Kami panggil menyicah (merujuk kpd aktiviti makan buah bersama colek). Manakala kuah colek kami panggil garam belacan.
Bahan asas; gula,cili, kicap dan sedikit belacan. Maklang Di rajinlah buat garam belacan ni. Dia dan adik beradiknya rajin menyicah. Depa suka menyicah buah kelubi, buah cermai dan buah pelam (mangga). Ummi pula buah² masam gini tak boleh makan, gigi sensitif. Rasa ngilu dan berkerut muka wpun hanya terbayang kemasaman buah² ni.
Jadi, pilihan Ummi buah jambu batu, jambu air atau pun jambu bertih. Rumah Tok Teh banyak buah jambu bertih ni. Berjelak (gugur dengan banyaknya) di bawah pokok jika lambat dipetik.
Ada jambu batu Walid beli untuk Abang, jadi Ummi keluarkan namplawan by Kak Nee yang Walid beli di Bukit Kayu Hitam, tahun lepas 😁
Ummi simpan dalam freezer, duduk elok dia dalam tu. Letak dekat rak bahagian dalam (pintu) tu. Taklah beku keras kejung, biarkan sekejap pada suhu bilik, dah boleh makan.
Eh, Walid dan Kakak pun sukalah menyicah :)
#Alhamdulillah ada perkembangan positif tentang sukarelawan kita yang ditahan oleh zionis laknatullah. Teruskan DOA kita utk mereka dan rakyat Filastin 🤲🏻
Tengok warna nyicah tu pun tau kaw.... dapnya!
ReplyDeleteYezza 😋
DeleteAduhhhh...terliur laaaa...SA suka nyicah mangga muda...
ReplyDeletePH tak leh mangga muda, ngilu :(
DeleteSguh...org Kedah Pgil nyicah haha
ReplyDeleteKat opis eqin ada sorg Rajin buat garam belacan...
Ada geng lagi best nyicah ni kan
DeleteBaca sambil kecur ilio i 😆. Kami pulak panggil colek. Selalunya gula, kicap, cili padi lenyek. Jarang la letak belacan. Memasing resdung 😆
ReplyDeleteTak letak belacan pun sedap 😋
DeleteTerliur rasa dan dapat bayangkan rasa masam itu.. sakit ngilu pun ada rasa sikit. Tapi bila makan satu mesti nak lagi :)
ReplyDeleteKalau peminat masam² heaven la kan... Yg gigi sensitif macam PH ni mmg tak leh
Deleteyums sgt!
ReplyDeleteNak² ada geng 😋
DeleteSaya macam PH, gigi sensitif, tak boleh menyicah. Baru hari tu, makan epal granny smith hijau, esoknya sudah payah mau gosok gigi, ngilu.
ReplyDeleteSy kalau nak makan juga epal hijau kena hiris halus². Kalau gigit sebiji² mmg tak boleh 🥴
Deleteaduhh sedap ni!
ReplyDeleteJom 🤗
Deletedalam fridge ada coleh Mak Bee tu tapi ntahlah yang baru ni macam manis yang amat pulak. yang fake ke apantah
ReplyDeleteIni kami sebut merujak 😄. Biasa kalo nak kumpul2 dengan teman, aktivity paling seru, ngobrol sambil merujak 😄. Mangga muda, timun, dicolek ke sambal rujaknya. Makin pedas, makin hot yg dibicarakan 😂😂
ReplyDeleteSedapnya kalau dapat nyicah jambu bertih.. sekarang susah juga nak jumpa pokoknya. Kadang ada juga jugal kat pasar.
ReplyDeleteSemudah menyediakannya..
ReplyDeleteTerliur tengok
ReplyDelete