Tuesday, 21 October 2025

Urap Kacang Botor & Tomato

Beberapa hari lepas nampak SA post resepi Kerabu Ikan Bilis. Nampak sedaplah. Tapi ikan bilis tinggal ciput sangat, jadi kita olah ikut bahan yang ada. 

Tadaaaa... 

Ummi tumbuk bawang merah, bawang putih,  lada hitam dan cili padi hingga hancur. Masukkan pula kelapa parut (sangai dulu) dan tumbuk. Kemudian masukkan pula ikan bilis yang telah digoreng dan tumbuk kasar. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. 


Dalam bekas lain, Ummi masukkan hirisan kacang botor, timun sejengkal (baki masak menu Deepavali) dan sebiji tomato yang dihiris kasar. Tomato tu jenis manis, itu yang potong kasar². Kemudian masukkan bahan tumbuk dan gaul sebati semuanya. Perah sebiji limau kasturi dan gaul sekata. Sesuaikan rasa. Siap!

Alhamdulillah kacang botor dan peria dari kebun di bukit dah dimanfaatkan. Tinggal lagi terung telunjuk. Besoklah kot nak masak, sementara Abang masih di rumah. Limau kasturi pemberian jiran masih banyak berbaki. Buat air/jus limau kasturi pun sedapkan... 

24 comments:

  1. Memang sedap jus limau kasturi. Lagi pulak kalau minum masa makan nasi dengan lauk urap macam ni, PH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, gandingkan sekali memang bocor periuk la SK kan 😁

      Delete
  2. Aduhai… tengahari ni bikin lapar pulak tengok menu simple macam ni 🤤

    ReplyDelete
  3. urap ni kerabu lah kan,,,hihihi rajin nya akakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang la Eqin. Tapi kerabu ada jenis bersantan kan

      Delete
  4. Rajin PH masak. Ada sahaja idea masakan untuk dibuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang hari² masak, kadang buntu juga 😅

      Delete
  5. Uiii...nampak sedap wei...terliur

    ReplyDelete
  6. SA pun buat air limau kasturi time makan...banyak buah limau kasturi PZ beli...urap ni sama macam kerabu la kan...sesetengah tempat panggil urap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang la SA. Cuma kerabu ada jenis letak santan. Sedapkan air limau kasturi...

      Delete
  7. wah kreatif.. kalau tambah sotong pun sedap jugak..

    ReplyDelete
  8. Cie tak berapa suka yang ada kelapa ni. Selalu kat kampung resipi kerabu untuk kenduri mesti letak kelapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk suka je mana² pun, sebab peminat kerabu/urap :D
      Kalau jenis berkuah/bersantan tu letak kerisek kan

      Delete
  9. Kerabu² ni akak jarang buat sebab macam leceh je nak sangai kelapa bagai😁
    Tapi kalau kat resto ada kerabu, memang ambil yang tu dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekejap je sangai kelapa tu Kak hehe...
      Sy pun kalau makan di luar mmg cari kerabu dulu 😋

      Delete
  10. Replies
    1. Paling dekat dgn kita Sri Ayu la MZ, utk makan urap/kerabu ni 🤗

      Delete
  11. Aiiiiih sukanya sayaaaa ❤️😍😍😍. Urap itu sayur fav saya memang. Mama sering buat. Kelapa nya memang membuat rasa lebih gurih kan kak. Makan dengan nasi panas, dah cukup lah 😍😍😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Fanny sedap bangat! Dan berkhasiat pastinya. Diratah² juga enak 😋

      Delete
  12. Uishhh sedap sgt ni. Rasa since arwah mama takde, ammi pun tak makan dah urap. Bila beli di kedai kadang2 ada bau mcm nak basi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb urap ni dah bergaul semua ulam, bawang dsbnya itu yg cepat basi agaknya Ammi. PH suka buat urap utk sekali makan je.

      Delete