Saturday, 25 October 2025

Rezeki Jumaat

Balik sekolah kelmarin Kakak tunjukkan Ummi seketul gula² berbentuk buah mangga. Tekstur macam gummy, kenyal². Rasa sebijik macam buah mangga. Gula² ni pemberian Cg Solehah yang baru balik dari bercuti di Perlis. Cikgu² SRAI ke Perlis cuti Deepavali baru² ni. Satu bas pergi. Walaupun hanya sebiji gula² tapi terasa berharga sebab ingatan Cikgu kepada anak² 🌹

Anak soleh bawa balik dari masjid. Apam kampung dan kerepek seaweed

Sedap πŸ‘πŸ»

Depa ajak Walid pergi pasar malam. Macam² yang dibeli termasuk sate kambing ni. 1 cucuk seringgit je, murah. Tapi tak habis pun makan jadinya esok tu Ummi buat nasi goreng sate kambing πŸ‘‡πŸ»

Alhamdulillah, dapat elak pembaziran. 

18 comments:

  1. Betul itu guna semula dalam makanan lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari membazir, kita olah jadi menu lain pulak 😁

      Delete
  2. Ish...entah-entah bertembung dengan cecikgu SRAI...Saya pi Perlis hari Isnin Deepavali...banyak juga bertembung bas rombongan

    ReplyDelete
  3. Jadi mak2 ni kena kreatif la kan. Sate tak habis boleh simpan & boleh guna jadi rencah nasi goreng pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang pulak kalau dibuang Cie... Nak panaskan tak berapa laku dah, liat pun sama. Masuk dlm nasi goreng hiris kecik² makan la pulak πŸ˜…

      Delete
  4. Sedap gula-gula gummy tu sebab rasa mangganya kuat. Ritu akak beli kat Pasar Payang Terengganu. Rasanya produk Thailand.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak, rasa mangga tu kuat. Produk Thailand la rasanya kalau gini...

      Delete
  5. Murah pula sate RM1 secucuk kan PH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Kak Amie... Sate ayam, daging @ kambing semua dijual seringgit 1 cucuk.

      Delete
  6. Rezeki namanya walaupun hanya seketul gummy. Sama juga dengan akak, kalau sate tak habis, jadi nasi gorenglah esoknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang pulak nak dibuang kan Kak Azi... Bila dimasukkan dlm nasi goreng tu, sedap juga ;)

      Delete
  7. Wahhh seaweed buat kerepek? Uniknya....

    ReplyDelete
  8. saya suka warna nasi goreng sate kambing ni..dan aad sayur2/elemen hijau. nampak sedap sgt!

    ReplyDelete
  9. Saya pun kalau ada sisa makanan, esoknya pasti diolah jadi menu lain. Tak suka kalo sampai buang makanan. Macam sediiiiih sangat.

    ReplyDelete
  10. Eh murah sgt satay singgit je secucuk

    ReplyDelete