Beberapa hari lepas nampak SA post resepi Kerabu Ikan Bilis. Nampak sedaplah. Tapi ikan bilis tinggal ciput sangat, jadi kita olah ikut bahan yang ada.
Ummi tumbuk bawang merah, bawang putih, lada hitam dan cili padi hingga hancur. Masukkan pula kelapa parut (sangai dulu) dan tumbuk. Kemudian masukkan pula ikan bilis yang telah digoreng dan tumbuk kasar. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
Rujuk sini: Resepi Kerabu Kacang Botor + Ulam Raja
Dalam bekas lain, Ummi masukkan hirisan kacang botor, timun sejengkal (baki masak menu Deepavali) dan sebiji tomato yang dihiris kasar. Tomato tu jenis manis, itu yang potong kasar². Kemudian masukkan bahan tumbuk dan gaul sebati semuanya. Perah sebiji limau kasturi dan gaul sekata. Sesuaikan rasa. Siap!
Alhamdulillah kacang botor dan peria dari kebun di bukit dah dimanfaatkan. Tinggal lagi terung telunjuk. Besoklah kot nak masak, sementara Abang masih di rumah. Limau kasturi pemberian jiran masih banyak berbaki. Buat air/jus limau kasturi pun sedapkan...
Memang sedap jus limau kasturi. Lagi pulak kalau minum masa makan nasi dengan lauk urap macam ni, PH.
ReplyDeleteHaah, gandingkan sekali memang bocor periuk la SK kan 😁
DeleteAduhai… tengahari ni bikin lapar pulak tengok menu simple macam ni 🤤
ReplyDeleteSimple & healthy la kot 🤭
Deleteurap ni kerabu lah kan,,,hihihi rajin nya akakkk
ReplyDeleteLebih kurang la Eqin. Tapi kerabu ada jenis bersantan kan
DeleteRajin PH masak. Ada sahaja idea masakan untuk dibuat.
ReplyDeleteMemang hari² masak, kadang buntu juga 😅
DeleteUiii...nampak sedap wei...terliur
ReplyDeleteMenu sihat la konon² hikhik
DeleteSA pun buat air limau kasturi time makan...banyak buah limau kasturi PZ beli...urap ni sama macam kerabu la kan...sesetengah tempat panggil urap
ReplyDeleteLebih kurang la SA. Cuma kerabu ada jenis letak santan. Sedapkan air limau kasturi...
Deletewah kreatif.. kalau tambah sotong pun sedap jugak..
ReplyDeleteAduh sedap tu Ustaz letak sotong 👍🏻
DeleteCie tak berapa suka yang ada kelapa ni. Selalu kat kampung resipi kerabu untuk kenduri mesti letak kelapa.
ReplyDeleteAkk suka je mana² pun, sebab peminat kerabu/urap :D
DeleteKalau jenis berkuah/bersantan tu letak kerisek kan
Kerabu² ni akak jarang buat sebab macam leceh je nak sangai kelapa bagai😁
ReplyDeleteTapi kalau kat resto ada kerabu, memang ambil yang tu dulu.
Sekejap je sangai kelapa tu Kak hehe...
DeleteSy pun kalau makan di luar mmg cari kerabu dulu 😋
adoyai terliurnyaaa
ReplyDeletePaling dekat dgn kita Sri Ayu la MZ, utk makan urap/kerabu ni 🤗
DeleteAiiiiih sukanya sayaaaa ❤️😍😍😍. Urap itu sayur fav saya memang. Mama sering buat. Kelapa nya memang membuat rasa lebih gurih kan kak. Makan dengan nasi panas, dah cukup lah 😍😍😄
ReplyDeleteIye Fanny sedap bangat! Dan berkhasiat pastinya. Diratah² juga enak 😋
DeleteUishhh sedap sgt ni. Rasa since arwah mama takde, ammi pun tak makan dah urap. Bila beli di kedai kadang2 ada bau mcm nak basi
ReplyDeleteSbb urap ni dah bergaul semua ulam, bawang dsbnya itu yg cepat basi agaknya Ammi. PH suka buat urap utk sekali makan je.
Delete