Pergi JL Office (JLo) nak beli clear holder untuk Kakak, nampak ada Planner 2026 (executive planner) dah dijual. Ummi teruslah grabbed. Walaupun suri rumah, tetap kita ada planner wak :p
Sebenarnya sejak zaman U Ummi suka guna planner. Itu yang sampai sekarang pun suka guna planner. Kalau takde planner pun, tetap marking event penting dekat calendar. Kita old school 🤭
Satu tu macam korporat sangat, the other one remaja sikit. Ummi pilih la yang ni.
Part paling best bila dah ada planner ni ialah mengisi dan menanda tarikh² penting; cuti sekolah, cuti raya, birthday dsbnya.
12/1 mula sesi persekolahan 2026. Tahun depan sesi persekolahan kembali ke bulan Januari, selepas beberapa tahun berubah angkara Covid 19. Kakak pun kalau ada rezeki masuk asrama, bulan satu nanti bermulalah kehidupan baru. Doakan ye 🤗
Page ni menarik... Disertakan impian, matlamat or new things kita nak try buat utk tahun depan. Menarik idea² yang diberi.
Siapa suka guna executive planner macam Ummi ?
🙋🏻

Sekarang baru stop beli planner.
ReplyDeleteSetiap tahun beli & kosong je tak update pape 😆. Ada masa awal2 tahun je semangat lepas tu lebur. Malas dah nak beli.
Pulak 😅
DeleteTapi Cie hari2 ngadap laptop, mesti ada pin event/meeting dekat mana² apps la kan ... Akk ni suka yg printed version, senang nak belek
Cantik. Minimalist design dia. Saya pun suka tulis planner. Setiap tahun mesti beli planner. Rasa macam tak lengkap pulak kalau tak tulis dalam planner kan.
ReplyDeleteYes, ada geng hehe 😁
DeleteSeronok ada tempat nak conteng²..Tapi,Linda conteng dekat calendar personalized tu je..memang semua kat situ..sebab takde lah plan beriye pun..hihihi
ReplyDeleteJanji bila tengok, semuanya tercatit dekat situ kan Linda. Akk ni nak kena ada hard copy, baru puas menanda :)
DeleteSaya tulis tarikh penting pada kalendar meja saya, tiada planner. Cantik planner yang PH beli tu. 👍 Saya punya lebih kepada diary atau note book, untuk things to do.
ReplyDeleteBagus ada tempat nak letak calendar meja tu. Sy prefer planner ni senang nak simpan/ambil.
Deletesaya semua benda guna google calendar ajer. utk physical planner, aad jugak tapi saya guna utk simpan rekod contest hehheh (nama pun comper, cuma lately dh slow down sgt2 sbb tak sempat nak join/bajet kureng jugak)
ReplyDeleteU tech savvy MZ, I old school hahaha... Suka belek planner printed camni 😁
DeleteDulu2 dulu memang ada jugak planner ni.
ReplyDeleteSy berjinak² semula :)
DeleteSA dah ada yang office punya...hehehe....
ReplyDeleteDapat dah ? 👍🏻👍🏻👍🏻
Deletekiter catit kad kalendar je. Sonang nak check
ReplyDeleteKalau ada table calendar letak dekat workstation senang kan Kak Notie. Sy ni takde workstation, pilih planner gini senang la nak ambil/simpan
Deletesaya pun guna untuk program/misi dan memang wajiblah. senang nak rujuk.
ReplyDeleteKita geng la Ustaz 😁
DeleteSuka guna planner macam ni tapi kadang planner tertinggal kat rumah..dalam kereta & kadang tempat kerja...adoiii fail about management...hihihi
ReplyDeleteYa, dah usung sana, usung sini mmg boleh terlupa 😅
DeletePlanner 2025 Cuya jadikan diari kehidupan. Catat doa² utk diri sendiri.
ReplyDeletePlanner 2026 Cuya beli Hijanah punya tapi macam takde ruang utk catat sangat mcm tk best tpi benda pon murah je. Tgklh mcm mana kita manfaatkannya. Yg penting beli planner dpt 10 gifts. Suka sebab dpt buku motivasi free
Saya suka planner macamni, senang nak tulis. memang bawa ke hulu ke hilir sebab banyak benda penting dalam tu. walaupun tak bekerja tapi banyak tarikh2 penting esp aktiviti anak2 dlm tu, risau terlepas tarikh ke apa..
ReplyDeleteAkak takde planner.. semua catit atas table calender je.
ReplyDeleteSama kita sis, zaman uni dulu suka pakai planner mcm ni senang nak tgk schedule kelas, deadline submit assignment etc. Tapi skrg ni saya minimalis jadi semua digital simpan kat phone siap letak reminder 😅
ReplyDeleteKalau planner macam tuh saya tak pakai lagi. Tp notes saya pakai. Utk tulis segala idea, atau things to do. Kalau sedang traveling, biasanya utk catat hal2 penting, yg akan ditulis di blog nanti
ReplyDelete