ada pun mmg dah pesan, jangan join. Risau
Deletebest kem macam ni.. saya pun suka.. zaman ngaji dulu-dulu, pantang ada mesti nak join..
ReplyDeleteSy dulu apa² Kem pun di sekolah je Ustaz :)
DeleteSemoga kem macam ni bermanfaat...
ReplyDeleteItulah harapnya Uncle.
DeleteKem macam ni yang paling ditunggu anak2 sebab seronok kan
ReplyDeletekalau org dewasa pun suka kem mcm ni anak-anak patah lagi kan... dpt pula sijil...
ReplyDeleteSemoga mendapat ilmu dalam aktiviti bermanfaat
ReplyDeleteLampai nya kakak.
ReplyDeletememang risau kalau ada aktiviti2 air...esp musim2 sekrg ni kan
ReplyDelete